Saya tak sangka ada banyak Bazaar Malam yang menjual pelbagai barangan menarik, termasuk pakaian, permainan kanak-kanak, karpet, peralatan rumah, hiasan rumah, malah makanan best-best di Bazaar Malam Lembah Kuala Kangsar ni.
Cari Barang Murah di Bazaar Malam, Lembah Kuala Kangsar
Uhhh ... bila dah berada di lokasi menarik Kuala Kangsar ni, maka saya layanlah dulu shopping cari barang murah di Lembah Kuala Kangsar. Saya dapat tahu daripada pengunjung yang datang, banyak barang dijual dengan harga menarik di bazaar-bazaar ini.Saya yang memang kaki shopping (kalau ada duit) ... jenguk-jenguklah apa yang menarik. Tak sangka juga, pasaraya Sakan pun turut terlibat dalam bazaar ini. Jadi, bolehlah tengok permaidani dan karpet cantik di situ.
Ronda punya ronda, saya sekadar melihat-lihat sahaja. Tak nampak ada barang yang berkenan di hati. Ada anak saya beritahu bahawa mereka nakkan 'kuda melompat' ... dan kebetulan ada dijual di bazaar malam Lembah ini. Hmm .. bila saya tengok harga yang dijual, saya fikir ... ada baiknya saya survey dulu di tempat lain. Lagipun, barang mainan sebegini rasanya dah tak sesuai untuk anak-anak saya yang sudah bersekolah rendah .. uh.
Saya tak pasti bila waktu operasi bazaar malam ini. Al maklumlah, saya datang sini pun tanpa dirancang. Saya nampak bazaar ini menarik untuk pengunjung dan juga pelancong .. jadi, saya ambil keputusan untuk ambil gambar dan bercerita di dalam blog.
Kalau anda kebetulan ada di kawasan sekitar, bolehlah cuba jenguk-jenguk kawasan Lembah Kuala Kangsar ni .. lokasinya betul-betul di tepian sungai.
Di siang hari, kawasan Lembah popular dengan tempat makan. Anda boleh dapat pelbagai macam juadah lauk pauk yang tak mudah ditemui di tempat lain terutama ikan bakar ikan sungai. Jika saya berada di Kuala Kangsar, lokasi nak makan tengahari yang ada pilihan banyak, memang saya akan pilih kedai-kedai makan yang ada di Lembah Kuala Kangsar ini.
murah jugak.. tapi jauhnya, kalau kat sabah payah nk dpt harga macam ni, baik shping tmpat2 macam ni zaman ekonomi mrundum ni.. semua barang mahal..
ReplyDeleteYa, sekarang memang kebanyakan harga barang dah naik .. terasa perit dengan ekonomi yang tidak tentu ini. Maka, ramai cari barang murah.
Deletemmg kena cari murah... tp kena pandai pilih juga...
ReplyDeleteYa, kena bijak memilih. Disebabkan tempat ini kekal wujud, maka saya ambil keputusan untuk survey harga di tempat lain .. kalau sini lebih murah, nanti boleh datang dan borong apa yang patut.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.