Orait. Kepada mereka yang masih kurang tahu mengenai pelaburan unit Amanah Hartanah Bumiputera, anda boleh baca post sebelum ini yang telah saya sediakan - Info Ringkas Pelaburan AHB
Cara Melabur Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
Apabila dah ketahui serba sedikit mengenai pelaburan AHB, maka bolehlah memulakan langkah untuk membuat pelaburan hartanah pertama anda. Tak susah sebenarnya untuk daftar, buka akaun dan memulakan pelaburan dalam AHB ni.Pelaburan anda ditaja menerusi dana pelaburan hartanah oleh pihak Pelaburan Hartanah Berhad. Ia sebuah syarikat pelaburan hartanah yang merupakan subsidiari dari Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera. Manakala, pengurusan unit amanah di lakukan oleh Maybank Asset Management Sdn Bhd. Pemegang amanah bagi dana ini ialah AmanahRaya Trustees Berhad.Ikuti langkah serta tatacara yang saya kongsikan ini. Paling penting anda perlu ada modal pelaburan anda, iaitu minima RM100. Sebelum ini RM1000, dan kemudiannya RM500. Tetapi sebab dana pelaburan AHB sudah bertambah, dan semakin ramai yang melabur dalam AHB ... maka nilai pelaburan awal dikurangkan bagi memudahkan lebih ramai Bumiputera untuk melabur dalam bidang hartanah perdana di Malaysia.
7 Langkah Untuk Memulakan Pelaburan Hartanah Dalam Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
- Cari dan pergi ke mana-mana cawangan Maybank. Ini adalah kerana Maybank Asset Management Sdn Bhd yang menguruskan dana pelaburan AHB ini.
- Jumpa dengan pegawai bank atau terus minta bantuan di Kaunter Pertanyaan berkaitan pelaburan AHB. Beritahu niat anda - samada nak buka akaun pelaburan atau tambah pelaburan dalam AHB.
- Kemudian, anda akan diarahkan untuk berunding dengan Eksekutif Kewangan (FE) di cawangan Maybank tersebut (jika baru nak buka akaun) untuk menjelaskan mengenai AHB dengan lebih terperinci. Anda perlu faham dulu mengenai pelaburan ini - berkaitan cara diuruskan, bila dividen diberikan, berapa kadar dividen anda dapat, apa kelebihan anda perolehi dan banyak lagi. Prospektus pelaburan hartanah menerusi AHB juga akan diberikan.
- Isi borang "Borang Pendaftaran - Akaun Dewasa" atau "Borang Pendaftaran - Akaun Kanak-Kanak / Remaja" yang mana berkenaan. Ya, anda boleh memulakan langkah awal dengan membuka akaun pelaburan AHB untuk anak-anak anda.
- (Sila ambil perhatian bahawa anda akan diminta untuk memberikan nombor akaun bank dalam borang tersebut. Ini adalah untuk memudahkan pembayaran dividen, jika ada, yang dividen akan dibayar terus ke akaun anda. Akaun bank selain Maybank boleh diterima tetapi caj minimum akan dikenakan untuk menampung kos urus niaga apabila dibayar dividen. Sebagai alternatif, anda boleh membuka akaun Maybank baru pada deposit minimum RM10)
- Kemukakan borang yang lengkap bersama-sama dengan kad pengenalan anda, atau/asal Sijil Kelahiran Mykid (untuk individu yang berumur 3 bulan hingga 18 tahun). Saya sarankan anda buat salinan siap-siap untuk percepatkan proses sebelum ke Maybank.
- Buat pembayaran jumlah pelaburan sama ada dalam tunai atau cek kepada jurubank di kaunter. Selepas itu, satu salinan disahkan daripada "Borang Pendaftaran" akan dikeluarkan kepada anda sebagai bukti pelaburan anda. Simpan borang ini sebagai rujukan di kemudian hari.
Selesai. Mudah je tak untuk buka akaun pelaburan AHB ni? Jika anda pergi ke cawangan Maybank yang tak berapa ramai pelanggan di kaunter, memang cepat sekali proses-proses ini.
[post_ads]
Nah .. sekarang anda sudah menjadi pelabur dalam bidang hartanah di Malaysia !! Dan bukan sebarang hartanah ye .. ini adalah hartanah-hartanah premium yang pasti memberikan pulangan berganda dengan setiap pelaburan yang anda buat.
AHB adalah dana yang disokong aset patuh Syariah dengan harga tetap sebanyak RM1 seunit dan pelabur Bumiputera boleh menyertai pemilikan benefisial aset hartanah dengan menyediakan aliran pendapatan yang konsisten kepada mereka. Dana itu boleh dilanggan di cawangan Maybank di seluruh negara.
AHB Tiada Buku Pelaburan
Oh ya, tiada buku pelaburan untuk anda dalam AHB ini. Tidak seperti ASB atau ASN, anda akan diberikan buku pelaburan kan? Tetapi AHB hanya akan berikan penyata pelaburan anda setiap 6 bulan yang akan diposkan kepada anda.Tempoh Kewangan Berakhir
Sebagai pengetahuan anda juga, bulan tamat tempoh kewangan bagi AHB ialah pada September setiap tahun. Jadi, anda boleh andaikan bahawa anda akan terima penyata sekitar bulan Mac/April dan juga September/Oktober. Dan anda akan juga terima satu baucer untuk pengeculian cukai pendapatan anda. Dalam baucer tersebut ada jumlah RM pengecualian cukai yang boleh anda tuntut semasa mengisi borang cukai LHDN.Jadinya, anda akan terima kadar agihan keuntungan atau dividen pelaburan anda sebanyak 2 kali dalam 1 tahun kewangan berakhir. Ya... dua kali dividen !! Dan setakat ini, secara puratanya kadar agihan keuntungan atau dividen sekitar 3.0 - 3.3 sen seunit.
Fakta Agihan Keuntungan (Dividen) AHB
Meh saya kongsikan sedikit fakta mengenai nilai agihan keuntungan atau dividen ini yang diberikan sejak dari tahun 2011 hingga 2015. Dua kali setahun tu tau .. hoho.Menerusi penyata pelaburan AHB yang anda dapat, anda akan nampak jumlah pelaburan semasa anda, jumlah pelaburan ditambah (jika ada) serta nilai pulangan yang anda terima untuk seunit unit amanah pelaburan hartanah anda.
Dividen Dibayar Terus Ke Akaun Bank (Bukan Akaun AHB)
Anda tidak akan nampak pertambahan pelaburan menerusi pulangan yang anda terima, sebab pulangan atau agihan keuntungan ini akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda - dalam hal ini, akaun Maybank anda (samada simpanan atau semasa). Anda akan nampak bayaran dividen ini dikreditkan dalam akaun bank seperti di bawah.[post_ads_2]
Cara Tambah Pelaburan AHB
Ok. Dah buka akaun pelaburan AHB, sekarang bagaimana nak tambah pelaburan dalam unit amanah hartanah ini?Ada dua cara - menerusi bayaran tunai/cek terus ke kaunter dengan borang AHB atau menerusi pengeluaran dari KWSP.
[Baca] Ketahui Teknik Saham TerbaikDisebabkan saya tiada pengalaman dalam menambah pelaburan menerusi KWSP, jadi tak dapatlah saya nak ceritakan kepada anda. Apapun, tak susah pun nak tambah pelaburan AHB ni. Apa yang perlu anda buat adalah datang ke mana-mana cawangan Maybank anda, isi borang AHB yang disediakan. Kalau boleh, anda bawa penyata anda untuk lihat nombor akaun pelaburan AHB anda. Anda kemudian diminta ke kaunter bayaran untuk memasukkan wang pelaburan tambahan. Slip dari borang penambahan pelaburan AHB yang disahkan akan diberikan, simpan untuk rujukan anda.
Aha .. senang je kan? Anda boleh buat penambahan pada bila-bila masa sahaja.
Point Penting Bila Melabur Dalam AHB
Point penting pertama ialah anda perlu ada akaun Maybank untuk mudahkan anda terima agihan keuntungan atau dividen. Point kedua ialah anda hanya boleh berurusan di kaunter pembayaran sahaja - samada untuk buka akaun pelaburan AHB atau menambah pelaburan AHB.[Baca Juga] Kelebihan dan Kekurangan Melabur dalam AHBPoint akhir yang paling penting - sila dokumenkan segala urusniaga yang anda buat dan terima mengenai AHB ni. Slip pembayaran, penyata dan baucer pengecualian cukai perlu disimpan elok-elok.
great sharing
BalasPadaman eye opening :)
BalasPadamAlhamdulillah. Mudah-mudahan lebih ramai Bumiputera akan melabur dalam Unit Amanah ini ..
Padamalhamdulillah saya pun dh melabur dalam AHB nih ;)
BalasPadamAlhamdulillah, jangan lupa untuk tambah pelaburan dalam AHB ni. Jika nak income bertambah .. biar duit bekerja untuk kita .. :)
PadamNice sharing. Bagaimana dengan tahap kecairan? Ada caj2 perkhidmatan tak untuk tahun 2017? Sebab sebelum2 ini yang saya dengar tiada cas. Mohon pencerahan. Terima kasih
BalasPadamYang saya tahu memang tak ada caj apa-apa
PadamAssalam.
BalasPadammohon tunjuk ajar.. sebelum ini saya tidak punyai masalah menambah jumlah pelaburan dikaunter maybank.. walau bagaimanapun, sekarang ini semua cawangan maybank kini sudah tidak mahu masukkan pelaburan kita. sebaliknya meminta pemilik akaun memindahkan secara online.. dan saya tidak punyai pengetahuan penambahan secara online.. boleh mohon bantuan tunjuk ajar.. terima kasih
In Sha Allah, nanti saya akan tulis post berkaitan
PadamSy berminat tp staff maybank bgtau phb belum buka lg utk pndftaran baru..so mcmne nk tahu phb dh buka semula utk daftar
BalasPadamAnda akan perasan bila iklannya keluar di TV. :) dan akan ada pemberitahuan di cwgan Maybank.
Padambaru tengok iklan kat TV td..terus google...muncul web ini.. nak pergi bank esok..nk buka terus..Terima kasih Tuan Tanah atas penerangan yang cukup jelas dan terang hihi
BalasPadamSaya nak tahu senarai hartanah dan kelebihannya
BalasPadamBoleh rujuk pada laman web rasmi AHB.
PadamAmount setiap bulan kita mesti depositkan rm100 ke?xboleh missed langsung?
BalasPadamEhhh ... pelaburan adalah berdasarkan kemampuan kita, lagipun bukan setiap masa kita boleh tambah pelaburan. Ia ada kuota. Boleh tambah bila2 masa, tak tambah pun tak ada masalah. Tiada komitmen bulanan.
PadamTapi kena tambah minima RM100 la.
PadamKlu xtambah?contoh lps 2,3bln baru tambah rm100..blh ke?
PadamTak tambah tak apa, kalau nak tambah pun ... kena tengok kuota saham samada masih ada lagi ke tak, macam baru ni PM umum kuota ditambah, jadi maka barulah boleh tambah saham tu.
PadamIa saham terhad, ikut kuota. Jika tak capai kuota dia, maka masih boleh tambah atau buat pelaburan baru.
Duit kita labur 100 tu blh kluarkn sekali dgn dividen ke?atau duit labur xblh dikluarkn?skrg dah buka ke ahb?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamUhh duit dalam akaun AHB tidak boleh dikeluarkan untuk satu tempoh. Ada syaratnya, ia adalah untuk pelaburan jangkamasa panjang. Mungkin tempoh tersebut beberapa tahun, kena rujuk prospektus terkini.
PadamDividen pula tak masuk ke dalam akaun AHB. Ia diasingkan. Anda perlu ada akaun bank lain (maybank) untuk terima dividen ini. Dividen ni akan automatik dimasukkan ke dalam akaun bank anda. Jadi, tak ada masalah nak keluarkan dividen AHB.
Alhamdulillah sempat buka untuk anak dan diri sendiri. First time pergi Maybank dulu exec dia cakap dah full. Bila ada je iklan Neelofa kat tv laju-laju pergi buka akaun.
BalasPadamada lagi ker sekarang
BalasPadamTerima kasih tuan. Saya baru saja buka akaun ASB minggu lepas. Nampak gayanya kena buka akaun AHB pula minggu depan ni.
BalasPadamTahniah kerana berfikir dan bertindak untuk melabur dalam unit amanah.
PadamSangat menarik. Terima kasih atas informasi.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.