Walaupun pihak sekolah sejak dari awal taruh keyakinan tinggi untuk Amri capai keputusan cemerlang 6A, pada kami ... kami lebih suka untuk tidak berikan apa-apa tekanan dengan menaruh harapan.
Amri 6A UPSR 2016 - Terima Kasih Atas Semua Ucapan Tahniah
Buat mereka yang tidak tahu, seminggu sebelum keputusan UPSR 2016 dikeluarkan, Amri telahpun dinobatkan sebagai Tokoh Murid Kategori Kurikulum, kerana pencapaian cemerlang dalam peperiksaan percubaan UPSR, selain mendapat keputusan 8A UPKK dan Jayyid Jiddan PSRA. Pada ketika itu, ramai antara rakan kelas dan guru-guru sudah meramalkan yang Amri bakal mendapat keputusan 6A dalam UPSR 2016 sebenar.Disebabkan harapan itu, isteri saya menjadi risau dan takut. Risau dan takut andai Amri akan hampa dan menghampakan harapan tinggi orang lain terhadapnya.
[Baca] Ketahui Tips Didik Anak Untuk Bijak Cergas PintarIsteri saya berkali-kali berkata pada Amri ...
"Amri jangan kecewa tau kalau nanti UPSR tak dapat 6A"
"Amri kena terima apa jua keputusan nanti ... kena ingat, percubaan dan peperiksaan lain tak sama dengan UPSR"
Malah .. isteri saya ada berkata pada saya ...
"Abang .. kalau Amri tak dapat 6A, nanti kena tarik balik ke anugerah tokoh cemerlang tu?"
Saya .. seperti biasa dengan machonya berkata ... "Rezeki Allah ... takkanlah mereka nak ambil balik ...kena terima je la .."
Dapat Hint Keputusan UPSR 2016 Merudum
Sebelum keputusan UPSR 2016 diumumkan secara rasmi di sekolah, isteri saya dah dapat hint bahawa keputusan UPSR kali ini akan jauh berbeza dengan sebelum ini, dan akan catat rekod sendiri dengan peratusan dapat semua A adalah rendah.Hmm .. apalagi, memang makin berdebarlah dibuatnya. Apatah lagi, ada majlis pengumuman keputusan UPSR dilakukan di sekolah, dan waris murid diminta untuk hadir. Saya wakilkan isteri saya sahaja sebab dua orang anak saya tak berapa sihat ketika itu.
Semak Dulu Result UPSR Menerusi SMS
Sebaik sahaja talian SMS untuk semakan UPSR 2016 dibolehkan pada jam 10 pagi, terus sahaja isteri saya hantar SMS ke 15888.....Alhamdulillah, dengan senyum gembira isteri saya memberitahu bahawa Amri berjaya dapat 6A. Saya lega. Terus isteri saya buat sujud syukur; dan kemudian ke sekolah untuk bersama waris lain dalam majlis di sekolah.
Hanya 3 Murid 6A UPSR
Apabila diumumkan keputusan keseluruhan - ramai yang sugul dan terkejut, dan ada juga murid yang menangis kerana gagal capai apa yang diimpikan. Hanya 3 orang murid sahaja yang berjaya mendapat keputusan 6A, jauh daripada sasaran pihak sekolah yang mahukan lebih 30 orang mendapat keputusan cemerlang 6A.Semua guru ucapkan tahniah. Waris yang hadir juga ucapkan tahniah.
Amri dapat 6A UPSR 2016, saya anggap Amri anak yang bertuah.
Rezeki dan rahmat Allah. Alhamdulillah. Terima kasih buat semua yg telah mendoakan. .. .. Bapaknya tidaklah sebijak ini....
Posted by Hasrul Hassan on Wednesday, 16 November 2016
Terima kasih semua yang ucapkan tahniah pada saya, isteri dan Amri. Dan terima kasih saya pada guru-guru sekolah yang telah menabur keringat tanpa lelah untuk kejayaan ini. Semoga segala ilmu diberikan akan kekal barakah .. dan semoga Allah memberikan limpah rahmat kepada guru-guru yang telah terlibat dalam pencapaian UPSR kali ini.
Tahniah saudara dan untuk anak juga! Alhamdulillah :)
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteTahniah Amri....All the best utk masa akan datang.Amri pasti boleh...
ReplyDeletewahhh, tahniah adik Amri :)
ReplyDeleteTerima kasih ye
Deletetahniah 1 family ;)
ReplyDeleteTahniah =)
ReplyDeleteTahniah! buat anak dan juga ibubapanya
ReplyDeleteTerima kasih Mrs.A ... rezeki Allah, tak sangka sebenarnya.
DeleteBerkat ayahnya banyak berkongsi ilmu online. Syabas
ReplyDeletetahniah adik. bukan calang2 orang, pastu semua lelaki lak tu. selalunya perempuan mendominasi. teruskan cemerlang
ReplyDeleteTahniah. Terbukti anak tuan memang cemerlang kerana tergolong daripada hanya 1.11% calon yang dapat straight A.
ReplyDeleteTahniah HH diatas kejayaan anak. Bertuahnya.. :-)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.