Isteri saya baru sahaja lahirkan anak keempat. Jadi, disebabkan memang saya ada dirumah sepanjang masa, maka sedikit sebanyak tugas menjaga isteri dalam pantang adalah tugasan utama saya sekarang.
Menu Khas Untuk Isteri Pantang Bersalin
Dalam bab menjaga isteri dalam pantang, paling penting ialah soal pemakanan. Isteri baru lepas bersalin, memang banyak pantang larang dalam makan minum. Ini adalah kerana ia adalah langkah terbaik untuk kembalikan keadaan isteri kepada tahap kesihatan yang normal, seperti sebelum mengandung.Isteri atau seorang wanita sebaik sahaja mengandung, fisiologi akan berubah. Ia adalah perkara normal. Ada banyak perkara yang akan jadi beza, contohnya selera makan akan berubah, penampilan fizikal berubah dan emosi juga berubah.
Bila sebut pasal makan, ketika mengandung .. hampir semua makanan boleh dijamah oleh si isteri kecuali makanan yang 'tajam'; khuatir boleh jejaskan kandungan sehingga keguguran.
Bantu Isteri Untuk Pulih Dengan Sempurna
Namun, apabila isteri sudah melahirkan anak dan dalam proses berpatang bersalin ... soal makanan akan menjadi agak rigid dan limit. Memang banyak pantang larang dalam pengambilan makanan, terutama sekali jika seorang isteri itu bersalin secara pembedahan sepertimana isteri saya.Haha .. memang masalahlah bagi saya yang setakat boleh memasak tapi tak cukup pandai untuk membuat menu ... serius ni. Apabila isteri saya habis bersalin, dan melahirkan anak cara caesarean, saya agak panik sebenarnya. Saya buntu ... makanan apa yang sesuai ni ... apatah lagi apabila diberitahu oleh doktor yang isteri saya tak dibenarkan makan ikan haruan semasa berpantang, terutama sekali di awal tempoh.
Hmm .. jika selalu tu, saya pasti akan jadikan menu ikan haruan sebagai antara menu utama. Jadi, kali ini saya perlu cari menu orang bersalin yang lain pula. Saya kena sediakan makanan yang sesuai dengan keadaan isteri saya yang bersalin secara caesarean.
Menu Untuk Wanita Pantang Bersalin
Nak tahu apa menu yang telah saya sediakan untuk isteri saya?- Ikan masak asam - Ikan yang saya gunakan ialah ikan Merah (bukan Kerisi), Gelama, Plotan, Siakap, Kerapu, Jenanak, Tenggiri
- Kari ikan tanpa bendi, tapi lebihkan tomato dan daun kari - Ikan Jenahak, ikan Nyok-Nyok, ikan Bawal Putih
- Sup ikan Merah dengan ubi kentang
- Ayam, burung puyuh - Samada digoreng (tak berapa bagus), dipanggang atau dibakar
- Ikan masak sambal asalkan jangan diletakkan belacan.
- Ikan bilis - digoreng kurang minyak dan ditambah dengan lada hitam. Jangan sesekali tambah kacang tanah pulak.
- Sayur sawi hijau, lobak putih, ubi kentang dan juga kucai.
- Ulaman seperti Cabang Tiga, Pegaga, Kesum, Kari, Cekur, daun Mengkudu, Kaduk, Sekentut
- Ikan goreng tapi ditambah lada hitam. Semua ikan yang saya sebut di atas boleh digoreng.
- Buah pula saya akan berikan buah oren (bukan limau ye) dan buah kurma.
- Madu juga bagus untuk sarapan pagi.
- Roti gandum (wheat)
Jadi, inilah antara pilihan menu orang pantang bersalin untuk isteri saya. Suami orang lain mungkin ada masak menu yang lebih best. Dan seperti saya pernah kata dalam post berkaitan, adat berpantang ibu bersalin ini berbeza dengan tempat.
[Dah Baca?] Nasi Lemuni Untuk Isteri Pantang Bersalin CaesareanSecara amnya, makanan yang penting ketika isteri berpantang bersalin adalah makanan yang dapat membantu untuk kembalikan tenaga, memulihkan luka, membuang angin dan paling penting seimbang dari segi nutrisi.
Semoga perkongsian daripada saya ini sedikit sebanyak boleh bantu si suami sediakan makanan dan menu terbaik dan sedap untuk isteri yang pantang bersalin.
berpantang adalah waktu yang sangat seronok bila dikenang kembali...lepas ni jaga anak menantu la pulak kot sy ni..selamat berpantang buat wife Tuan Hasrul naa
BalasPadamAlhamdulillah...
BalasPadamBertuah si isteri tercinta...
Moga suami nieyl pun mampu begini...
teruskan usaha memasak ya HH
memang beruntung dapat suami yang pandai masak..
BalasPadamsekarang dah ramai lelaki boleh masak dengan baik..
para wanita tak perlu risau macam zaman dahulu..
Hmmm .. tapi susah anak gadis nak cari lelaki yang pandai masak ni sbb kebanyakannya dah jadi suami orang .. hahahaha
Padammenu berpantang kdg2 sedap, lebih healthy dari makan tak pantang..
BalasPadamBetul tu Zie ..
Padam3 kali pengalaman berpantang, berpantang anak ketiga paling paling paling nikmat walaupun berpantang sendiri. Alhamdulillah :)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.