Ramai ibu bapa yang mahu menghantar anak ke sekolah yang terbaik, apatah lagi setelah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Dalam kes ini, anak saya Amri berjaya cemerlang dengan keputusan 6A semasa UPSR 2016 dan alhamdulillah, Amri kini belajar di Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdullah Fahim, Pulau Pinang.
Cabaran Belajar di Sekolah Berasrama Ulul Albab (TMUA)
Awalnya saya mahu senaraikan sebanyak 10 cabaran belajar dan hidup di sekolah menengah berasrama Ulul Albab, tapi ... Amri gagal nak berikan. Puas saya tanya, akhirnya dua perkara ini yang diberikan kepada saya.Nak tahu apa jawapan Amri bila ditanya mengenai cabaran belajar di sekolah menengah Ulul Albab?
- Perlu menghafal Al Quran sekurang-kurangnya setengah muka surat setiap hari
- Jadual yang padat kerana pelajar perlu imbangi subjek teras, subjek pilihan dan juga subjek Ulul Albab
Dua perkara ini sahaja yang menjadi cabaran buat dirinya.
Saya fikir semua pelajar baru Ulul Albab akan hadapi perkara ini, tak kiralah belajar di Sekolah Berasrama Penuh TMUA (Ulul Albab), mahupun di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab.
[Baca] Bagaimana Sekolah Ulul Albab (TMUA) Dilaksanakan?Saya pun cuba senaraikan perkara lain yang mungkin mencabar buat pelajar baru Ulul Albab atas pemerhatian saya dan pengalaman saya sendiri semasa belajar di sekolah SBP satu waktu dahulu.
Cabaran Kendiri Belajar di Sekolah Berasrama Ulul Albab
Cabaran lain ini lebih kepada kendiri hidup di sekolah berasrama, khusus untuk sekolah Ulul Albab.- Perlu menyelesaikan masalah tanpa panduan ibu bapa
- Bangun seawal jam 5 pagi setiap hari, dan tidur seawal jam 11 setengah malam
- Basuh pakaian sendiri
- Seterika (iron) uniform sekolah, uniform pakaian seragam, jubah, baju melayu sendiri
- Adaptasi kepada peraturan ketat dan disiplin dalam asrama - jadual makan, prep dan sebagainya
- Perlu awal berada di masjid atau surau untuk program Ulul Albab
- Kehidupan yang berlandaskan kepada sunnah
Mengapa saya senaraikan semua cabaran ini di dalam blog? Supaya memudahkan ibu bapa lain untuk fahami keadaan anak yang belajar di sekolah seperti ini. Bukan mudah sebenarnya. Apatah lagi jika asasnya dulu bukan dari sekolah agama.
[post_ads]
Cabaran Amri di Awal Persekolahan
Awal waktu semasa belajar di Sekolah Menengah Ulul Albab, Amri hadapi tekanan perasaan dan juga tekanan belajar. Tekanan perasaan apabila ada rakan yang memilih untuk keluar dari sekolah, dan tekanan belajar apabila gagal untuk menghafal ayat Al Quran seperti diminta oleh ustaz.Namun, alhamdulillah .. dengan dorongan dan nasihat; dan bantu Amri meluahkan rasa tekanan tersebut .. akhirnya Amri berasa seronok bersekolah di situ. Agak merisaukan juga pada awalnya, apabila Amri ada meminta isteri saya untuk kemukakan surat untuk memohon sekolah lain. Nak-nak lagi isteri saya pula tiada halangan dengan tindakan Amri .. uhh .. kontra dengan keinginan saya yang mahukan Amri untuk terus bersekolah, dan berusaha untuk adaptasi corak belajar yang ada.
Jika anda seorang ibu bapa, silalah ambil perhatian dengan perkembangan anak yang belajar ini, terutama apabila mereka menghadapi satu peralihan daripada belajar di sekolah rendah biasa ke belajar di sebuah sekolah menengah berasrama.
Tips Amri Untuk Bantu Hafal Al Quran Dengan Baik
Dapatkan tips belajar dan berikan pada anak."Amri dah ok ke dengan hafazan?" tanya isteri saya.
"Ok kot .. Amri dah tahu cara nak senang hafal .. " katanya kepada kami.
"Macamana tu?" tanya saya.
"Kan petang-petang tu .. lepas Amri pergi main .. bila nak hafal masa maghrib tu jadi senang.." kata Amri.
Saya tanya lagi ..
"Lain? Ada tips tak nak senang hafal? Sebelum ni kan rasa susah je .." tanya saya.
"Kena baca ulang banyak kali .. baca la kat mana-mana, masa nak pergi kelas ke, masa tunggu waktu makan ke, masa lapang ke .. kena ulang kalau tak nanti lupa.." jawab Amri.
..
"Lagi?" tanya saya lagi untuk dijadikan kandungan post ini ...
"Tidur .. tidur masa sabtu ahad .. " jawab Amri sambil tersengih.
"Hah? tidur?" soal saya nakkan kepastian.
"Penat, kena tidur cukup .. kalau tak rasa letih otak .. " jawab Amri.
Patutlah dalam jadual aktiviti di sekolah Amri, ada slot di mana pelajar dibolehkan untuk tidur tengahari sebelum masuk waktu zuhor. Dan saya sendiri lihat ramai pelajar di sekolah Amri yang ambil kesempatan untuk tidur waktu tengahari di masjid sekolah.
Hmm mungkin ini cara anak-anak yang dah masuk umur belasan tahun untuk mudah dan belajar Al Quran. Berbeza dengan anak-anak yang masih kecil, cara didikan agak berbeza untuk mudah hafal Al Quran ..
[Baca] Tips Didik Anak Untuk Mudah Hafal Al Quran di Usia Kecil oleh Ustazah Ainun
Peraturan Setiap Sekolah Berbeza
Peraturan di setiap sekolah berbeza. Begitu juga antara sekolah SBP dengan MRSM. Maka, ibu bapa mesti ambil peduli mengenai peraturan ini, dan bantu anak untuk sesuaikan diri sebaik mungkin. Jika tidak, anak mungkin akan alami masalah samada untuk kendiri hidup dan juga dalam pelajaran.Saya bersyukur kerana Amri telah dipilih untuk belajar di sekolah Ulul Albab. Belajar mengenai agama adalah satu kelebihan buat Amri, apatah lagi apabila perlu menjadi seorang yang mampu menghafaz Al Quran.
[post_ads_2]
Saya dan isteri bukannya dari golongan yang tinggi ilmu tentang agama. Apatah lagi hafaz Al Quran. Semoga apa yang ditentukan oleh Allah S.W.T untuk Amri akan dipermudahkan olehNYA. Saya benar-benar berharap Amri akan terus berjaya, dan menjadi seorang yang berilmu dunia dan akhirat.
Untung Anak Hafal Al Quran
Sesungguhnya sangat beruntung mereka yang hafaz Al Quran dan menjadikannya sebahagian daripada kehidupan.Di dalam sebuah hadith disebutkan, Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah memiliki keluarga dari manusia". Para sahabat bertanya kepada baginda, "Siapakah mereka?" Baginda bersabda: "Ahlul Quran adalah keluarga Allah dan orang-orang khususNya " H.R Ibni Majah (Shahih)
Dalam sebuah hadith yang lain ...
Sabda Rasulullah S.A.W: "Daripada Abdullah Bin Mas’ud r.a. Daripada Nabi S.A.W Baginda bersabda: "bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal al-quran. Sesungguhanya Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira."
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Daripada Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barang siapa membaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka."
Anak-anak yang hafal Al Quran, mereka adalah bekalan terbaik ibu bapa. Tiada yang lebih menggembirakan buat diri saya andai Amri berjaya sebagai seorang pelajar cemerlang yang dapat menguasai Al Quran.
Doakan saya dan isteri agar tabah, dan istiqomah memastikan Amri terus kuat dan diberikan pedoman untuk belajar dengan baik, menghafal dengan lancar, dan menamatkan persekolahan menengah Ulul Albab dengan jayanya.
In Sha Allah.
saya plak duduk asrama SMA, mula2x memang rasa rindu gila kat umah, nak menangis pun ada tapi lama2x dah jadi biasa sebab ada member dan boleh sesuaikan diri.. bangun pgi awal2x tu dah satu kemestian... hafal plak time maghrib tu memang waktu terbaik nak hafal kt surau.. kalo kat umah mmg aku tak hafal la.. hahha. nasib dulu ak skolah SMA. rasa terjaga n tahu batas2x yg telah ditetapkan..
BalasPadam1 muka surat sehari perlu hafal...Ya Allah terangnya hati bdk2 sekolah ini. Sejuk hati ibu ayah
BalasPadamfirst time dgr nama ulul albab...jauh gak tu penang.
semoga menjadi anak soleh
ameeennnnn
La Banyak dah sekolah yg ada aliran ulul albab..dan banyak juga parent yang hantar anak2 untuk masuk sekolah aliran ulul albab ni..inshaallah semoga dipermudahkan dan terang hati amri dalam belajar dan hafazan al quran..
BalasPadamwow.. ketat juga jadual sekolah... tak apelah asalkan berbaloi
BalasPadamMemang mencabar.
Padambagus sekali kongsikan anak ke sekolah agama
BalasPadamciptakan karakter anak kepada islam
BalasPadamarahkan anak ke tauhid yang lurus
BalasPadamEn Hasrul..mcm mana amri handle hafazan n subjek akademik KSSM skrg?
BalasPadamAlhamdulillah, saya nampak ok je .. tak nampak pun dia tension ke .. rasa terbeban ke .. :) moga Amri akan terus bertahan. Doakan.
PadamTerima kasih encik hasrul. maklumat yg diberikan sangat membantu.
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih kerana sudi baca blog saya dan ambil manfaat yang ada.
Padamskrang ni amri dh brpe juzu'???
BalasPadamMasa cuti sekolah hari tu .. tanya dia .. dia kata dah hafal 7 juzuk .. tapi bukan ikut turutan juzuk dalam Quran.
PadamTq En.Hasrul atas perkongsian. Sy dan suami sdg hadapi skrg ni..mmg kena byk sabar nk tenangkan dia. Baru sebulan..boleh kata hari2 call ngadu itu ini.
BalasPadamAnak saya dpt tawaran MRSM Ulul Albab...sy sedang survey kos pembelajaran..disamping survey
BalasPadamSy juga sedang survey cara pembelajaran anak2 disini..hati mula rasa macam2..risau, takut..
BalasPadamAnak baru Ni dpt SM Sains Teluk intan Dan SMAKL..
BalasPadamAnak Tak kisah dok asrama.. risau anak Tak boleh bawa bila nak hafaz.. semoga anak2 Kita boleh menghafaz.. dia berminat nak pergi SMAKL
Anak saya Megat..juga brsekolah sama dgn senior Amri...bnyak dugaan di sini....hampir juga brtukar sek kerana bnyak prkara baru katanya...Saya dan suami sntiasa berdoa kpd Allah berikan kekuatan kpd anak agar terus istiqomah..."InsyaAllah.. Adik akan habiskan 30 juzuk di sini" katanya...Aamin...
BalasPadamanak ammi baru je memilih untuk memohon MRSM Ulul Albab. Agak terkejut dengan pilihan yang dia pilih tapi sebagai ibubapa "nikmat apa lagi yang hendak kita dustakan?". Anak ammi tidaklah secemerlang amri dalam aliran teras tapi di sekolah KAFA alhamdulillah..nampak kecemerlangannya. Semoga permohonannya diterima
BalasPadamsy teringin nk dapat mrsm ua,tapi dpt smka dato haji hassan haji sail(SEMADAH).Dan sy form 1
BalasPadammasyaallah, menangis baca. semoga dipermudahkan urusan dan jadi anak soleh Amri
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.