Kenapa saya berikan 4 bintang untuk filem aksi ini yang telah berjaya kutip MYR 1.4 Juta dalam tempoh 4 hari tayangan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei? Kenapa tidak diberikan penarafan penuh 5 bintang untuk sebuah filem yang menelan kos MYR 3 Juta ini? Filem J-Revolusi diterbitkan oleh Grand Brilliance dan Infinitus Productions (sebelum ini Tayangan Unggul).
4 Bintang Untuk Filem J-Revolusi
Ok, jujurnya saya ke panggung untuk tonton filem J-Revolusi adalah kerana pengaruh yang ada pada pelakon-pelakonnya. Saya cukup minat pada lakonan Zul Ariffin, Farid Kamil, dan juga Azad Jasmin, lebih-lebih lagi filem ini ada pelakon-pelakon cantik yang saya suka ... ekekeke .. iaitu Nur Fazura dan Izara Aishah.Anak-anak saya pula tertarik untuk tonton filem ini sebab ianya adalah filem mengenai UTK (Unit Tindakan Khas); ada aksi tembak menembak yang best dan letupan. Uhh ganas .. ganas .. dan isteri saya pula tertarik kerana adanya pelakon-pelakon seperti saya nyatakan tadi, lebih-lebih lagi Zul Ariffin yang kacak, dan Nur Fazura yang jelita.
Apa Bestnya J-Revolusi?
Orait, mari kita lihat dan sembang pasal cerita filem ini ..Agak malang sikit sebenarnya, sebab saya dan famili hadir agak sedikit lambat masuk ke pawagam. Mana taknya, keadaan ketika nak ke panggung hujan lebat, dan terpaksa pula berhadapan dengan ruang tempat letak kereta yang dah penuh. Jadi, saya dan keluarga dah tertinggal beberapa babak awal cerita filem J-Revolusi ini.
Saya masuk je panggung, dah ternampak aksi skuad Jay Zulkarnain/Judo (Zul Ariffin) sedang menyerbu sebuah gudang dimiliki oleh ketua penjahat yang dilakonkan oleh Farid Kamil. Misinya adalah untuk mendapatkan Ultra Virus dan juga menyelamatkan salah seorang lagi ejen samaran, iaitu Dian/Dee (Nur Fazura) yang ditangkap.
Aksi pertama ini memang menambat perhatian. Kalau tidak ia berbahasa Melayu, saya sudah hampir anggap ia sebuah filem Hollywood. Serius, scene awal filem ini memang awesome dengan tembak-menembak UTK, dan letupan.
Plot Cerita J-Revolusi Tak Begitu Kuat
Kemudian, saya dibawa kepada plot drama filem ini yang pada saya agak longgar. Ia berkisar pada masalah keluarga, silap faham, dan bagaimana ia telah dimanipulasi oleh watak penjahat untuk kepentingan.Scene pencarian bom dalam filem ini dibuat tak berapa menarik, namun .. aksi lagak ngeri, kejar mengejar kereta, motorsikal, pergaduhan serta cara menampakkan aksi UTK memang saya berikan pujianlah. Ada detail yang tertinggal tetapi berjaya ditutupi dengan baik.
Azad Jasmin Sebagai Skodeng
Penampilan Azad Jasmin memang syok, apatah lagi dibantu oleh lakonan dua pelakon veteran Malaysia yang tidak mengecewakan iaitu Omar Abdullah dan Fatimah Abu Bakar. Omar Abdullah membawa watak 'Chief' UTK dan juga 'ayah' pada Jay dan Dian. Manakala Fatimah Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Teacher Faty HotFM melakonkan watak ibu pada Skodeng/Herman (Azad Jasmin).Skodeng sebagai pakar IT dalam filem J-Revolusi ini serius memberikan gambaran bahawa memang ada genius IT dalam Malaysia yang ramai tak tahu. Samada wujud atau tidak, namun scene yang tunjukkan rumah penuh dengan gajet komputer tu adalah realiti kehidupan seorang yang benar-benar pakar komputer .. :) yang tidak suka menonjol ..
Filem J-Revolusi ada babak drama dan sedih yang agak berjaya menyentuh perasaan. Lakonan Zul Ariffin dalam babak-babak sedih ni .. fuh ... memang terbaiklah. Mana tak sedih bila lihat abang sado mengalirkan air mata ... isteri saya sendiri akui, yang air mata hampir nak mengalir .. uhh ...
Iedil Putra yang memegang watak ketua operasi agak mengjengkelkan. Uhh saya cukup tak suka .. malah harap watak Iedil Putra mati di pengakhiran cerita .. haha .. jahatnya saya ..
Izara Aishah Nampak Sangat Hot Dalam J-Revolusi
Penampilan Izara Aishah yang memegang watak Eddie atau Ida memang hot .. fuh .. lawa sungguh la si Izara ni... lebih-lebih lagi bila part Izara berpakaian dress, yang menyerlahkan kecantikannya dalam filem J-Revolusi ini. Babak berlawan dengan Jay (Zul Ariffin) di dalam bilik adalah babak paling best dibawakan oleh Izara... turut mengejutkan ialah penampilan Izara dengan ular sawa ... huhu
Berbanding dengan Nur Fazura yang hanya banyak tampil di pengakhiran cerita. Awal filem, Fazura agak statik, malah dialog pun sangat kurang. Dan kecewa sikit saya, sebab Fazura tak tampil dengan kecantikan yang saya mahukan .. hehe .. wajahnya banyak dilakarkan cedera dan berparut .. adeh. Frust sikit .. huhu.
Dibantu oleh Profesional Seni Bela Diri
Turut tampil dalam filem aksi ini adalah Hans Isaac, dan beberapa pelakon antarabangsa termasuklahjuga penampilan khas dari atlet Seni Bela Diri Campuran (MMA) dari One Championship iaitu Peter Davis, Saiful Merican, Jenathan dan Davron... fuh, bab aksi lawan-lawan dalam J-Revolusi ini, saya berikan 5 bintang !!
Pengakhiran cerita boleh diagak sebenarnya kalau anda seorang peminat filem aksi...lagi-lagi kalau anda penonton setia cerita atau filem perisik. Ya, filem J-Revolusi ini ada gabungan ini, kepolisian (UTK) dan perisikan dan sindiket antarabangsa.
Saya lihat jalan cerita cuba untuk menonjolkan kehebatan UTK dalam membasmi ancaman pengganas dan juga menumpaskan jenayah international, namun ntah macamana, saya fikir ada kelopongan dan longgar apabila menyorot perjalanan filem ini dari awal hingga ke akhir.
Namun, saya berikan pujian pada pengarahan pertama Zulakarnaian Azhar ini. Memang bukan mudah nak mengarah sebuah filem aksi kepolisian, apatah lagi dengan bajet yang besar. Filem sulong yang sangat baik daripada beliau.
Video Teaser J-Revolusi
Keseluruhan - 4 Bintang
Secara keseluruhan, saya berikan 4 bintang daripada 5; apabila dibandingkan dengan filem genre hampir sama iaitu Polis Evo. Malah, anak-anak saya juga mengatakan Polis Evo lebih baik kisahnya daripada filem J-Revolusi ini.Mungkin anda tidak berapa setuju .. hehe .. yelah, kalau tak tonton anda takkan tahu .. jadi, untuk ketahui samada filem ini sesuai dengan selera tontonan anda, maka haruslah anda ke pawagam. Tonton, hayati dan nilai sendiri ...
Ada yang dah tonton? Apa pandangan anda?
Oh ya. Filem ini .. menurut isteri sayalah .. jika anda seorang peminat Zul Ariffin .. memang puaslah lihat kelibat pelakon bertubuh sasa ini .. hampir 98% ada wajah Zul dalam J-Revolusi .. hahaha. :)
Setakat post ini ditulis, sambutan terhadap filem J-Revolusi memang sangat hebat. Jika anda mahu berpeluang untuk ketemui pelakon-pelakon filem ini, boleh skodeng page berikut - J-Revolusi Movie
Alahai lawanya izara.. tak pernah tak lawa <3
ReplyDeleteBelum lagi tengok cerita ni tapi ramai kata best. Dah kutip 1.4 juta untuk 3 hari tayangan..
Hebat
sudah tonton Polis Evo dan suka dgn watak Zizan
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.