Ibu hamil atau mengandung rupanya adalah dilarang untuk mandi air panas; lebih-lebih lagi di kolam air panas semulajadi. Saya baru tahu hal ini semasa bawa isteri dan anak-anak ke Kolam Air Panas Kesihatan Batu 9 di Trong, Taiping.

Kolam Air Panas Kesihatan Batu 9 memang antara tempat menarik yang kami sekeluarga selalu pergi. Apabila rasa badan lemah-lemah je, kami akan ke sini. Ramai yang mendakwa kolam air panas di sini mempunyai kelebihannya sendiri. Itu sebab ia dinamakan kolam air panas kesihatan.

Ibu Hamil Dilarang Mandi Kolam Air Panas

Ibu Hamil Dilarang Mandi Air Panas
Ketika ambil keputusan untuk pergi ke Kolam Air Panas Batu 9 ini, kami tak adalah rasa sebarang kebimbangan pun. Memang tak terlintas di fikiran. Semuanya rasa senang hati nak mandi kolam air panas.

Kolam Air Panas Persendirian Batu 9, Trong ...

Isteri saya sendiri yang buat tempahan untuk mandi di sini. Seperti biasa, isteri saya menempah kolam mandi persendirian yang dikenakan sewaan sebanyak RM30/jam. Ia kolam mandi bersaiz lebih kecil dibandingkan dengan kolam air panas awam yang tersedia di bahagian tengah tempat ini. Kadar masuk untuk kolam air panas awam adalah RM3/jam.
[Petua] Petua Bagaimana Anak Saya Cemerlang 6A UPSR 2016
Untuk kolam air panas persendirian, ada disediakan paip air panas, dan paip air sejuk. Ia juga dilengkapi pondok untuk berteduh, selain tandas dan bilik air sendiri. Ia terkepung dan terlindung daripada pandangan orang lain. Jadi, memang privasilah dan sangat sesuai untuk seisi famili.
Ibu Hamil Dilarang Mandi di Kolam Air Panas Semulajadi
Kolam Air Panas Trong, Taiping

Ketika 'check-in' ke Kolam Air Panas Kesihatan Batu 9 ini ... saya pun bertanyalah ...

"Cik .. wanita mengandung boleh mandi kan? Tak pe kan?" tanya saya.

Wanita muda yang menunjukkan kolam mandi kami pun jawab, "Takpe rasanya ... asalkan jangan lama-lama dah la ..."

Lega rasa bila dengar apa yang dikatakan. Isteri saya pun apa lagi, terus letak kaki kat kolam ....

Dan saya pula, disebabkan kelaparan ... pergi mengisi perut dengan Laksa dan Teh Ais yang ada dijual di situ. Sekali lagi, untuk lebih pasti .. saya tanya pada makcik di situ, owner kolam.

"Makcik ... tak pe kan .. isteri saya tu mandi kolam air panas? Dia mengandung ... " tanya saya mahukan jawapan pasti.

"Hmm .. ntah la pulak .. tapi rasanya kalau rendam kaki takpe kot ... jangan mandi berendam dah la ..." kata makcik tu.

Pastu saya nampak anak dia (yang cik tadi) dok sembang-sembang kecil ngan makcik tu.

Terus berlari anak si anak makcik ....

Dan saya nampak isteri saya keluar dari kolam. Uhh .. kenapa? Tak boleh kot .. risau kot kalau jadi apa-apa pada bayi dalam kandungan.

Baru Nak Google Cari Info ....

Selesai makan laksa, saya pun Google ...

Erkk ... rupanya tak boleh biarkan ibu hamil berendam dan mandi kolam air panas. Ia satu larangan kerana khuatir ia akan memudaratkan bayi akibat perubahan suhu. Apatah lagi mandi di kolam air panas semulajadi yang ada sulfur ni.
[Mesti Daftar] Dah Menabung Untuk Masa Depan Akademik Anak Anda? Daftar SSPNi-Plus Hari Ini Juga !!
Kalau menurut pembacaan saya tu, bau sulfur pun sebenarnya dikhuatiri boleh membawa keburukan kepada ibu hamil. Risau boleh memberikan kesan yang buruk pada bayi ... terutama di awal-awal kehamilan si ibu.

Uhhh bila dah baca banyak rujukan, isteri saya terus tukar baju balik ... risau kami takut ia akan beri mudarat pada bayi. Serius masa tu macam-macam dok fikir.

Antara larangan ialah:
  • Tidak boleh berendam dalam tab mandian air panas lebih daripada 10 minit.
  • Tidak dibenarkan mandi air panas terlalu lama.
  • Tidak dibenarkan mandi di kolam air panas yang ada sulfur.

Namun, merendam kaki dibolehkan asal tidak terlalu lama. Hmm .. walaupun tujuan berendam dan mandi air panas adalah untuk segarkan badan, tapi kerana adanya perubahan suhu tubuh si ibu yang mendadak .... risau ia akan beri kesan pada bayi di awal perkembangan.

Kami ambil keputusan baik beringat sebelum jadi apa-apa. Tak boleh ambil risiko.

Semoga kisah pengalaman ini boleh menjadi tauladan buat ibu-ibu hamil yang terfikir untuk mandi air panas atau berendam dalam tab mandi air panas .. huhu.

Sedikit tambahan daripada pengalaman ibu-ibu ..
Bahaya Mandi di Kolam Air Panas Untuk Ibu Hamil
Fisiologi antara ibu tidak sama. Mungkin ada yang pernah mandi kolam air panas tapi tak berlaku apa-apa masalah. Cuma baik beringat sahaja terutama sekali pada waktu awal kehamilan. Bila dah nak bersalin, mungkin mandi air panas/suam digalakkan (sesetengah pendapat) .. kerana dipercayai boleh mudahkan si ibu bersalin.

Pun begitu, macam isteri saya .. tak tahu nak kata kebetulan ke apa, baby dalam kandungan terpaksa dilahirkan secara pembedahan bila didapati jantung lemah dan tak boleh dikesan.
  • Pernah berendam dalam tab mandi air panas semasa bercuti di Penang
  • Berendam ketika ke kolam air panas ini.

Allahu'alam.

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nasib baik tak berendam lama :o

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal .. berlari ooo si anak pi warning isteri saya ...

      Delete
  2. Saya pun terkejut.. rupanya tak boleh.. nanti saya bagitau isteri saya.. (kalau saya dah kahwin la)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement