Saya secara peribadi memang gemar makan kobis. Kalau saya sekeluarga bercuti ke Cameron Highlands, in Sha Allah .. antara sayur yang akan dibeli ialah kobis. Kobis Cameron Highlands tak sama dengan kobis di tempat lain ... rasanya lebih sedap, dan lebih rangup. Tak caya cubalah beli ... huhu...nak-nak lagi kalau buat Kobis Masak Lemak.
Resepi Kobis Tumis Ikan Bilis Ala House Husband
Ok, berbalik kepada resepi. Resepi ni sangatlah mudah. Kalau anda ada pengetahuan tentang cara menumis, jadinya resepi ini boleh dikatakan sangat sempoi ...Bahan-Bahan
- Kobis suku potongan dipotong kasar.
- 1-2 biji Bawang Besar dihiris halus.
- 1-2 ulas Bawang Putih diketuk, saya belasah ketuk dengan lesung batu.
- Suku inci Halia dihiris halus.
- Segengam kecil ikan bilis.
- 1-2 Cabai Masak.
- Minyak sesudu.
Cara Masak
- Panaskan minyak dalam periuk.
- Masukkan bawang, halia.
- Masukkan ikan bilis yang telah dibasuh dengan elok. Kalau boleh jangan masukkan kepala. Dan gunakan ikan bilis yang dah dikopek adalah lebih afdal.
- Tumis sehingga naik bau bawang yang sedap.
- Masukkan kobis yang telah dipotong-potong tu.
- Masukkan sedikit air.
- Kacau sehingga kobis layu dan kuah kobis mendidih. Masukkan potongan cabai masak.
- Letakkan sedikit garam.
Kalau ada sambal belacan lagi best. Hmm kalau anda nak tahu rahsia nak buat sambal tumis ikan bilis yang sedap, boleh baca tips dari saya di sini - Rahsia Resepi Sambal Tumis Sedap
Sambal belacan tak ada, sambal tumis pun boleh .. buat sambal basah .. yummi ...
Oh ya, kalau anda ke Cameron Highlands, tempat best nak beli sayur adalah Kea Farm, jadi, saya syorkan anda menginap di sini - Review Equatorial Hill Private Apartment sebab luas, ada peti ais nak simpan sayur yang dibeli, dan anda boleh jalan kaki sahaja ke Kea Farm.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.