Zaman 80an, zaman 90an, agak sukar dan susah nak buat pelaburan emas sebab tak banyak sumber. Sekarang, bukan setakat kedai emas, bank-bank pun ada menyediakan saluran untuk anda membuat pelaburan emas, terutama emas fizikal. Syarikat-syarikat pelaburan emas pun banyak yang dah wujud untuk bantu masyarakat merebut peluang pelaburan ini yang sangat menguntungkan.
Masa Terbaik Lakukan Pelaburan Emas
Alhamdulillah, ada rezeki lebih, saya dan isteri takkan lepaskan peluang untuk melabur dalam emas fizikal. Sekarang ada banyak pilihan. Jika tak mahu simpan emas fizikal itu sendiri, boleh minta pihak yang mengendalikannya untuk simpan bagi pihak kita. Siap diberikan sijil pemilikan dan nombor peti lagi.Pelaburan dalam emas fizikal memang menguntungkan. Pun begitu, ramai yang tidak tahu bagaimana untuk menjadikannya satu pelaburan yang memberikan untung berganda-ganda. Ada yang setakat beli emas fizikal tetapi simpan tanpa tahu bila masa untuk menjual dan peroleh untung.
Saya bukan pakar pelaburan emas tetapi secara amnya saya tahu .... bahawa anda tidak akan rugi dengan menyimpan emas. Malah, dalam Islam sendiri, menyimpan emas fizikal adalah satu perkara yang sangat dituntut.
Harga emas telah meningkat dengan banyak sekali sejak 20 tahun dahulu. Dan in Sha Allah ia akan terus naik dan naik walaupun keadaan ekonomi global yang tidak menentu.
Walaupun hari ini saya katakan harganya telah turun, ini tidak bermakna anda akan rugi .. malah ia memberikan kesempatan untuk anda menambah aset dalam bentuk emas fizikal ini. Harga emas pasti akan naik ... percayalah.
Kadang ramai yang tak faham mengenai konsep pelaburan emas fizikal, malah tak tahu cara nak melabur dengan betul dalam komoditi ini. Jika ada ilmu yang betul, in Sha Allah .. pelaburan emas yang awalnya bermula hanya dari 0.5gram boleh menjadi sehingga 1-10 gram hanya dalam masa beberapa bulan sahaja.
Fakta - Ramai yang kena tipu dengan skim pelaburan emas yang tidak sah, disebabkan sikap tamak dan tiada ilmu pengetahuan yang betul tentang cara untuk jana kekayaan menerusi pelaburan emas.Jika anda tanya saya mana nak dapatkan ilmu pelaburan emas fizikal ini, maka saya syorkan anda membaca panduan dalam ebook Pelaburan Emas yang ditulis oleh Tuan Syukor Hashim, pengurus besar Public Dina .. yang juga merupakan pakar pelaburan emas di Malaysia.
Anda boleh tengok sendiri diri beliau ditemuramah stesen TV dan menjadi penceramah berkaitan pelaburan emas di Malaysia di laman web Pelaburan Emas.
Buku panduan yang ditulis oleh Tuan Syukor Hashim memberikan anda pengetahuan sebenar tentang konsep pelaburan emas, apa yang perlu anda buat dengan emas fizikal anda (termasuklah pembayaran zakat) dan bagaimana untuk mendapatkan untung berlipat-kali ganda menerusi pelaburan emas fizikal.
Seandainya anda mahu untung besar dalam pelaburan emas, boleh baca ebook dan buku Pelaburan Emas oleh beliau >> Tempahan Ebook/Buku Pelaburan Emas
Saya tulis dan saya promote supaya anda celik emas dan tahu potensi ini. Saya dan isteri dah mula, anda bila lagi? Dan mahu mula ... baca dulu panduan diberi, jangan kena tipu sebab anda mahu kaya macam pak menteri .. .
wah
BalasPadamSaya dah habis baca buku tuan syukor tu, memang berbaloi2 membelinya
BalasPadamjom tambah emas sekarang ;)
Terima kasih sbb berikan respon dan pandangan ttg buku pelaburan emas ni. In Sha Allah, lebih ramai akan celik cara nak melabur emas dengan betul
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.