Selama hampir dua minggu saya perlu berhadapan dengan kesan demam chickenpox ini. Demamnya tak seberapa, tetapi kesan akibat bintik-bintik melepuh seluruh badan memang menyeksakan. Ada pedih, ada gatal. Nak garu tak boleh .. tahan je la dengan daya upaya.
Wajah Selepas Chickenpox Menyerang
Bintik melepuh mula muncul di muka, lepas tu merebak ke tangan, lalu ke badan ... dan akhirnya ke kaki. Bahagian terakhir bintik chickenpox ini muncul ialah di tapak kaki. Uhh risau saya bila bintik-bintik ini muncul di kaki, al maklumlah saya merupakan pesakit diabetes. Risau takut bintik chickenpox menjadi luka yang sukar disembuhkan.Bintik Mula Kering Setelah Hampir Dua Minggu
Alhamdulillah, setelah hampir dua minggu, bintik-bintik melepuh ini sudah mula surut dan mengering. Isteri saya banyak membantu dalam proses pemulihan, termasuk anak sulong saya yang jadi tukang sapu losyen di belakang badan.Bila kesan bintik ini mengering .. tahap kegatalan pada bahagian yang ada bintik memang sukar nak digambarkan. Tidur malam pun terganggu. Waktu saya kena peringkat awal, memang saya tidur awal sebab nak elakkan diri dari menggaru. Nasib baik isteri saya sediakan tempat tidur yang dialas dengan daun Semambu ... jadi, kurang sikit rasa gatal tu ...
Tengok gambar masa peringkat awal kena chickenpox di bawah ni .. tak ngeri ke? huhuhu...
Daun Semambu memang bagus untuk merawat kesan-kesan melepuh dan bintik-bintik chickenpox ini. Saya nampak bahagian belakang badan yang sering terkena daun Semambu cepat baik, dan kurang nampak kesan parut bintik chickenpox.
Bahagian wajah saya yang kurang terkena daun Semambu, memang nampaklah kesan parut bintik chickenpox ini. Kalau orang yang tak biasa dengan saya, tentu ingat saya ni ada penyakit misteri .. haha...
Ini pengalaman saya terkena chickenpox waktu dah tua-tua ni. Saya beruntung betul dapat isteri yang tahu bertindak dan merawat saya ketika terkena demam chickenpox ini. Semuanya disediakan - air mandian daun Semambu, tempat tidur daun Semambu, losyen, ubat kurangkan kegatalan ... dan macam-macamlah, makan pun dia yang jaga supaya memastikan saya berpantang dengan betul.
Huhu .. dah tua-tua tak kesah dah wajah begini .. asalkan mereka yang rapat terus berada di sini, alhamdulillah.
Sakit n pedih kan kene chicken pox...
ReplyDeleteLeYa ade satu cara nak hilangkan parut chicken pox..
Guna sabun Marine Essence Beauty Bar.. boleh hilangkan semua
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.