Saya sebelum ini adalah seorang yang gagal menguruskan hutang dengan baik. Contoh paling mudah ialah menguruskan hutang kad kredit. Akibat hutang kad kredit, banyak duit gaji (semasa kerja di USM) dihabiskan hanya kerana hutang - itupun hutang kad kredit tak berjaya dilangsaikan sepenuhnya.
Panduan Urus Hutang Untuk Duit Banyak
Anda tentu terkejut jika saya katakan, bahawa saya hanya berjaya memiliki sebuah telefon bimbit setelah lebih setahun bekerja! Itupun setelah saya menerima sindiran daripada boss saya ketika itu. Bayangkan di pejabat saya, saya antara salah seorang staff yang tidak mempunyai telefon bimbit sendiri. Disebabkan kekurangan ini, boss sukar nak hubungi saya jika ada kerja urgent yang perlu disiapkan .. huhu.Masa tu, saya kekurangan duit sendiri untuk membeli sebuah telefon bimbit walaupun harganya sekitar RM300 seunit! (paling cikai) (tahun 2000 - 2005)
Dan saya mengambil masa selama 5 tahun untuk memiliki sebuah kereta sendiri - itupun kereta Kelisa yang bayaran mukanya adalah RM1000. Dahlah hutang yang ada belum terlangsai, ditambah lagi dengan hutang kereta ... maka makin sikitlah duit gaji saya setiap bulan ketika itu.
Apabila duit makin sedikit disebabkan hutang, maka sukar untuk melakukan simpanan sendiri, apatah lagi untuk digunakan sebagai pelaburan. Bila nak simpan bagi tujuan pelaburan, saya akan mula berkira-kira .. takut duit di tangan jadi kurang, dan akan ganggu perbelanjaan saya seharian.
[Baca] Panduan Pelaburan daripada Jutawan Emas MalaysiaAkibatnya, saya gagal urus kewangan saya dengan betul. Hutang bertambah, dan duit di tangan menjadi kurang.
Ilmu Cara Urus Hutang dan Miliki Duit yang Banyak
Alhamdulillah, sekarang saya ada sedikit ilmu bagaimana menguruskan hutang dengan baik.Nak urus hutang dengan baik, anda perlukan perkara berikut:
- Disiplin diri. Anda perlu ada disiplin untuk membayar hutang setiap bulan. Anda perlu tahu berapa jumlah yang mampu dan boleh untuk melangsaikan hutang anda dengan segera.
- Hapuskan kad kredit. Sejak saya hapuskan 4 kad kredit saya, hidup saya sudah berkurangan dengan hutang. Kini, saya hanya ada satu sahaja kad kredit... itupun kurang digunakan. Ia juga salah satu cara untuk elak atau kurangkan riba dalam kewangan peribadi.
- Maksima penggunaan kad debit. Saya lebih suka gunakan kad debit. Dengan kad debit, anda boleh urus kewangan dengan lebih baik, kerana ada had untuk anda berbelanja - tidak seperti kad kredit. Lagipun, ia bagus untuk kurangkan penggunaan wang tunai. Semakin banyak wang tunai berada di tangan, semakin mudahlah ia menjadi sedikit .. :). Ia akan mengelakkan anda dari berhutang!
- Berhutang dengan matlamat. Anda boleh berhutang kerana ada beberapa kes, di mana anda perlu berhutang untuk mendapatkan sesuatu. Namun, jika anda terpaksa berhutang, anda perlu ada matlamat. Matlamat apa? Matlamat untuk melangsaikan hutang tersebut dengan seberapa segera mengikut kemampuan anda. Jika anda tiada matlamat ini, anda akan tidak sedar bahawa hutang itu akan memakan diri anda, menyebabkan nanti hutang bertambah berkali ganda kerana anda gagal dalam mencapai matlamat tersebut.
- Tidak tahu fungsi dan bagaimana hutang itu berlaku. Ada orang hanya tahu untuk berhutang, tetapi tidak tahu bagaimana hutang itu terjadi. Itu sebabnya ramai yang beli barang berhutang di Courts ada yang dikenakan tindakan mahkamah. dan bermasalah. Mereka hanya tahu untuk berhutang, tetapi terma syarat berhutang, jumlah faedah yang dikenakan - haram tak tahu apa-apa. Ini masalahnya.
- Elak riba. Sebagai seorang yang beragama Islam, adalah wajib untuk uruskan kewangan terutama hutang bebas daripada amalan riba. Mahu duit yang ada berkat, maka berusahalah untuk elak daripada menjadi seseorang yang terlibat dengan riba. Ia juga salah satu cara untuk anda murah rezeki dan jemput rezeki bertalu-talu.
[Baca] Cara Untuk Dapatkan Rezeki Baik Bertalu-Talu
Belajar Cara Urus Hutang
Nak belajar cara urus hutang tak? Jika anda mahu hutang anda dibereskan dengan segera, contohnya hutang PTPTN, hutang Courts, hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya, maka anda boleh dapatkan panduan urus hutang daripada saudara Kharulnahar Jamaludin. Beliau adalah seorang Certified Member of Malaysian Financial Planning Council (MFPC) dan juga affiliate kepada Perancang Kewangan Berlesen/Berdaftar.Panduan urus hutang tersebut adalah dalam bentuk ebook, dan mendapat review yang sangat bagus daripada mereka yang sudah kaya berjaya dan bebas hutang. Berminat nak dapatkan panduan ini? Klik pada pautan di bawah.
Ini untuk anda bebas hutang, dan miliki duit banyak; bacalah - Panduan Urus dan Bebas HutangIa didatangkan dengan bonus khas untuk bantu anda urus hutang dengan baik, contohnya 'bagaimana untuk selesaikan hutang kereta dengan mudah!' Semoga panduan ini akan menjadikan anda tahu mengenai hutang, bagaimana nak uruskan hutang dengan bijak, dan bebas daripada bahaya hutang. Belajarlah cara untuk mempunyai duit yang banyak kerana ia bagus untuk perancangan kewangan anda.
Semoga bermanfaat.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.