Destinasi cuti kali ini saya nak kongsikan mengenai satu tempat yang mungkin ada yang terlepas pandang. Destinasi cuti kali ini ialah Green View Garden yang merupakan salah satu tempat menarik yang ada di Cameron Highlands.

Saya baru-baru ini ke Cameron Highlands bersama famili sempena seminggu permulaan sekolah anak-anak saya - walaupun anak saya masih lagi dalam cuti MC 14 hari disebabkan demam campak .. haha.

Green View Garden - Tempat Persinggahan Pertama Jika ke Cameron Highlands

Green View Garden Cameron Highlands
Jika anda ke Cameron Highlands, bolehlah singgah ke tempat ini, iaitu Green View Garden. Ianya adalah hentian pertama yang akan anda nampak jika anda ke Cameron Highlands dari arah Simpang Pulai.

Dari luar memang anda takkan perasan ada taman. Anda perlu berhenti dan masuk ke sini. Cara mudah untuk anda kenal tempat dan lokasi destinasi cuti ini ialah Avant Chocolate. Aha .. dah boleh recall? Avant Chocolate adalah yang pertama perkenalkan produk chocolate di Cameron Highlands. Anda boleh nampak bangunan Avant Chocolate ni dari jauh jika menuju ke Cameron Highlands dari arah Simpang Pulai.

Singgah Untuk Prepare Budget dan Buang .....

Saya memang selalu berhenti di sini. Kebanyakkan waktu adalah disebabkan nak berhenti untuk buang air .. hahaha .. dan untuk dapatkan gambaran harga sayur yang dijual di Cameron Highlands. So, jika saya nak beli sayur Cameron mahupun Strawberri segar, saya akan lihat harga sayur dan strawberri yang dijual di sini dahulu supaya mudah nak saya bandingkan dengan tempat lain.

Okeh, Itu tips dan petua harga untuk beli sayur dan strawberri di Cameron Highlands. Tag satu lokasi untuk anda refer  ..

Apa Ada di Green View Garden

Green View Garden - Tempat Menarik di Cameron Highlands
Green View Garden baru sahaja dibangunkan semula. Sebelum ni agak hambar sebenarnya. Kali ini sudah ada beberapa benda lain yang baru, khas dan khusus untuk menarik perhatian anak-anak kecil. Uhh biasalah ... marketing macam nilah paling mudah .. sebab anak-anak senang nak dipengaruhi .. haha.

Apa yang ada ehh?

Ok .. ada kolam air besar yang bolehkan anak-anak main kayuh-kayuh tu. Ye.. ada Paddle Boat untuk anak-anak di kolam buatan. Kadar sewanya adalah RM8.
Green View Garden Cameron Highlands


Kemudian ada tempat yang bolehkan anda bermain dengan arnab. Uhh comel-comel dan gebu arnab yang ada di Green View Garden ni. Anak-anak saya beberapa kali merengek terutama si Maira ...

Feed The Rabbit, hanya RM3 per entri dengan diberikan makanan untuk pengunjung berikan pada arnab. Awas dan hati-hati kalau anda mahukan anak-anak merasai pengalaman ini, sebab arnab walaupun nampak comel .. boleh menggigit...

Aktiviti menarik di Green View Garden Cameron Highlands
Destinasi Cuti Cameron Highlands
Ada juga haiwan-haiwan lain yang boleh anak-anak lihat ... kalau budak kampung memanglah tak minat sangat, tapi kalau budak bandar ... tengok itek serati berak taik candu pun boleh gelak terkekek-kekek .. hahahaha ....
Aktiviti menarik di Green View Garden Cameron Highlands
Apa yang saya suka ialah tanaman sayur yang hijau segar di Green View Garden ini. Sejuk je mata melihat warna-warna hijau segar.

Ada petua, jika mata rasa mengantuk disebabkan memandu dengan lama .. cubalah pandang warna kehijauan pada pokok dan tumbuhan, in Sha Allah .. ia akan segarkan kembali mata yang mengantuk dan membuatkan kita lebih alert.

Di Green View Garden, anda boleh tengok kesuburan dan warna segar menghijau sayur-sayuran ditanam di sini. Memang best ..

Green View Garden Cameron Highlands
Bunga Kekwa Cameron Highlands
Oh ya, selain sayur .. pokok bunga segar pun ada.. antara yang banyak terdapat di sini adalah bunga Kekwa. Huhu .. cantik je kan bunga ni ....

Nak masuk ke taman ni - Green View Garden .. anda tak perlu bayar apa-apa ... ianya percuma. Ada sudut bergambar yang cantik juga di sini .... anda kena explore sendiri.

Dan bila nak keluar, bolehlah layan mata atau window shopping dulu ... contohnya Honey Vinegar Green View Garden ni yang memang nampak menarik. Hmm .. kalau nak tahu, Cuka Madu adalah antara produk berkhasiat yang baik untuk kesihatan. Siapa yang ada masalah kencing manis dengan darah tinggi elok ambil Cuka Madu ni. Boleh dimasukkan bersama dalam masakan .. in Sha Allah .. sedap.
Green View Garden Cameron Highlands

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Betul best. Nak gi lagi lah. Masuk GVG tapi tak masuk Avant.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement