Teknik pemasaran dan strategi buat bisnes di Facebook tak banyak berubah. Cuma mungkin sekarang, lebih banyak nak keluarkan modal berbanding dulu. Kalau rajin cari ilmu dan strategi pemasaran Facebook, in Sha Allah, bisnes di Facebook boleh meletup!
2 Strategi Asas Buat Bisnes Facebook
Secara asasnya, ada dua strategi buat bisnes di Facebook. Kalau guna strategi ini, dah boleh dah untuk buat jualan di Facebook. Tak payah modal pun, cuma nak kena rajin je sikit .. opss kena rajin banyak .. haha. Malas kalu .. memang takkan ke mana, melainkan keluarkan sedikit kos untuk pemasaran menggunakan FBAds.Orait, meh saya kongsi apa yang saya tahu, dan pernah buat ..
Jika anda buat bisnes di Facebook, anda memang perlu melakukan dua strategi ini. Kalau tak lakukan, bisnes anda takkan ke mana-mana. Ia penting supaya bisnes anda di Facebook akan jana keuntungan yang konsisten, atau setidaknya ada jualan yang baik.
Strateginya bermula macam ni ....
Buat Page Untuk Bisnes Anda dan Kumpul Page Like Sebanyak & Secepat Mungkin
Tujuannya ialah bila page anda dapat banyak like, ianya akan meningkatkan keyakinan prospek anda. Ini magik nombor. Orang akan lebih suka pada Page yang ada 1 juta likers daripada 1000 likers.Dalam tips blogging pun, saya selalu tekankan mengenai teknik ni - tarik pembaca dan pengunjung dengan nombor dan angka yang dipaparkan di blog...huhu..
Ok berbalik pada strategi bisnes di Facebook tadi.
Orang nampak FB Page anda ada like yang banyak, mereka takkan teragak-agak untuk lihat apa yang ada di FB Page anda. Orang suka nombor yang besar-besar .. lagi besar lagi baik .. ia boleh menarik minat mereka.
Pun begitu, like yang lebih kepada kuantiti tetapi kurang kualiti pun tak boleh juga. Anda kena pastikan setiap like yang anda dapat di FB Page bisnes anda itu adalah mereka yang betul-betul minat pada produk yang anda jual di FB.
Anda kena target atau buat sasaran untuk mendapat likers yang bakal menjadi prospek dan pelanggan. Mereka inilah yang akan membantu FB Page bisnes anda untuk berkembang, dan seterusnya menjana jualan yang anda mahukan.
[Baca] Tips Mendapatkan Kos Iklan Murah di FBCara percuma untuk anda dapatkan like untuk FB Page anda ialah dengan membina dan mewujudkan laman web atau blog anda sendiri. Alahhh .. buat blog perniagaan sendiri je ... guna blogspot, bukan kena bayar apa-apa, tapi yang penting .. anda kena gunakan blog anda 100% untuk mendapatkan likers tersebut.
Malas nak buat blog? Maka, boleh cuba cara LIKEMETHOD.Jika anda guna teknik yang ada dalam LIKEMETHOD ni, anda bakal mendapat prospek targeted & berkualiti iaitu prospek yang betul-betul berminat nak beli produk anda. Bila dah ada prospek yang betul-betul minat, kerja mempromosi sangat mudah .. ..
[Baca] Robot Pemasaran Bisnes di Instagram 9 Dalam 1
Buat Iklan Promosi di Post FB Page
Tujuannya ialah anda nak sebarkan post promosi anda kepada seberapa ramai mungkin prospek. Ia mungkin terdiri daripada jumlah Likers yang banyak tadi. Katakan FB Page anda sudah ada dalam 5,000 Likers, paling tidak 10 Likers itu mungkin menjadi pelanggan dan beli produk anda.Post promosi ye ... bukan jualan biasa. So, buatlah tawaran istimewa apa-apa ke ... diskaun ke, kupon baucer ke, giveaway ke .. janji post promosi.
Bila anda buat post promosi, potensi untuk anda dapat sale semakin meningkat. Semua orang sukakan promosi .. kalau tidak takkan syarikat yang besar-besar pun buat perkara yang sama, ye tak?
Iklan promosi ini anda perlu target kepada 2 jenis prospek:
- Likers FB Page anda
- Audiens lain yang mungkin menjadi rakan kepada Likers tadi.
Penting!! Anda kena rajin urus FB Page anda. Mesti memastikan FB Page anda hidup dan sentiasa update. Jika ada Likers yang PM, anda kena cepat-cepat jawab.
AutoPM
Berkaitan PM PM di FB Page tu ... ehemm .. jika anda dah daftar dan gunakan teknik LIKEMETHOD, anda boleh gunakan satu software khas - AUTOPM untuk membantu. Harga software ini adalah RM397 setahun, tetapi buat mereka yang berada di dalam LIKEMETHOD, anda boleh gunakan software AUTOPM dengan bayaran hanya RM200 setahun sahaja.Apa tunggu lagi? Nak buat sales best tak kat bisnes FB anda? Join Tribe LIKEMETHOD.
Baru hari ini perasan ada dua jenis comment rupanya. huhu.
BalasPadamWah dulu jual CD? Sekarang pun CD masih ada permintaan.
Yup .. dulu jual CD, skrang masih ada lagi dalam simpanan ... nak guna untuk baby baru nanti, in Sha Allah ...
Padammacam tu rupanya..ohoh
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.