Abang Long kepada Amri, anak kepada pasangan ini seorang tahfiz meninggal dunia akibat satu kemalangan jalanraya di Kedah. Kami sekeluarga sempat melihat keadaan arwah yang ketika itu dirawat di Hospital Sungai Petani, Kedah. Hmm .. sedih bila kenang kembali saat-saat tersebut.
Kongsi Kegembiraan Kejayaan Bersama Ayah Ibu Pengasuh Amri
Abang Long dengan Amri waktu itu memang rapat. Abang Long itulah yang jaga dan melayan karenah Amri sejak dari kecil. Jadi, bila dapat tahu arwah kemalangan, kami memang tak fikir panjang .. terus ziarah arwah yang ketika itu sedang koma.Al Fatihah. Jika arwah ada, tentu dia akan sangat seronok melihat kejayaan Amri dapat 6A UPSR 2016.
[Baca] Tips dan Petua Untuk Anak Capai Cemerlang 6A UPSRAnak saya, Amri merupakan antara anak asuhan pasangan ini yang paling akrab. Amri dijaga sejak dari bayi hinggalah berumur 4 tahun (kalau tak silap). Malah, Amri dimanjakan oleh Pak Teh Amri. Kalau Amri tak dapat sesuatu dari saya dan isteri, pasti dia akan dapat menerusi Pak Teh.
Pak Teh dan Mak Teh Amri memang pasangan yang sangat baik. Bila bercakap ... memang lembut, tak pernah saya dengar suara kasar pasangan ini. Mereka menjaga Amri dengan penuh kasih sayang, dan telah dianggap macam anak sendiri.
Kami sangat bertuah kerana mengenali pasangan ini. Walaupun sudah tidak lagi mengasuh Amri, Pak Teh dan Mak Teh Amri agak kerap bertanyakan mengenai perkembangan Amri. Selalu juga datang bertandang ke rumah. Bagus kan?
Alhamdulillah, atas asuhan pasangan ini terhadap Amri ... Amri jadi seorang anak yang baik buat diri kami suami isteri. Dan saya fikir, kerana asuhan yang baik itulah ... Amri boleh berjaya menjadi seorang murid yang cemerlang akademik di sekolah. Sahsiah di sekolah pun baik sehingga semua guru sekolah puji akan sikap Amri yang tidak banyak masalah.
Maka, setiap kali Amri capai kejayaan, kami akan kongsikan dengan pasangan ini.... kerana kami mahu mereka turut rasa gembira atas setiap kejayaan manis anak asuhan mereka. In Sha Allah.
Saya juga harap, anak saya Amri tidak akan melupakan segala jasa dan pengorbanan pasangan ini.
tahniah buat anak HH.. juga tahniah untuk HH dan isteri.. insyAllah dia takkan lupa jasa orang yang menjaganya..
ReplyDeletekejayaan tersebut patut dikongsikan ramai-ramai
ReplyDeletealhamdulillah mesti bangga wpun hanya pengasuh
ReplyDeletewah, blog berwajah baru
ReplyDeletetahniah HH sekeluarga ;)
Seronok bila kejayaan dikongsi bersama
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat kongsi kejayaan bersama.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.