Maka, setiap haribulan terakhir pada setiap bulan kini menjadi tarikh penting buat pengguna kenderaan di Malaysia untuk mengetahui harga runcit terkini petrol RON 95, RON 97 dan diesel.
Harga Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel Terkini 2017
Saya antara jutaan rakyat Malaysia yang sering menantikan update terkini harga petrol dan diesel terkini setiap bulan.Jika sebelum ini pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ada membuat pengumuman rasmi sebelum kuatkuasa harga baru terkini; tetapi bermula bulan Julai tahun 2015, KPDNKK sudah tidak lagi mengeluarkan apa-apa pemberitahuan mengenai perubahan harga bahan api ini kepada orang ramai (pengguna) seperti kebiasaannya.
Akibatnya, satu fenomena bagi rakyat Malaysia setiap bulan sentiasa ternanti-nanti harga petrol dan diesel terkini ini.
Sebagai makluman, KPDNKK telah menetapkan harga petrol RON 95 dan Diesel adalah berdasarkan sistem apungan terurus berikutan penghapusan subsidi bahan api oleh pihak kerajaan Malaysia. Oleh yang demikian, harga runcit untuk RON 95 dan Diesel kini bergantung sepenuhnya kepada apungan terurus atau terkawal melalui harga purata bulanan pasaran minyak dunia sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON 97.
Update Terkini Harga Petrol RON 95, RON 97 & Diesel 2017
Sebagai rujukan dan panduan anda, saya senaraikan (update) harga petrol dan diesel terkini untuk tahun 2017. Ia mungkin berguna untuk anda yang mahu membuat perbandingan harga terkini setiap jenis bahan api petrol dan diesel setiap bulan di Malaysia.Bulan (Month) | RON 95 (RM/Liter) | RON 97 (RM/Liter) | Diesel (RM/Liter) |
Januari | 2.10 | 2.40 | 2.05 |
Februari | 2.30 | 2.60 | 2.15 |
Mac | 2.30 | 2.60 | 2.20 |
April | |||
Mei | |||
Jun | |||
Julai | |||
Ogos | |||
September | |||
Oktober | |||
November | |||
Disember |
Bagaimana Harga Petrol dan Diesel Ditetapkan di Malaysia
Sedikit panduan am bagaimana harga petrol dan diesel terkini ditetapkan di Malaysia:- Jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, maka harga runcit untuk bahan api petrol dan diesel juga akan meningkat; begitulah sebaliknya.
- Jika nilai ringgit didapati secara berterusan menyusut maka harga runcit untuk bahan api petrol dan diesel akan meningkat. Seandainya nilai ringgit mengukuh, maka kemungkinan besar harga bahan api ini akan menurun.
Apapun, ramai penganalisis mengatakan bahawa sistem apungan terurus untuk penetapan harga bahan api ini adalah terurus dan sejajara dengan perkembangan ekonomi semasa, apatah lagi kerajaan Malaysia telah melaksanakan dasar penghapusan subsidi bahan api untuk meningkatkan kemandirian rakyat Malaysia.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda. Dan in Sha Allah, update harga petrol RON 95, RON 97 dan diesel akan saya lakukan setiap bulan menerusi post ini.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.