Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah
Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ramadhan di Kuala Lumpur iaitu Jalan Masjid India.

Beli Dengan Harga Borong di Pasar Kemboja

Bagi kebanyakan peniaga kecil, tempat ini merupakan lubuk untuk mendapatkan pelbagai jenis tudung dan telekung dengan harga borong. Harga jualan borong di sini boleh diperoleh sehingga 60% lebih murah dengan harga runcit bagi kebanyakan jenis pakaian wanita.
Pasar Kemboja Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah
Cari Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah
Dan kalaupun anda tidak memborong, anda boleh sahaja membeli secara runcit atau dalam kuantiti yang sedikit. Harganya pula masih lagi membolehkan anda berjimat banyak, dan bergaya sakan dengan pakaian fesyen terkini.

Jadi Tumpuan Peniaga Kecil Setiap Kali Ramadhan

Setiap kali bulan Ramadhan, lubuk ini pasti akan dikerumuni orang ramai dari merata tempat. Saya pernah terjumpa seorang peniaga dari Kuala Lumpur yang datang ketika Ramadhan berbaki hanya seminggu sahaja sebelum Aidil Fitri. Beliau datang kerana mahu mencari stok pakaian kanak-kanak untuk gerainya yang dibuka di Bazaar Ramadhan.

Katanya, pakaian kanak-kanak di sini ada banyak pilihan. Harganya murah dan beliau boleh dapat keuntungan dengan margin yang besar apabila mengambil stok pakaian dari pemborong di Pasar Kemboja. Katanya lagi, fesyen pakaian di sini lebih terkini dan selalunya kalau di tempat lain .. hanya dijual di pasaraya dan kedai eksklusif.

Kualiti pula memang terbaik.

Jika anda seorang peniaga kecil atau mencari peluang untuk berniaga tudung dan telekung mahupun pakaian wanita .. bolehlah datang ke Pasar Kemboja Parit Buntar.
Parit Buntar Lubuk Borong Tudung dan Telekung Harga Murah
Selalunya jika di bulan Ramadhan, ia akan buka lebih awal .. seawal jam 6:00 pagi dan tutup agak lewat melebihi jam 2 petang - bergantung dengan kehadiran pelanggan di dalam tempoh tersebut (bulan Ramadhan).

Hanya Dibuka Pada Hari Sabtu

Untuk info, Pasar Kemboja ini hanya ada pada hari Sabtu sahaja. Jika anda mahu shopping tudung dan telekung dari sebilangan besar peniaga ini, boleh juga pergi ke Buntar Factory Outlet (BFO) yang merupakan gedung Pasar Kemboja di Parit Buntar.

[Tawaran →] Cara Nak Mulakan Bisnes Jual Baju Kurung Dari Rumah


Pasar Kemboja ini memang cukup popular. Malah, ada pelancong dari Korea dan China pernah ke sini untuk melihat betapa meriahnya perniagaan fabrik dan tekstil di sini. Saya sendiri pernah membawa sekeluarga dari Singapura bershopping sakan di Pasar Kemboja ini.
Lokasi Lubuk Tudung, Telekung dan Pakaian Wanita Dengan Harga Murah
Oh ya, walaupun namanya Pasar Kemboja .. peniaga di sini terdiri daripada pelbagai kaum, namun majoritinya adalah dari peniaga Melayu termasuklah Melayu Kemboja, Melayu Siam dan beberapa peniaga dari Pakistan.
Fakta Hangat - Pasar Kemboja hanya ada pada hari Sabtu, dibuka mulai jam 7:00 pagi hingga tengahari. Ia terletak di sepanjang jalan utama Jalan Sempadan. Jika anda guna Waze, cari Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat.
Anda takkan jumpa peniaga Cina dan India berniaga di Pasar Kemboja.

Jika anda mahu ke sini dan ada masalah nak mencari lokasi Pasar Kemboja .. bolehlah hubungi saya menerusi email blogger.hasrulhassan[@]gmail.com

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Saya dah bawa rombongan dari Kuala Selangor, Kuala Lumpur, Kedah mai sini .. :)

      Delete
  2. paling suka dengan pasar kemboja...harga boleh tahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang murah .. ada jenama terkenal yang kalau di butik jual ratus2 ringgit tapi sini jual belas2 ringgit je .. tu pasal org suka borong dan jual online .. :)

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement