Cara mudah melipat baju untuk jimatkan ruang. Untuk sebuah keluarga yang kerap dan sering pergi bercuti family retreat untuk tempoh lama, masalah paling utama yang dihadapi ialah jumlah pakaian yang boleh dibawa dengan beg yang minima. In Sha Allah, dalam post ini saya akan kongsikan satu video cara mudah melipat baju untuk jimatkan ruang beg supaya lebih banyak pakaian boleh dibawa.

Cara yang akan ditunjukkan dalam video nanti adalah cara yang memang isteri saya gunakan kalau mahu membawa pakaian yang agak banyak untuk tempoh yang lama. Ia betul-betul menjimatkan ruang, dan paling best, cara ini tak susah pun .. anak-anak pun boleh turut lakukan.

Cara Mudah Melipat Baju Untuk Jimatkan Ruang

Cara Mudah Melipat Baju Jimatkan Ruang Beg

Isteri saya belajar cara mudah ini menerusi satu perkongsian di Facebook. Cara melipat baju yang ditunjukkan adalah menggunakan teknik menggulung. Jika sebelum ini, kebanyakan kita melipat baju bersegi, kali ini .. apa yang akan dipaparkan di dalam video di bawah ialah kaedah melipat baju mudah secara menggulung.

Dengan menggulung, ruang untuk menyimpan pakaian dapat dioptimasikan. Maka, lebih banyak ruang, maka lebih banyak pakaian. Tambahan lagi, kaedah ini lebih kemas, dan pakaian tidak mudah berselerak.  Dah jadi satu kerja pula untuk kemaskan dan lipat semula kalau gunakan kaedah lama.

Kekurangan ...

Cuma satu je kekurangan kaedah ini .. iaitu sukar nak tahu pakaian siapa .. :) melainkan sudah siap-siap diasingkan. Kalau pakaian yang telah dilipat guna cara menggulung ini disimpan sekali .. agak sukar nak kenal mana satu pemiliknya melainkan gulungan dibuka. Yelah, semua nampak saiz samaaaa je ...
[post_ads]
Apapun, anda boleh je mencuba teknik melipat ni. Dan paling elok digunakan untuk masukkan baju ke dalam beg pakaian ketika hendak pergi bercuti.

Video Cara Lipat Baju Mudah dan Kemas

Ok, sekarang mari saksikan cara mudah untuk melipat baju bagi menjimatkan ruang ini ye .. semoga berjayaaa...



4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalam. Nice sharing.
    Cepat dan jimat ruang

    Ppppsstt:entry yg diroket mencanak naik. Alhamdulillah. Saya ada printscreen ari tu.
    Terima kasih bro. Saya doakan semoga bro dimurahkan rezeki. Hanya Allah mampu memblasnya. Aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih ye sbb sudi join segmen saya.

      Padam
  2. Cara lipat macam gulung2 ni memang dah lama saya buat masa unversiti.. tapi bila mak nampa dia marah sebab lipat biasa lagi jimat ruang.

    Disebabkan saya anak yang baik, saya pun ikut je cakap mak..

    Bila lama2 femes pula cara lipatan gulung ni terutama bagi yang suka travel/backpackers :D :D

    BalasPadam
  3. Thank you😭mmg nmpk kemas😊

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement