Alhamdulillah, akhirnya saya dan isteri telah sepakat untuk menamakan bayi lelaki kami dengan satu nama yang pada firasat saya cukup baik. Saya juga telah selesai daftarkan nama anak kami secara sah di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh 14 hari yang ditetapkan.

Buat rakan blogger yang menjadi peserta kontest 'Siapa Nama Baby Hasrul Hassan' tentu teruja nak tahu nama bayi baru saya. Dalam kontest tersebut, saya tawarkan hadiah wang tunai RM300 untuk seorang peneka tepat nama anak lelaki baru saya ini.

Nama Anak Lelaki, Baby Baru Hasrul Hassan Ialah ......

Siapa nama bayi lelaki baru Hasrul Hassan
Nama anak lelaki baru saya ini dinamakan berdasarkan perkataan Arab bermaksud Bintang atau Bintangku. Saya ada berikan hint nama baby baru saya ni di Facebook dan juga di Google Plus ...

Pangkal nama anak saya kekal dengan perkataan Arab bermaksud Rapi atau Kemas. Buat pengetahuan, semua nama pangkal anak lelaki saya bermula dengan perkataan ini iaitu Hasif.

Maka, sukacitanya saya ingin memasyhurkan nama anak lelaki baru saya ....ialah
Hasif Najmi .. nama bayi lelaki baru Hasrul Hassan
Hasif Najmi yang asal dari perkataan bahasa Arab bermaksud Kemas (Hasif) Bintangku (Najmi) .... atau jika dibuat ayat menjadi Bintangku yang Kemas (mungkin).

Maka kini, saya sudah ada 3 orang putera dan seorang puteri (2017) .....
  1. Hasif Amri (13)
  2. Hasif Aqwa Zikri (10)
  3. Haseena Humaira (7)
  4. Hasif Najmi
Tiga anak saya dilahirkan di hospital kerajaan di Perak, manakala anak sulong saya dilahirkan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Semua lahir cara normal kecuali Hasif Najmi yang lahir secara pembedahan.

Alhamdulillah.

Ok. Sekarang dah tahu nama anak lelaki saya ....

Sebenarnya saya dan isteri, serta anak-anak lain ambil masa juga nak namakan bayi baru ini. Mana tidaknya, Zikri dan Maira sudah ada pilihan sendiri .. isteri saya juga begitu. Masing-masing mencongak agar nama yang mereka pilih akan saya sahkan dalam sijil kelahiran baby baru.

Dan apabila baby lahir sahaja ... saya terus uji nama-nama yang dicadangkan anak-anak. Antaranya, Hasif Nazahan, Hasif Shafiq, Hasif Azizul ... dan nama Hasif Najmi adalah cadangan oleh isteri dan Maira.

Bagaimana saya uji? Saya panggil dan seru setiap nama cadangan pada bayi lelaki saya tu. Hasilnya, apabila disebut nama Hasif Najmi, dia beri tindak-balas dan tersenyum.

Sah. Itu namanya.

Semoga baby baru bernama Hasif Najmi ini akan menjadi anak yang soleh dan baik, menjadi bintang yang bersinar dalam keluarga, in Sha Allah.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ok..ai dah kalah..hehehe...moga Hasif Najmi membesar menjadi anak yang soleh ye..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement