Bukan mudah. Walaupun program Sarjana yang isteri saya ambil bukan program berbentuk penyelidikan, tetapi apabila saya lihat keadaan isteri saya di dalam minggu peperiksaan; saya sedar bukan mudah untuk seorang wanita yang dah lama tinggalkan pengajian untuk belajar semula dan hadapi.
Isteri Dah Tamat Sarjana, Alhamdulillah ...
Selama setahun itulah, saya perlu memastikan keluarga saya kekal berfungsi seperti sediakala. Jaga, pakai, makan, minum dan persekolahan anak perlu seperti biasa dan terjaga. Walaupun isteri saya tiada di sisi sepanjang masa ketika dalam pengajian, ia bukan bermakna saya boleh abaikan tanggungjawab yang dikosongkan. Malah, saya perlu pastikan isteri saya tidak perlu risau akan keadaan kami ketika dia sedang fisabillilah.Dan alhamdulillah, isteri saya seorang yang sangat faham walaupun dirinya sendiri dalam kesibukan ya amat - menghadiri kuliah, perbincangan dan kerja kursus. Setiap minggu, isteri saya akan pulang, berulang-alik dari Universiti Malaya dan Putrajaya ke Parit Buntar. Nasib baiklah ada perkhidmatan ETS, dan juga kad pelajar KTM i-Card yang berikan kemudahan untuk isteri saya pulang dengan mudah (tiket ETS 50% diskaun).
Pejam celik, pejam celik .. tempoh setahun cepat berlalu. Ada tangis, ada risau, ada gembira, ada keseronokkan.
Bangga saya dapat masuk ke Dewan Tunku Canselor melihat isteri saya menerima skrol Sarjana. Bangga saya bahawa isteri saya telah berjaya melalui saat-saat sukar sebagai seorang pelajar, dan juga sebagai seorang ibu dan isteri.
Syukur selalu. Alhamdulillah.
Dan tahniah buat isteri saya kerana berjaya mendapat segulung Sarjana yang bukan mudah untuk diperoleh, hanya keazaman dan iltizam serta pengorbanan jitu sahaja yang boleh bantu harungi. Ini juga membuktikan bahawa umur bukan penghalang untuk belajar, dan tiada jalan mudah untuk dapatkan sarjana melainkan belajar menerusi saluran yang betul, dan di universiti yang berdaftar.
Mungkin selepas ini, target untuk teruskan pengajian dan mendapat Doktor Falsafah? Tak siapa tahu.
Terima kasih Allah.
wahhh hebat!! tahniah diucapkan!
ReplyDeleteTerima kasih. Isteri saya hebat. Alhamdulillah.
Deletewah. tahniah =)
ReplyDeletetahniah bro HH..
ReplyDeleteTahniah :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.