Jika anda mahu membeli tayar, maka pastikan anda baca info mengenai tayar baru ini untuk elakkan anda dari ditipu oleh bengkel dan kedai yang menjual tayar kenderaan. Sudah banyak kes pelanggan ditipu oleh penjual, bengkel dan kedai menjual tayar. Ada tu siap naikkan banner promosi harga tayar murah walhal tayar yang dijual adalah tayar lama yang dah expired.

Tayar yang sebegitu sebenarnya bahaya untuk digunakan. Saya ada kongsikan tips untuk elak ditipu oleh penjual dan bengkel kedai tayar. Anda boleh baca dan jadikan ia sebagai panduan untuk mengelakkan diri anda daripada terbeli tayar yang boleh membahayakan keselamatan anda. Seandainya terpaksa juga beli, pastikan anda beli dengan nilai yang sepatutnya. Jangan biarkan mereka kaut untung mudah dalam keadaan anda terdedah kepada bahaya.

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui
Untuk itu, saya syorkan anda baca panduan dan info di bawah ini mengenai tayar baru. Ia berkaitan spesifikasi dan butiran mengenai tayar baru yang anda boleh peroleh dengan membaca kod yang tersedia pada tayar baru tersebut. Paling tidak, anda harus dan wajib tahu samada tayar baru yang bakal anda beli itu sudah lebih tarikh luput pengeluaran atau penggunaan.

Berikut ialah senarai kod yang patut kita semua tahu - untuk Malaysia.

1. Kod Tayar Kenderaan


Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui
Contoh '195/55/R1687V' bermaksud:

195 = Lebar; 55 = Tinggi; R = Radial; 16 = Saiz/Rim; 87 = Had Maksimum Bebanan; V = 240km/j

Simbol huruf pada akhir kod tayar baru bermaksud had kelajuan maksimum tayar tersebut boleh dicapai. Maksud simbol huruf tersebut adalah seperti di bawah ini. Penggunaannya adalah mengikut jenama tayar.

  • S = Maksimum Had Laju 180 km/jam
  • T = Maksimum Had Laju 190 km/jam
  • U = Maksimum Had Laju 200 km/jam
  • H = Maksimum Had Laju 210km/jam
  • V = Maksimum Had Laju 240 km/jam
  • Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam
  • W = Maksimum Had Laju 270 km/jam
  • Y = Maksimum Had Laju 300 km/jam

Untuk sesetengah tayar, terutama tayar di negara yang mempunyai empat musim, ada tambahan kod disertakan iaitu M+S selain daripada kod tayar untuk penggunaan khusus jenama kereta tertentu seperti Ferrari, BMW dan lain-lain.


2. Tarikh Luput Tayar

Tarikh Luput Tayar Kenderaan
Di sisi tayar selalunya selepas kod tayar, anda akan nampak 4 angka seperti di atas. Ia tercatat di sisi tayar baru anda.

Contoh - 1315 ..
Indeks ini menunjukkan bahawa tayar baru tersebut dikilangkan pada minggu ke-13 tahun 2015.

Untuk info dan panduan anda, tempoh penggunaan tayar adalah selama lima (5) tahun dari tarikh tayar dikeluarkan atau dikilangkan. Selagi ia tidak terlebih daripada tempoh ini, tayar baru tersebut dianggap selamat dan boleh lagi digunakan.

[Dah Baca?] Bahana Kalau Tidak Pandai Jaga Kereta Sendiri

Kenapa Tempoh Tayar 5 Tahun Sahaja?

Kenapa 5 tahun?

Tayar baru yang berusia lebih daripada lima (5) tahun sebenarnya masih boleh digunakan tetapi keadaan tayar telah menjadi keras dan sangat tidak selesa untuk pemanduan. Malah, dalam satu aspek lain, penggunaan tayar lebih 5 tahun usianya dari tarikh kilang adalah tidak selamat dan boleh mendatangkan bahaya. Tayar yang lebih usia 5 tahun, getah tayar sudah tamat tempoh dan penggunaannya boleh dianggap sebagai luput (expired).


Seandainya anda ingin menukar tayar kenderaan anda kepada tayar baru, pastikan tahun pengeluarannya adalah tahun terkini, contohnya berakhir dengan XX16 (2016). Dan seandainya anda membeli tayar baru yang tahun keluaran tercatit lebih daripada tahun semasa, anda boleh minta diskaun antara 20-30 peratus harga asal.

[Dah Baca?] 12 Tips Mudah Sebelum Beli Kenderaan Terpakai

Satu lagi tips daripada saya, jika anda menggunakan kenderaan sudah lebih daripada 4-5 tahun, sila periksa tayar kenderaan anda terutama bunga tayar - adakah ia semakin menipis atau masih tebal.

Cuba buat gantian tayar secara rotation - tayar belakang tukar ke depan, tayar kiri tukar ke kanan setiap 6 bulan atau 1 tahun, untuk memanjangkan jangka-hayat tayar anda, dan supaya sesaran tayar lebih baik.

Untuk pelbagai tips mengenai penjagaan kereta dan kenderaan anda, boleh dapatkan panduan ini - Tips Jaga Kereta Sendiri - Jimatkan Kos


1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement