Baru-baru ini, anak saya telah dipilih oleh pihak sekolah untuk bersama rakan-rakannya yang lain dalam satu pertandingan peringkat kebangsaan. Pertandingan tersebut adalah pertandingan G-Math. Apa itu G-Math? G di sini bermaksud Genius, dan Math, seperti semua orang sedia maklum adalah subjek Matematik.

Uh... macam tak percaya sahaja anak sulong saya, Amri dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Memang melawan tauke (bapaknya) ni. Bangga juga bila Amri dipilih, tapi saya tertanya-tanya juga apa sebenarnya pertandingan G-Math ini. Jom baca artikel pendek saya ini mengenai G-Math ....

G-Math - Permainan Menguji Kemahiran Matematik

Pertandingan G-Math Peringkat Kebangsaan 2016
Serius .. ini pertama kali saya dengar mengenai pertandingan permainan G-Math ini. Saya tanya isteri saya, dia pun tak tahu apa kebendanya ...

Apa Itu G-Math?

Ok. G-Math bermaksud Genius Matematik .. ia satu pertandingan menguji kemahiran matematik secara spontan. Ia lebih kepada bentuk permainan seperti Sahibba atau Scrabble .. tapi bukan bermain bahasa atau perkataan, tetapi kepada penyelesaian matematik asas dan mudah. Untuk peringkat lebih tinggi, ia melibatkan pembentukan equation atau persamaan yang menghasilkan nilai yang betul.

Pemain G-Math kena isikan kotak-kotak dengan nombor serta simbol matematik seperti campur, tolak, bahagi, kuasa dua dan sebagainya hingga membentuk satu persamaan yang betul dan berjawapan tepat. Dan pemain perlu selesaikannya dalam masa 30 saat sahaja.
Anak saya pertama kali main G-Math
Bagaimana nak main G-Math
Susah? Ya, memang susah.

Anak saya dan rakan-rakannya hanya sempat luangkan masa beberapa jam sahaja untuk berlatih G-Math, sebab mereka juga baru pertama kali mengetahui mengenai permainan ini. Al maklumlah, jauh perjalanan mereka dari Penang nak ke Labuan, Sabah ... huhu...

Nasib baik isteri saya ada buat rakaman pendek apa itu G-Math .... huhu... dan nasib baik juga, isteri saya turut serta ke pertandingan itu, walaupun terpaksa keluar bajet sendiri untuk temankan anak saya si Amri .. huhu....

Video Latihan Pertandingan Permainan G-Math

Rezeki kot, isteri saya dapat tempah penerbangan murah ke Labuan menerusi MAS... dan terakamlah video G-Math di bawah ini. Rakaman ini menunjukkan latihan sedang dilakukan oleh team anak saya untuk G-Math. Tak ada board permainan G-Math, maka terpaksa berlatih guna buku latihan petak-petak besauuu ni .. jom fahamkan G-Math, permainan yang menguji kemahiran matematik ...


Rakaman di atas mungkin tak berapa nak jelas ... tapi rasanya anda boleh agak bagaimana permainan G-Math ini dijalankan .. ye tak. Seperti di awal tadi, saya ada beritahu ia mirip permainan Scrabble atau Sahibba ... cuma gunakan nombor dan juga kaedah matematik.

Kalau anda dah faham, maka bolehlah main bersama anak-anak. Ia sangat bagus untuk uji ketajaman minda anak-anak untuk selesaikan masalah.

Masuk bertanding .. apa keputusannya? Nantikan pada post akan datang ....

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement