Daripada pembacaan saya, resveratrol didapati punyai kelebihan tersendiri. Ia merupakan anugerah Allah S.W.T untuk sama-sama diambil manfaat. In Sha Allah, saya ingin berkongsi kepada anda semua bagaimana resveratrol mampu bertindak sebagai penawar diabetes atau kencing manis.
7 Cara Resveratrol Berfungsi Sebagai Penawar Kencing Manis atau Diabetes
Resveratrol adalah sebahagian daripada kumpulan sebatian yang dipanggil polifenol. Ramai pakar berpendapat sebatian ini bertindak sebagai antioksidan, ia dipercayai dapat melindungi tubuh daripada kerosakan yang berisiko lebih tinggi contohnya daripada penyakit diabetes atau kencing manis.Salah satu produk kesihatan dan supplemen terkenal yang mempunyai bahan aktif resveratrol adalah Vivix daripada Shaklee. Vivix dengan resveratrol ini didapati dari sumber kulit buah anggur.
Vivix adalah antara produk terbaik Shaklee yang telah dibuktikan secara testimoni dapat membantu para pesakit diabetes atau kencing manis daripada kerosakan lebih serius. Ok, mari kita lihat apa yang dilakukan oleh sebatian polifenol ini yang terdapat dalam produk Vivix Shaklee.
1. Memperlahankan atau mengurangkan sindrom resistansi insulin (sindrom metabolik)
Menurut Shaklee, Vivix adalah merupakan supplemen antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Pengambilan produk Vivix secara berterusan akan dapat memberi manfaat menurunkan metabolic syndrome yang dipercayai boleh mengarah kepada penyakit kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan sel.2. Mengawal kepekatan gula dalam darah
Jika anda pernah belajar mengenai sains, tentu tahu akan fungsi makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang berkarbohidrat akan dicerna untuk menghasilkan gula sebagai tenaga di dalam tubuh kita.Tetapi awas! Sekiranya kita mengambil karbohidrat yang berlebihan, ia akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat. Justeru, polifenol atau resvetarol yang terdapat di dalam Vivix akan melambatkan proses pencernaan dan penyerapan karbohidrat ke dalam darah. Sekaligus. ia juga mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi.
3. Mengaktifkan enzim SIRT1
Ramai pakar supplemen antarabangsa percaya, untuk mencegah atau menyembuhkan diabetesatau kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan. Fungsi enzim ini ialah bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan enzim.Resveratrol di dalam Vivix dikatakan dapat membantu pengaktifan enzim ini.
4. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin
Rintangan insulin adalah salah satu daripada faktor penyumbang kepada penyakit diabetes. Ia adalah keadaan di mana sel tubuh gagal untuk memberikan respon secara normal terhadap hormon insulin. Teorinya, jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, maka penyakit ini dapat dihentikan.Apabila badan menghasilkan insulin dalam keadaan rintangan insulin, sel-sel insulin akan dihalang untuk bertindak-balas dan tidak dapat menggunakannya dengan berkesan. Keadaan ini membawa kepada kandungan gula dalam darah yang tinggi. Dengan resveratrol, in Sha Allah mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin, dan membantu daripada terkena diabetes.
5. Menggalakkan penyembuhan luka dengan cepat
Shaklee mengeluarkan Vivix dengan bahan aktif resveratrol juga membantu dalam penyembuhan luka dengan lebih cepat. Ini sangat manfaat untuk pesakit diabetes kerana luka buat pesakit diabetes adalah perkara yang tidak boleh diambil mudah.Vivix dengan resveratrol bukan sekadar menggalakkan penyembuhan luka lebih cepat, malah mengelakkan dan mengurangkan kerosakan mata. Kerosakan mata adalah kesan sampingan yang paling kerap berlaku pada pesakit diabetes atau kencing manis.
Vivix mengandungi polifenol anthocyanins yang dapat membantu menyembuhkan luka dengan segera serta memperbaiki penglihatan.
6. Memperlahankan pembentukan protein AGE
AGE merupakan singkatan dari Advanced Glycation EndProducts, zat ini dibentuk dari gula dan protein berlebihan yang saling terikat. AGEs berasal dari 2 sumber menerusi makanan yang kita ambil dan boleh ia juga dikeluarkan oleh tubuh. Kajian mendapati, jika kita makan makanan dengan kadar gula tinggi (Glycemic index/indeks Glisemik yang tinggi), maka ia dapat memberikan petanda kemunculan AGE.Bagaimana AGE boleh menyebabkan penyakit?
Apabila badan terkandung banyak protein AGE, sel akan menjadi tepu. Secara mudahnya, ia akan menyebabkan banyak jenis penyakit 'tersekat dan terkumpul'. Contoh penyakit disebabkan oleh protein AGE adalah serangan jantung, darah tinggi dan strok.
Ia juga boleh merencatkan fungsi pankreas yang merupakan organ tubuh penting dalam memproses gula dalam tubuh. Jika fungsi organ ini tergangu, ia akan menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah dan menyebabkan penyakit diabetes atau kencing manis.
Secara ringkasnya protein AGE menghalang dan menyekat fungsi sel yang normal. Semakin banyak timbunan protein AGE semakin tinggi tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit.
7. Membantu tingkatkan tenaga, atasi kelesuan
Pesakit diabetes memang sinonim dengan kelesuan. Contoh terdekat adalah diri saya sendiri. Baru beberapa jam di depan komputer, saya dah rasa letih lesu. Ngantuk gitu. Kadang kerja-kerja harian sebagai seorang blogger dan online influencer turut terjejas dan ambil masa agak lama untuk diselesaikan.Ini kerana mereka yang mengalami diabetes cenderung mengalami kerosakan saraf dan risiko kerosakan saraf akan semakin meningkat seiring dengan jangka masa seseorang itu mengidap diabetes.
Kerosakan saraf menjejaskan pengaliran darah ke bahagian anggota badan yang boleh menyumbang kepada keletihan. Peranan Vivix adalah berkeupayaan untuk meningkatkan potensi sel badan supaya kurangkan risiko masalah saraf.
Berikut adalah sebab resveratol itu dapat membantu pesakit diabetes atau kencing manis.
- Meningkatkan biogenesis sel untuk saraf
- Meningkatkan fungsi sel
- Mengurangkan pengeluaran radikal bebas
- Mengurangkan simpanan lemak dan menukarkannya kepada tenaga
- Meningkatkan jisim otot tanpa lemak
- Melambatkan kemerosotan yang berkaitan dengan usia
Buat mereka yang tidak tahu, penyakit diabetes atau kencing manis adalah merupakan penyakit sistemik. Penyakit sistemik bermaksud ia boleh memberikan kesan ke atas organ-organ lain di dalam tubuh seperti mata, buah pinggang, jantung, sistem kardiovaskular dan banyak lagi.
Maka, pencegahan sangat penting untuk pesakit diabetes atau kencing manis ni.
Daripada info dan pengetahuan mengenai resveratrol ini, maka bolehlah dibuat kesimpulan bahawa produk Shaklee Vivix ini adalah bagus untuk perawatan pesakit diabetes, dan hindarkan penyakit ini menjadi penyebab kepada masalah lain.
Untuk lebih menyakinkan buat anda yang ragu-ragu mengenai Vivix dan kesan bahan aktif resveratrol ini pada kandungan gula dalam darah pesakit diabetes ..
Daripada infografik di atas, kajian ini menunjukkan:
- Glukosa darah berkurangan secara signifikan berdasarkan dos yang diberikan.
- Glukosa darah berkurangan secara konsisten selama 2 jam
Rujukan adalah dari Modern Pharmaceutical Research Dec 2009.
Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai Vivix serta produk supplemen Shaklee dalam mencari penawar diabetes atau kencing manis? Boleh hubungi:
Raihanah SID 864679 (Shaklee Gombak)
No tel: +6012 2195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
great
BalasPadamthanks tuan.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.