Cuma mungkin, saya ada blog yang dapat kongsikan kisah kejayaan anak saya ini. Sharing is Love. Saya tak mahu jadi pelokek sehingga ada yang bertanya, saya menyombong dan tidak mahu memberikan jawapan. Mungkin apa yang akan saya berikan ini boleh dijadikan panduan dan tips untuk calon-calon UPSR akan datang.
Apa Rahsia Anak Saya Capai 6A Dalam UPSR?
Amri adalah anak sulong saya. Dan menjadi idaman buat semua ibu bapa yang anak pertama akan lahir menjadi seorang anak yang menjadi contoh pada yang lain. Saya dan isteri, sewaktu awal perkahwinan memang mengidamkan anak yang soleh, bijak, pintar, patuh pada ajaran agama dan sihat. Maka, apa yang kami lakukan ialah mengikuti tips dan petua untuk melahirkan anak yang soleh menerusi buku-buku, ebook, dan juga majalah keibubapaan.20 Tips Petua Anak Berjaya UPSR 6A
Alhamdulillah. Kami gembira kerana segala petua itu nampaknya memberikan kesan yang baik untuk anak kami, khususnya Amri.- Didikan Seawal Dalam Kandungan - Sewaktu dalam kandungan, Amri didengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran... samada menerusi rakaman audio atau isteri saya yang amalkan terutama sebelum tidur. Sentiasalah bercakap dengan bayi dalam kandungan, dan usap perut isteri ketika mengandung.
- Ajar Untuk Kenali Huruf dan Sebutan di Awal Usia - Saya dan isteri gunakan flash card untuk ajar Amri kenali huruf, belajar sebutan, kenali haiwan, kenali tumbuhan; baik dalam Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris. Saya ada kongsikan tips ini secara khusus menerusi entri ini - 25 Petua Anak Pandai Berbahasa Inggeris
- Berikan Permainan Yang Uji Minda dan Ingatan - Seawal usia 3 tahun, Amri sudah boleh selesaikan jigsaw puzzle dia sendiri tanpa dibantu. Malah, Amri boleh selesaikan jigsaw puzzle bersaiz dua kali kertas A4 lebih cepat daripada saya dan isteri. Permainan dia banyak yang jenis 'bina-membina' dan penyelesaian masalah.
- Tak Pernah Tengking atau Jerit - Saya dan isteri tidak pernah marah dan jerit pada Amri andai ada melakukan kesalahan, sebab kami tahu bahawa Amri dalam proses pembelajaran. Kami berikan sepenuh kasih sayang pada Amri, dan didik dia dengan nasihat dan teguran dalam kelembutan.
- Pengasuh Yang Punyai Latar Agama Yang Bagus - Kami hantar Amri untuk dijaga dan diasuh oleh pengasuh yang punyai latar agama yang bagus. Ayah dan ibu angkat Amri seorang yang lemah lembut. Saya ada ceritakan mengenai mereka menerusi entri ini - Kongsi Kegembiraan Amri Bersama Ibu dan Ayah Angkat
- Ajar Untuk Berenang - Seawal usia, kami dedahkan Amri dengan kolam air; supaya mudah untuk kami ajarkan dia untuk berenang. Berenang bagus untuk kesihatan fizikal dan minda. Alhamdulillah, setelah berumur 12 tahun, Amri sudah boleh berenang sendiri... walaupun saya sendiri tidak pandai berenang. Rasullulah S.A.W sendiri anjurkan ibu bapa untuk ajar anak untuk berenang, selain berkuda dan memanah.
- Ajar Untuk Minat Matematik - Apa yang saya dan isteri buat ialah ... apabila berada di atas jalanraya (dalam kereta) selalu minta Amri untuk hafal nombor plet kereta yang ada di depan dan juga nombor plet kenderaan yang memotong. Minta Amri untuk ulang balik apa yang dia nampak. Cara ini juga membolehkan Amri untuk pertingkatkan daya ingatan dan refleks dia. Selain itu, belikan buku matematik mudah serta kad imbasan berkaitan nombor.
- Masuk Tadika Islam - Kami fikir didikan awal terbaik untuk seorang anak ialah didikan mengenai agama. Jadi, kami hantar Amri seawal usia 4 tahun ke Tadika Islam Perak. Di situ, Amri belajar mengenai sholat, doa dan soal halal dan haram. Amri bersekolah di Tadika Islam Perak sehingga berusia 6 tahun... dan menjadi antara murid yang diingati oleh ustazah yang mengajar kerana sikapnya yang tidak banyak karenah - hatta selepas habis belajar pun ustazah masih dok ingat lagi.
- Elak Makan Makanan Yang Meragukan Soal Halal Haram - Amri takkan makan keropok, gula-gula, atau apa-apa jajan yang tidak ada tanda logo Halal Jakim. Malah, kedai atau restoran yang gah-gah macam kat hotel, kalau tak ada tanda Halal, Amri memang elak diri sendiri untuk makan. Untuk info, Amri tak makan Mek Di .. huhuhu.
- Sholat - Kami ajar Amri supaya tidak meninggalkan sholat. Alhamdulillah, asbab masuk Tadika Islam, asbab diasuh oleh pengasuh yang baik, Amri jarang tinggalkan sholat. Boleh tonton gelagat Amri dan adiknya yang bersholat di sini - Ajar Anak Bersholat Perlukan Kesabaran - Tips Ajar Anak Sholat
- Jaga Aurat - Amri takkan keluar rumah jika tidak tutup aurat. Hatta di dalam rumah pun, Amri jarang tidak berbaju. Bila nak keluar rumah, Amri akan pakai seluar panjang dan berbaju lengkap.
- Lebih Banyak Mendengar dari Bercakap - Amri agak pemalu, dia lebih suka mendengar dan melihat daripada bercakap sesuatu yang difikirkan tidak ada sebarang kebaikan.
- TV Pendidikan - Amri suka tonton cerita animasi Dora dan Diego The Explorer. Dia akan amati dan ikut apa yang disebut oleh Dora dan Diego. Satu lagi rancangan yang Amri suka tonton ketika kecil ialah Wonderpets dan Blue's Clue.
- Tak Makan Kepala Ikan dan Minuman Yang Ada Semut - Amri takkan makan kepala ikan. Masaklah apa je .. kari kepala ikan ke .. sup kelapa ikan ke .... dia takkan makan kepala ikan tu. Jika air minuman ada semut, dia akan tinggalkan.
- Amalkan Doa - Amalan yang kami sentiasa push pada Amri untuk apa jua yang dia nak lakukan, paling penting ialah doa ketika makan dan doa untuk belajar. Sebab dari makanan yang baik, in Sha Allah ... apa jua yang kita lakukan juga akan berikan kebaikan.
- Makanan Yang Baik - Buah Kurma, Tamar atau kismis sentiasa ada di dalam rumah. Bila nak lapik perut atau nak kudap-kudap, anak-anak saya akan makan buah-buahan ini. Makanan seperti buah kurma atau buah tamar adalah sangat baik untuk otak.
- Tak Berikan Tekanan Untuk Berjaya - Saya dan isteri tak berikan tekanan untuk Amri capai kejayaan. Kami selalu nasihatkan untuk Amri lakukan terbaik atas kemampuannya. Kami mahu Amri gembira dengan apa yang dilakukan.
- Tak Makan Kuning Telur - Amri tak makan kuning telur, malah anak-anak saya yang lain juga tak makan kuning telur. Gamaknya dia telah dengar nasihat dari seseorang kot mengenai makan kuning telur ni. Mungkin juga sebab kuning telur tak sedap bagi dia .. haha.
- Pergi Bercuti - Sentiasa luangkan masa lebih baik bersama-sama dengan pergi bercuti. Seminggu sebelum UPSR, saya dan isteri bawa anak-anak bercuti saya termasuk Amri bercuti ke Cameron Highlands, dan beberapa hari selepas UPSR .. saya dan isteri bawa mereka bercuti ke Lexis Suite Penang.
- Sentiasa Ucap Syukur dan Amalkan Sedekah - Kami ajar Amri untuk sentiasa ucap syukur, alhamdulillah dan bersedekah. Paling mudah, belanja kawan-kawan di sekolah.
Ok ... ini sahaja yang dapat saya ingat dan apa yang saya amati. Maaflah sebab saya main tulis ikut apa yang terlintas ... jadi lintang-pukang sedikit. Boleh juga baca beberapa post terdahulu yang pernah saya tulis; antaranya:
- Ajar Anak 6 Perkara Ini Jika Mahu Mereka Jadi Soleh & Solehah
- 5 Pedoman Buat Si Ayah Mendidik Anak
- Didik Anak Harus Berhikmah - 5 Syarat Untuk Memukul Anak
- Cabaran Mendidik Anak Perempuan
Jika anda mahu dapatkan sebuah ebook atau panduan untuk didik anak menjadi anak yang bijak, maka saya syorkan anda beli ebook di bawah ...
[+] Bagaimana Nak Lahirkan Anak Bijak?Ia mengandungi bahan-bahan bacaan, tips petua serta panduan untuk anda lahirkan anak yang bijak. Malah, anda akan diberikan panduan untuk ajar anak anda supaya bijak matematik. Dan paling penting ialah anda jaga pemakanan untuk anak anda, faktor utama untuk perkembangan terbaik menjadikan mereka anak yang bijak.
Semoga dimanfaatkan.
YA Allah... nice sharing HH... inspirasi tuk saya mendidik anak2 saya... terima kasih perkongsian penuh makna... byk kelamahan saya dalam mendidik anak2.... Allahmdulillah... terima aksih....
ReplyDeleteKita semua ada kelemahan dalam mendidik ... namun, jangan sesekali ambil mudah akan kelemahan ini, jadikan iktibar dan belajar untuk perbaiki.
Deletetak makan kuning telur?? saya suka kuning telur hehe...tahniah HH sekeluarga ;)
ReplyDeleteTerima kasih. Harap perkongsian saya ni dapat berikan ilham pada ibu bapa yang lain. Paling penting kena jaga pemakanan anak.
DeleteYa Allah... bestnye dapat anak soleh seperti Amri. Mudah2an LeYa akan mendapat cahaya mata sebijak Amri
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ia memang satu rahmat dan rezeki ... in Sha Allah, akan jadi ikutan adik-adik yang lain.
DeleteSyabas & tahniah untuk Amri, HH & isteri. Semoga Amri akan meneruskan kecemerlangannya di sekolah menengah & peringkat lebih tinggi. Amin..
ReplyDeleteTahniah :D
ReplyDeletetahniah...
ReplyDeleteTerima kasih Cik Nur
DeleteTahniah
ReplyDeleteGood Sharing. tq tq
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.