Untuk kakitangan awam, anda bolehlah jadikan jadual gaji ini sebagai rujukan dan panduan untuk anda merancang perbelanjaan pada tahun 2017. Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ini, bijaksana dalam pengurusan kewangan dan ekonomi adalah penting. Perlu bijak supaya kakitangan awam ada simpanan dan juga pelaburan.
Jadual Pembayaran Gaji 2017 Kakitangan Awam
Berikut adalah jadual pembayaran gaji untuk kakitangan awam bagi tahun 2017 sepertimana yang telah dinyatakan dalam pekeliling SPANM Bil 4/2016 Jabatan Akauntan Negara Malaysia.Tak berapa jelas? Boleh lihat pada jadual yang telah saya sediakan di bawah ini ..
Bulan Gaji | Tarikh Terima Gaji | Hari | Catatan |
---|---|---|---|
Januari | 19 Januari 2017 | Khamis | Tahun Baru Cina 28 - 29 Januari |
Februari | 23 Februari 2017 | Khamis | |
Mac | 23 Mac 2017 | Khamis | |
April | 25 April 2017 | Selasa | |
Mei | 25 Mei 2017 | Khamis | |
Jun | 15 Jun 2017 | Khamis | Hari Raya Aidilfitri 25-26 Jun |
Julai | 25 Julai 2017 | Selasa | |
Ogos | 24 Ogos 2017 | Khamis | |
September | 25 September 2017 | Isnin | |
Oktober | 11 Oktober 2017 | Rabu | Deepavali 18 Oktober |
November | 23 November 2017 | Khamis | |
Disember | 21 Disember 2017 | Khamis |
Ok? Cuba lihat pada tarikh-tarikh pembayaran gaji kakitangan awam tersebut .. sekrang anda tahu bila masa nak kena berjimat cermat, dan bila masa kakitangan awam akan terima gaji awal.
[Baca] Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas oleh Syukor HashimUntuk pembayaran 'bonus' kakitangan awam, bayaran akan diterima pada 3 Januari 2017, sepertimana terkandung di dalam pekeliling SPANM Bilangan 3 Tahun 2016.
Oh ya, bila dah tahu jadual gaji ni, bolehlah anda merancang untuk bercuti bersama keluarga ... :) dan saya syorkan anda untuk guna kelebihan sebagai seorang kakitangan awam untuk tempah Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) yang khas untuk anda, anda boleh dapat sewa bilik, sewa sebuah apartment mahupun sebuah banglo (dengan 3-6 bilik) dengan harga serendah RM50 - RM250 semalam! Info lanjut boleh baca post ini - Tempahan RPP Khas Kakitangan Awam Dibuka Untuk Tahun 2017
Semoga dimanfaatkan sebaiknya informasi ini.
terima kasih atas share ni. sebenarnya jadual ini jugak untuk mereka yang berniaga untuk menetapkan strategi marketing mereka. Sangat berguna
BalasPadamAlhamdulillah, memang itu tujuan saya selain nak berikan info panduan pada kakitangan kerajaan yang lainnya.
Padamterima kasih atas info
BalasPadamSama-sama .. :) Bila nak belanja ni???? :-d :-d
PadamUjung bulan je akan keluarlah jadual pembayaran gaji utk penjawat awam nie.. hehehe
BalasPadamnampak jadual ni awal ya June tu
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.