Hmm mungkin saya ni bukan seorang pencinta bunga kot. Tapi baru-baru ni, semasa percutian awal tahun 2017, saya ambil keputusan untuk singgah di Lavender Garden, Cameron Highlands. Sebab utama saya singgah ialah sebab isteri saya sedang mengandung anak keempat ... ngidam betul dia nak masuk ke taman yang penuh dengan bunga Lavender yang cantik-cantik ni.
Destinasi Cuti Menarik - Lavender Garden Cameron Highlands
Ohh saya betul tak sangka, memang cantik tempat ni. Selalu tu saya tengok dari luar je. Pernah satu ketika, saya fikir tak berbaloi nak bayar tiket untuk masuk ke Lavender Garden ni semata nak jenguk bunga Lavender yang boleh dilihat secara percuma di gerai-gerai tepi jalan.Di dalam taman yang menampilkan deretan bunga-bunga Lavender ini, terdapat juga kawasan yang cantik untuk bergambar. Malah, ada beberapa tempat dalam taman ini yang unik untuk berselfie dan bergambar potret perkahwinan. Saya ada lihat beberapa gambar perkahwinan yang dirakam di dalam taman ini ... uhh macam kat luar negara lah .. haha.
Bunga Lavender tak ada bau. Jadi, buat mereka yang mungkin alergik pada bau bunga, destinasi cuti ini memang sesuai.
Selain bunga Lavender, ada juga bunga-bunga lain yang diletakkan di bahagian atas taman ini. Jadi, anda perlu ada stamina yang banyak untuk panjat sampai ke bahagian atas. Uh ada kincir air oooo .. dan labu besar ....
Lavender Garden Bertingkat-Tingkat - Mesti Nak Ada Stamina
Isteri saya memang tak dapatlah nak naik sampai ke bahagian atas Lavender Garden ni. Setakat pada teres pertama sahaja... tak mampu katanya apabila melihat ada pengunjung yang turun tercungap-cungap daripada bahagian atas...hehehe...Nasib baiklah ada Maira yang rajin ambil gambar guna kamera kompak Sony miliknya. Uhh sakan ambil gambar bunga-bunga cantik yang ada.
Saya kongsikan beberapa gambar di dalam Lavender Garden Cameron Highlands ini untuk tatapan anda semua. Manalah tahu, anda masih lagi rasa ragu-ragu nak masuk ke taman ini disebabkan harga tiket masuk yang agak mahal (pada pandangan saya).
Waktu Operasi dan Tiket Masuk
Lavender Garden ini terletak antara Kuala Terla dengan Tringkap di Cameron Highlands. Anda takkan terlepas tempat ini sebab ia sangat mudah kelihatan dari jauh. Dibuka setiap hari bermula jam 9:00 pagi sehingga 6:00 petang.Harga tiket masuk ke Lavender Garden ini adalah RM8 untuk dewasa, dan RM5 untuk kanak-kanak. Anda boleh berada selama mana pun dalam taman bunga Lavender ini ...
Selain bunga Lavender, ada bunga matahari, bunga ros, bunga kekwa, dan banyak lagi. Malah, ada deretan gerai dan restoran makanan di bahagian teres kedua dan juga ketika nak keluar dari taman ini. Ada pelbagai barangan menarik boleh anda beli di Lavender Garden ini.
Paling mendapat perhatian ialah aiskrim Lavender.
In Sha Allah, nanti saya kongsikan lagi beberapa gambar menarik percutian hujung minggu ini dengan anda semua. Anda boleh lihat di bahagian destinasi cuti dan juga wordless wednesday nanti ye.
mmg cntik bunga dalam lavender tu..
ReplyDeleteitulah pasal .. sebelum ni tak tahu pun dalam taman ni ada apa selain Lavender
Deletepernah nampak padlock mcam tu kat penang ;)
ReplyDeleteYa ada .. kat atas Bukit Bendera
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.