Saya secara peribadi sudah 3 kali menginap di hotel ini (sehingga post ini ditulis). Walaupun saya perlu membayar harga penginapan yang agak mahal - dalam linkungan RM200 - RM300 semalam (Agoda dan Traveloka), tapi saya cukup puas hati. Semua penginapan di Hotel Lexis Suites Penang ditempah secara online dan semuanya berlaku sepanjang 2016 !!
Mandi Kolam Dengan Privasi di Hotel Lexis Suites Penang
Mandi kolam. Anak-anak saya memang suka mandi kolam. Mereka boleh berendam berjam-jam lamanya di dalam kolam dan juga tab mandi. Yelah, di rumah sendiri tak ada 'kemudahan' tu .. jadi, kenalah cari hotel yang ada kolam mandi atau kolam renang.2016 - Berpeluang Merasai Menginap Hotel Lexis Suites
Saya sebenarnya tak sangka menemui Lexis Suites ini. Walaupun saya tinggal di area Pulau Pinang, saya agak lambat mengetahui akan kewujudan hotel baru bertaraf lima bintang ini. Hmm .. yelah, saya bukan kaki hotel lima bintang .... hoho .. saya dan isteri lebih kepada hotel bajet yang cukup selesa dan ada kemudahan yang baik, khususnya untuk anak-anak.Anak-anaklah yang paling seronok dan suka bila berpeluang menginap di hotel. Dan nah ..... dapat pula menginap di hotel yang ada kolam mandi khas di dalam bilik ... uhh ... memang excitedlah semasa mereka mula-mula datang ke hotel ni.
Saya dan isteri memang dah lama mencari hotel yang ada kelengkapan seperti ini. Sebelum ini, kami bercadang nak bercuti di Lexis Port Dickson, tetapi jarak dari Penang nak ke Negeri Sembilan tu .. uhh jauh .. boleh kematu kalau drive direct.
Akhirnya, Tercapai Hasrat
Sebelum ini, pernah la juga merasa menginap di Grand Lexis, tetapi seingat saya ... tak ada kolam mandi dalam bilik sepertimana Lexis Suites Penang ni.Alhamdulillah, akhirnya penantian untuk merasa bercuti di hotel yang ada kolam mandi private tercapai. Dekat pula tu dengan tempat saya. Jadi, tak banyaklah kos yang keluar... setakat tol Juru dengan tol Jambatan Kedua Penang je ..
[Baca] Berseronok di Cool Zone Kids Club Golden Sands Resort, PenangDan saya pula dapat diskaun dengan buat tempahan secara online.,.. hahaha .. tu yang terus berdesup 3 kali duk menginap di hotel ni dalam setahun (2016). Paling ketara, dua kali menginap hotel ni pada bulan terakhir 2016 (Disember) .. cuma selang 1 minggu je - awal bulan dan akhir bulan Disember 2016.
Lokasi hotel ni agak jauh daripada Georgetown, bandar terdekat pun Bayan Baru tetapi ... di sekitar hotel banyak tempat makan yang menarik.
Jika anda nak lepak-lepak santai, habiskan masa dengan anak-anak, saya syor bercuti dan menginap di Hotel Lexis Suites Penang ni. Kalau fikir nak cari hotel yang boleh shopping best ... boleh consider hotel Bayview Beach dengan hotel Golden Sands Resort yang terletak di Batu Feringghi.
Gambar-Gambar Mandi Kolam Private di Lexis Suites Penang
Meh tengok aksi-aksi anak-anak saya mandi dan main kolam private di dalam bilik Hotel Lexis Suites Pulau Pinang .... huhu ... kali ni takde saya nak marah derang main air .. sebab dah masuk dalam bil hotel .. hahaha... :)Nah .. aksi anak perempuan saya yang baru berumur 6 tahun ... Maira .. berani tu terjun kolam yang dalamnya 1.2 meter.
Saya yang tengok aksi anak-anak bergembira di kolam mandi turut rasa teruja dan seronok. Seronok sebab anak-anak berhabis cuti dengan rasa seronok yang pastinya akan buat mereka ingat sampai bila-bila.
Nah .. sekarang aksi Zikri pula, anak kedua saya.... yang tak tercapai kamera saya nak ambil gambar sebab tangkas pantas terjun ke dalam kolam private di Lexis Suites, Penang .. hoho...
Lagi gambar anak-anak saya yang seronok mandi kolam private di hotel ini ...
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.