Alhamdulillah, syukur ... 13 tahun dengan 3 orang anak. Selain kenangan manis ulangtahun ke 13, ada beberapa lagi peristiwa, kisah dan kenangan manis yang berlaku sepanjang 2016. Nak tahu .. boleh baca perkongsian pengalaman ini.
Kenangan Manis 2016 dan Anniversary Perkahwinan ke 13 Tahun di Hotel 5 Bintang
Tahun 2016. Banyak juga kenangan manis tercipta. Bukan setakat tahun perkahwinan saya dan isteri yang ke 13 ... tapi ... dan antaranya ...Isteri saya berjaya tamatkan pengajian Sarjana di UM. Setahun isteri saya ulang-alik naik ETS dari Parit Buntar ke Kuala Lumpur setiap minggu. Dan sesekali, saya dan anak-anak pula ke KL untuk melepaskan rindu. Risau juga bila teringatkan isteri perlu hadap sorang-sorang kesusahan di KL. Nak-nak lagi bila isteri saya perlu drive dari tempat tinggalnya ke UM setiap kali kuliah.
2016 - Isteri saya naik pangkat. Kemudian, isteri tersayang disahkan hamil. Alhamdulillah, tahun 2017 akan menampakkan ahli baru dalam keluarga kami. Tiga orang anak saya dah excited nak terima adik baru. Rezeki Allah S.W.T nak beri .. tak duga betul di usia lebih 40 tahun ini kami akan terima cahayamata baru.
Di tahun 2016 juga, rezeki yang baik untuk anak saya yang sulong. Dia berjaya menang tempat kedua pertandingan Genius Matematik (G-Math) di Labuan. Catat keputusan terbaik untuk UPKK dan PSRA, dan paling menis dan berharga ialah anak saya Amri berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Alhamdulillah, anak saya merupakan antara 3 murid di sekolahnya yang berjaya mendapat keputusan 6A UPSR 2016.
[Baca] Amri Bertuah Peroleh 6A UPSR 2016, Terima Anugerah Tokoh MuridTahun 2016 juga adalah pertama kali saya diberikan penghargaan naik ke pentas untuk berkongsi cara buat duit dengan blog di SBB2016. Ia satu mini seminar untuk semua yang hadir pada perjumpaan penulis blog antara terbesar di Malaysia. Terima kasih pada Denaihati Network yang sudi beri peluang kepada saya berkongsi tips untuk jana pendapatan dengan blog.
Dunia blog saya juga sangat bagus. Saya mula peroleh peluang untuk bekerjasama dengan syarikat besar seperti ZTE, Toyota dan beberapa lagi. Uhh merasalah pegang telefon pintar terbaru dan terkini untuk review .. huhu... ini bukti walaupun saya tinggal di luar KL, saya masih boleh dapat peluang untuk buat review best-best macam review kereta MPV terbaru daripada Toyota.
Hmm .. agak-agak andalah, berapa bayaran yang saya terima daripada syarikat tersebut. Nak lagi menarik ialah, saya terima tawaran 2 kali berturut-turut dari ZTE dan Toyota. Alhamdulillah, mereka suka dengan cara penulisan saya di blog ini. Mungkin berkat amal saya ikuti pedoman dari beberapa ebook yang telah saya beli sebelum ini.
[Klik] Mahu Berjaya Sebagai Penulis Online? Ikuti Panduan Ini Untuk Tahu Cara Jana Income 4 Angka Dengan Menulis.Saya juga berjaya menambah pendapatan saya sebagai blogger dengan kursus Shopievo. Fuhhh .. income tak disangka-sangka dengan kursus online Shopievo ni. Siapa yang nak merasa buat duit online bertalu-talu .. boleh ikuti apa yang diajarkan di Shopievo ini. Harga daftar memang mahal, tapi serius anda pasti takkan rugi.
Pengalaman Pahit?
Ok. Manis je? Pahit tak ada ke?Ada. Salah satunya ialah .. saya terkena chikenpox. Sengsara ooo kena demam chickenpox di usia tua ni. Saya merasakan ia satu kifarah buat saya, ingatan dari Allah S.W.T.
Nak-nak lagi, saya kena demam ni dekat-dekat akhir tahun 2016... waktu nak tiba ulangtahun perkahwinan ke 13 buat saya dan isteri.
'Berpisah' bilik tidur selama lebih 14 hari dibuatnya. Yelah, langkah berjaga-jaga untuk demam chickenpox saya ni tidak berjangkit pada yang lain.
Ulangtahun Perkahwinan ke 13 di Hotel Lexis Suites, Penang
Pejam celik. ..tak terfikir jodoh saya dengan isteri panjang dan kekal bertahan sehingga 13 tahun lamanya. Syukur alhamdulillah, 13 tahun yang gembira bersama isteri tersayang.Kalau anda pembaca setia blog saya, tentu dah tahu dua cerita lucu yang berlaku di malam pernikahan saya. Ia merupakan antara pengalaman, peristiwa dan kenangan yang tidak boleh dilupakan, baik saya .. isteri saya .. dan seluruh keluarga kedua belah pihak .. haha. Saya ada cerita dua kejadian ni di dalam blog satu ketika dulu. Anda nak tahu cerita ni .. perlu cari guna kotak 'Search' tu ye .. hehehe.. malas saya nak ulang balik .. haha.
Bertemu Dengan Isteri di Reunion
Pertemuan semula dengan isteri saya semasa reunion telah menjodohkan saya dengan isteri - dan kisah ini telah disiarkan dalam rancangan Nona TV3 pada tahun 2016 ... aha .. yang ni pun saya dah ceritakan dalam blog .... huhu .. 2016, saya dan keluarga masuk TV3 tu, segmen khas lagi .. hahaha .. popularlah kejap dalam 2-3 hari, itupun pada mereka yang tonton rancangan Nona di TV3.Oh ya, di tahun 2016 juga beberapa artikel saya keluar di majalah dan juga akhbar. Ini memang betul tak sangka sebab mereka temui kisah pengalaman saya menggunakan carian Google. Ini pentingnya anda menulis pengalaman ikhlas jujur anda di blog, dan gunakan teknik SEO supaya orang yang cari maklumat dapat temui apa yang anda tulis di blog ... huhu.
Sambut Anniversary di Hotel 5 Bintang Tetapi ....
Tapi itulah .. walaupun dapat bercuti di hotel yang best untuk kenang ulangtahun perkahwinan ke 13.. ada kolam mandi private dalam bilik, tapi saya tak dapat nak nikmati sepenuhnya... huwaaaa .. saya kena demam campak, dan masih belum pulih sepenuhnya. Hari yang kami pergi bercuti tu adalah hari keempat belas (14) saya baru nak pulih dari chickenpox.[Baca] Katil Istimewa Untuk Mereka Kena Demam CampakHahaha.. kesian tak? Saya cuma dapat tengok je kolam mandi kat bilik Excutive Suite Lexis Suites. Kalau saya terjun jugak, nanti virus campak ni boleh terkena pada anak-anak dan isteri. Bahaya paling tinggi pada pada kandungan isteri saya tu ....
Kalau ikutkan perancangan bercuti di hotel lima bintang di Lexis Suites Penang ni dah dibuat awal-awal lagi. Tak sangka pula saya terkena demam campak di usia tua .. walaupun pernah kena demam ni waktu kecik dulu. Demam .. sakit pening, bukan dalam kemampuan kita, ia datang dari Allah S.W.T.
[Baca] Pengalaman Seronok dan Best Bercuti di Hotel Lexis Suites, PenangPun begitu, saya cukup seronok kerana dapat bercuti dengan isteri dan anak-anak di minggu akhir tahun 2016... walaupun keadaan saya agak menyeramkan dengan bintik-bintik chickenpox penuh di muka .. dan tak dapat nak lawan pedang dalam air dengan anak-anak saya, dan bermanja dengan isteri dalam tab mandi ... dan bersauna .. dan ...... saya redha.
Lagipun, sebelum percutian ni, dah dua kali kami pergi bercuti di Lexis Suites Penang ni .. maka, tak adalah ralit sangat buat diri saya .. huhuhu...
Percutian terakhir di tahun 2016, di hotel lima bintang .. sebagai mengingati ulangtahun perkahwinan saya dengan isteri .. alhamdulillah. In Sha Allah tarikh percutian - 24 Disember 2016 akan diingati sampai bila-bila.
Doakan jodoh, rumahtangga kami hingga hujung nyawa.
p.s: Kebanyakan kisah-kisah di atas saya dah ceritakan di dalam blog ini. Anda nak tahu lebih lanjut bolehlah cari dengan butang 'Search'. In Sha Allah, anda mungkin dapat sesuatu dari cerita pengalaman saya tu .. :)
happy belated wedding anniversary acol dan linda.. semoga perkahwinan dan rumahtangga sahabat dari kecik aku ni sentiasa dirahmati allah dan kekal bahagia sampai bila2.. amiiin...
ReplyDeleteTerima kasih geng .. :) bila la dapat jumpa lagi. Kita try buat reunion la.
DeleteSetiap manusia ada pahit manis kehidupan masing2... Semoga apa yg bakal dilalui HH dipermudahkan segalanya... Insyaallah
ReplyDeleteTerima kasih NurSabrina .. :)
Deletemoga jodoh berkekalan dan kekal bahagia hendaknya.:D selamat menyambut ulang tahun ye
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.