Cara Semak Keputusan Permohonan ke Sekolah Menengah Kawalan
Semakan secara online keputusan memasuki sekolah menengah kawalan boleh dilakukan di portal berikut - Portal Semakan Online Sekolah Kawalan KPM. Manakala untuk sistem semakan menerusi SMS, boleh dilakukan ke nombor 15888 mengikut format SMS yang telah ditetapkan. Semakan boleh dilakukan mulai 20 Disember bermula jam 10:00 pagi hingga 31 Disember 2016.Anak saya, Amri yang sebelum ini berjaya mendapat keputusan cemerlang UPSR 2016 ada memohon ke sekolah menengah kawalan ini. Alhamdulillah, Amri telah mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Syeikh Abdullah Fahim yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal.
Surat tawaran kemasukan ke sekolah kawalan ini pun dah saya ambil pada 19 Disember 2016 di sekolah menengah harian yang telah didaftarkan sebelum ini. Jika anak anda dapat terima masuk ke sekolah kawalan, sila pergi ke sekolah menengah harian yang daftar sebelum ini untuk ambil surat tawaran sebelum mendaftar ke sekolah kawalan KPM.
Jenis Sekolah Menengah Kawalan
Berikut adalah enam jenis sekolah menengah kawalan KPM yang ada di Malaysia:- Sekolah Kawalan/ Sekolah Rancangan Khas (SRK)/ Sekolah Elit/ Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN)
- Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Kelas Kawalan/ Kelas Premier
- Kelas Rancangan Khas (KRK)/Rancangan Khas Daerah (RKD)/ Sekolah Premier
- Kelas Aliran Agama (KAA)
Cara Semak Permohonan Sekolah Menengah Kawalan Menerusi SMS
Cara semakan kemasukan ke sekolah menengah kawalan KPM menerusi SMS adalah seperti di bawah ini (atau rujuk pada gambar disediakan):Taip: MOE<jarak>SKKawalan<jarak>Angka Giliran UPSR. Hantar ke 15888.SMKA Syeikh Abdullah Fahim tidak jauh dari kediaman kami... lebih kurang 5km sahaja. SMKA ini ada kemudahan asrama, dan in Sha Allah .. Amri akan mendaftar masuk ke sekolah ini pada awal Januari setelah pengesahan penempatan ke SMKA ini dilakukan pada 21 Disember 2016.
Contoh: MOE SKKawalan PM002104
Amri ada juga menerima tawaran kemasukan ke SBP Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR), Ipoh; tetapi atas sebab-sebab tertentu, kami sepakat untuk tidak menerima tawaran tersebut. Surat penolakan ke STAR, Ipoh telahpun dibuat secara rasmi dan dihantar ke pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pilihan pertama SBP adalah SBPI Rawang, namun gagal melepasi pada peringkat temuduga. Nyata keputusan cemerlang UPSR 6A belum tentu menjamin tempat ke SBP pilihan .. huhu... :)
In Sha Allah, Amri akan bersekolah di sekolah pilihannya kerana minat untuk belajar adalah dari dirinya. Kami, sebagai ibu bapa hanyalah pemberi dan petunjuk jalan sahaja. Moga Amri akan terus cemerlang.
great sharing
BalasPadamOh! hari ini dah boleh check!
BalasPadamThanks kongsi info
Sama-sama Mrs A. :)
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.