Syukur alhamdulillah, tahun 2017 ini dapat kami sekeluarga sekali lagi sambut hari kelahiran Maira dan Zikri.
Selamat Hari Lahir Maira & Zikri
Kedua-dua anak saya ini memang rapat sejak kecil. Di dalam rumah, merekalah yang paling kerap bergaduh dan paling mesra sesama sendiri. Mungkin kerana jarak umur mereka yang tidak jauh berbanding abang sulong mereka yang kini sudah pun bersekolah di sekolah menengah Ulul Albab. Nak-nak lagi, bila Amri, abang sulong mereka sudah tinggal berdikari di asrama.Untuk harijadi Maira, plan nak buat kejutan atau suprise telah dirancang oleh Zikri sejak pertengahan bulan Januari lagi. Memang banyak akal si Zikri ni. Malah, kek harijadi juga adalah idea Zikri yang mahukan Maira dapat kek istimewa berbentuk puteri dalam cerita Frozen.
Nasib baiklah ada kedai kek yang bagus di Parit Buntar yang terima tempahan buat kek sebegitu. Saya sendiri pun tak tahu rancangan yang telah dirancang oleh Zikri dengan isteri saya. Malah, kek harijadi untuk Maira pun, saya hanya tahu ketika nak mengambilnya di kedai kek. Along Amri pun tak tahu ... uhh ...
Antara Amri, Maira dengan Zikri .. Zikrilah paling excited nak sambut birthday adik perempuannya. Siap main sorok-sorok kek, dan main tutup mata lagi .. hahaha... Zikri tutupkan mata Maira, dan Amri tolong siapkan kek.
Bila Maira dapat tengok sahaja kek harijadi yang dah sedia di depan mata .. ternganga dan terkejut (excited) sebab dapat kek istimewa. Senyum besar si Maira bila Zikri bukakan mata di depan kek.
Saya dan isteri berasa sangat seronok bila lihat kegembiraan anak-anak macam ni. Bukan selalu buat .. sekali dalam setahun.
Selang beberapa hari, tiba masa untuk harijadi Zikri.
Uhh yang ni memang tak ada surprise .. sebab Zikri dah buat request awal-awal nakkan kek berbentuk kereta.
Mahal weihhh kek berbentuk kereta. Kek yang beratnya tak sampai sekilogram tu saya bayar dengan harga RM60 sebiji. Jenuh gak tawar dan minta diskaun .. memang tak dapat. Yelah, bukan mudah pun nak dibuat, kena tempah dan perlukan acuan yang istimewa.
Birthday Zikri sambut agak lewat sebab nakkan Along Amri bersama-sama. Jadinya, kami buat sambutan di sekolah Amri.
Alhamdulillah, kek kereta si Zikri dapat dikongsikan bersama rakan-rakan sekolah Amri yang lain. Seronok mereka dapat makan kek harijadi ... siap bersalaman cium tangan lepas makan kek tu dengan saya .. uhhh ..
[Klik] Rahsia Peroleh Rezeki, Nikmat Tak Terhingga dari Allah. Formula Rezeki Yang Telah Bantu Ramai Orang.
Bukan semua ibu bapa dapat peluang untuk buat sebegini dengan anak-anak. Alhamdulillah, rezeki saya dan isteri diberikan Allah S.W.T sangat murah tahun ini. Betullah apa yang dikatakan dalam Al Quran .. jika kita buat baik walaupun hanya sekecil biji sawi, Allah S.W.T akan kurniakan rezeki yang tiada galang ganti.
Anak-anak saya ... hari ini mungkin dapat bersama merasai kek unik yang sedap. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Saban hari mereka semakin membesar, dan tidak lama lagi .. pejam celik .. masing-masing akan bawa haluan dalam kehidupan.
[Baca] Tips Didik Anak - Rahsia Amri Mendapat Result 6A UPSR 2016Saya dan isteri sentiasa mendoakan segunung kebaikan buat anak-anak. Walaupun adakala waktu, anak-anak membuatkan rasa kesabaran terkakis, namun Allah itu Maha Adil. Ujian diberikan untuk ingatkan diri sebagai ibu bapa bahawa anak adalah anugerah dan juga amanah yang perlu dijaga, dididik dan disayangi.
Selamat Hari Lahir buat Maira dan Zikri. Semoga anak-anak Abah akan menjadi insan terbaik dunia akhirat.
selamat hari lahir maira dan zikri.... wow,,, cantiknya kek dia... :)
ReplyDeleteKek oren .. huhuhu ...
DeleteSelamat hari lahir...
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir.. :D
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.