Baru-baru ini, Majalah 3 dedahkan bahawa aiskrim adalah antara bisnes yang memberikan pulangan yang sangat lumayan. Ia boleh dijalankan secara sepenuh masa, dan juga sambilan. Malah, bisnes aiskrim boleh menjana sehingga RM5,000 sebulan secara sambilan jika tahu lubuk, dan cara menjualnya dengan betul.
Pengalaman Jual Aiskrim, Margin Untung Memang Besar
Semasa saya kecil, waktu masih bersekolah rendah .. saya jual aiskrim hanya dari rumah. Saya tak perlu nak kemana-mana untuk menjaja aiskrim yang saya jual. Ketika itu, saya jual aiskrim Malaysia ... harganya adalah 10 sen sahaja. Saya cuma perlu tunggu orang datang membeli, dan hanya hulurkan menerusi tingkap rumah sahaja.Bisnes ini dibuat semasa saya bersekolah rendah di Kuantan ... memang laku keras. Kadang, bila bermain dengan kawan-kawan waktu petang, ada yang memesan ... dan saya pun jadilah runner untuk ambil aiskrim yang tersimpan di rumah. Setiap kali jualan, terus masuk tabung aiskrim. Ketika itu, sehari boleh dapat dalam RM2-RM3 .. almaklumlah .... petiais kecik je ... letak 30 batang aiskrim Malaysia ... dah penuh.
Jadi, dalam sebulan bolehlah dapat dalam RM90 .. kalau emak buat lebih, dan banyak permintaan .. boleh dapat dalam seratus ringgit lebih sebulan.
Berniaga Aiskrim Mudah, Senang dan Sudah Tersedia Pelanggan
Best berniaga aiskrim ni. Mudah, senang. Perisa aiskrim pun senang je ... ketika itu, saya jual aiskrim Malaysia perisa oren, milo, sirap, jagung, laici, sirap bandung dan asam boi. Aiskrim asam boi paling digemari terutama oleh kanak-kanak perempuan.[Baca] Milo Ais Kepal, Taiping Memang BestKemudian, saya dan famili berpindah ke kampung. Dan bisnes aiskrim dijual dari rumah diteruskan, cuma kali ini ... jual dari rumah arwah Opah. Masa tu, saya dan keluarga tak ada rumah sendiri, jadi menumpang teduh sementara di rumah Opah. Jual aiskrim Malaysia di kampung memang tak susah ... hanya perlu makan aiskrim yang dibuat emak di depan kawan-kawan masa bermain. Bila mereka tanya, dapat kat mana ... "Saya jual". Nahh ...
Rumah arwah Opah, rumah atas bertiang tinggi. Jadi, bila ada yang nak beli aiskrim, memang terpaksalah menjerit atau melaung untuk beli aiskrim.
"Makcikkkkkkk .. nak aiskrimmmm ...."
Pelanggan yang terpaksa jerit. Saya tak perlu pun nak guna loceng atau jaja satu kampung. Pelanggan yang datang mencari. Begitulah hebatnya dan mudahnya nak berbisnes aiskrim ketika itu. Apatah lagi ketika cuaca panas, memang tak senang duduk ... setiap jam ada je pelanggan yang datang.
[Baca[ ABC Gunung di Bukit Merah Laketown Club HouseMasa berniaga aiskrim inilah, saya dapat kenal dengan awek-awek kampung yang lelawa. Kadang, kalau emak buat aiskrim kontot sebab tak cukup perisa ... saya akan bagi free je kat awek yang berkenan di hati ... huhuhu...
Haha .. gatal? Taklah ... bersedakah la.
Modal nak buat aiskrim tak besar. Satu kole besar milo, boleh dapat dalam 20-30 batang aiskrim.
Jual Aiskrim Semasa Belajar di IPT
Masa kat IPT lak, saya pernah jual aiskrim berjenama. Sama juga, modal tak banyak mana .. malah, saya tak keluarkan modal pun. Hanya pergi ke syarikat aiskrim dan kata nak jual kat dalam IPT. Pihak syarikat akan bekalkan peti, dan juga aiskrim.Mereka akan tolak harga aiskrim yang dijual pada kita. Beza harga jual kepada pelanggan dengan harga beli daripada syarikat itu adalah untung yang saya dapat. Adalah dalam 20 sen hingga 50 sen bagi setiap aiskrim.
[Baca] Bagaimana Nak Kaya Raya Jual AiskrimKalau masa konvo, perghh memang laku keras. Ia bisnes yang sangat mudah, yang tak perlu pun teknik marketing. Segalanya dah tersedia. Cuma perlu letak banner dan letak peti bagi orang nampak yang kita jual aiskrim. Tak perlu pakai loceng pun ...
Berniaga aiskrim semasa di IPT adalah antara cara saya dapat jana pendapatan sampingan ketika belajar. Modal tak besar nak berniaga aiskrim .. cuma kena bayar sewa tapak kedai dan bil elektrik sahaja. Yang lain, semua disediakan oleh pihak syarikat. Bila stok habis ... telefon sahaja mereka, dan mereka akan datang bawa aiskrim.
Ia satu pengalaman yang berharga. Kalau anda nak bisnes aiskrim, bolehlah cuba dapatkan panduan berikut - Bisnes Aiskrim
Dan .. anda boleh jual aiskrim di mana sahaja .. walaupun di tempat sejuk seperti Cameron Highlands ... huhu...
Salam, nostalgia betul aiskrim malaysia .. dari dulu sampai sekrang laku.
ReplyDeleteSalam, nostalgia betul aiskrim malaysia .. dari dulu sampai sekrang laku.
ReplyDeletememang syok kalu pekena aiskrim..tambah plak kalau musim panas, tak gitu
ReplyDeletedulu suka sangat makan aiskrim perasa milo dengan bandung
ReplyDeleteSaya pun suka makan aiskrim. Sedap makan aiskrim ni.
ReplyDeleteAiskrim ni ada peminat tersendiri.
ReplyDeleteIce cream sedap di jamah ketika cuaca agak panas, tapi hakikatnya time tak panas pun nak juga..bisnes ni memang boleh jalan punya
ReplyDeleteais krim Malaysia memang lejen, dari sekupang satu kemudian dua kupang dan sekarang ni ada yang cecah sampai 5 kupang... buat makan sendiri jer lah.
ReplyDeleteAda sorang Apek ni setiap petang akan ronda taman perumahan tempat saya tinggal dengan motor. Kemudian pukul 5petang, dia akan parking motornya untuk jual aiskrim di depan sekolah rendah. Memang laku keras! Di samping aiskrim, dia juga jual 'jajan'. Berebut budak-budak membeli.
ReplyDeleteKawan saya pun jual aiskrim
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.