Kasut sukan warna putih jenama Yonex harga RM10 sepasang .. uhh mana nak dapat!! Haha.. rezeki anak-anak, terjumpa sale ni di salah sebuah gedung beli-belah terkemuka di Penang. Yelah, sekarang semua pusat membeli-belah buat sale, terutama sempena Hari Natal (Krismas) dan juga cuti sekolah.

Setiap tahun memang akan ada jualan akhir tahun yang tawarkan pelbagai barangan dengan harga diskaun. Jika online, Lazada Malaysia, Shoppu, 13th Street, dan Zalora antara sebahagian gedung beli-belah online yang telah memulakan jualan serta sale discounts untuk banyak produk untuk akhir tahun sejak dari bulan November lagi. Saya sendiri dah 'sakan' berbelanja sempena OnlineRevolution 2016 dan ada diceritakan dalam post - Bershopping Online Sempena Online Revolution 2016 - 4 Barang Saya Beli!!

Kasut Sukan Yonex RM10 Sepasang

Kasut Sukan Yonex RM10 Sepasang
Nak dijadikan cerita, hari tu, saya dan isteri ambil peluang untuk bawa anak-anak bercuti hujung minggu di Pulau Pinang. Dah alang-alang bercuti, kami sempat juga untuk singgah di AEON Queensbay Penang. Al maklumlah, dah lama tak jejakkan kaki ke pusat membeli-belah terbesar di bahagian selatan Pulau Pinang ini.

Fuh .. ramai betul orang. Memang sakan orang Penang ni kuar berbelanja.

Dari RM50 Jadi RM10!!

Dan mungkin rezeki anak-anak, kami jumpa tawaran kasut sukan sekolah (putih) yang dijual dengan harga diskaun sebanyak 70%. Lepas tu, jenama terkenal pula ... Yonex. Harga asal kasut dalam RM 45.90; jatuh menjadi hanya RM10 je sepasang! Hmmm apa lagi, memang kami rembatlah dua pasang.
Kasut Sukan Yonex RM10 Sepasang
Jualan Kasut Yonex di AEON
Sepasang untuk Maira, dan sepasang lagi untuk Angah Zikri. Untuk Abang Long Amri, tak ada saiz. Saya sendiri mencari untuk diri sendiri pun tak jumpa saiz. Yang ada memang saiz terhad ....

AEON antara tempat beli-belah yang best jika kena waktunya. Kadang tu ada jualan yang memang berbaloi untuk kita tengok. Wife saya antara yang suka shopping di AEON, terutama pakaian kanak-kanak. Tapi, di luar waktu sale... memang jaranglah nak masuk AEON ni .. haha.
[Baca] Kerja Kosong Sebagai Data Entri dan Penterjemah Bebas Untuk Income Sampingan.
Kadang musim cuti sekolah ni kena rajin skit berjalan dan bersiar. Kalau dok terperuk di dalam rumah, mungkin tak tahu ada jualan macam ni. Uhh dapat berjimat banyak kot .. dapat beli kasut putih jenama berkualiti dengan harga RM10 ...

Pun begitu, kami masih lagi tunggu jualan gudang Pallas yang selalunya akan dibuat dekat-dekat nak buka sekolah ni. Gudang jualan Pallas dekat je dengan tempat saya ni .. hoho .. kasut sekolah yang dijual di kedai dengan harga RM30-20 sepasang boleh dapat antara RM10 - RM5 sepasang je kat jualan gudang Pallas ni.

Hmm hujung 2016 ni nampaknya belum ada bayang lagi jualan gudang kasut sekolah Pallas ni.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. beli2.. musim sekolah dah nk bermula..

    BalasPadam
  2. jimat banyak tu... :) memang pembelian bijak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul... harga asal Rm40 leh beli dapat RM10 .. memang jimat sangat banyak tu. Alhamdulillah, rezeki anak-anak.

      Padam
  3. Ari tu tgk2 jugak.
    Tapi tak beli.
    Sebab terlupa!!
    After da beli kat BATA, baru teringat!!!
    Sabo jer la.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement