Jika ini merupakan pengalaman pertama kali mendapat anak, atau pertama kali isteri anda mahu bersalin, pastikan anda sebagai suami mahupun isteri memilih hospital untuk lahirkan anak anda. Kerana apa? Kerana risikonya tidak diketahui ... samada untuk keselamatan ibu mahupun anak.

Dalam hal ini, saya syorkan anda untuk memilih hospital bersalin yang mempunyai pakar sakit puan atau pakar perbidanan. Penting untuk kelahiran pertama kali atau kelahiran yang ada masalah.

Pertama Kali Dapat Anak? Pilihlah Hospital Bersalin Yang Ada Pakar

Pilihlah Hospital Bersalin Yang Ada Pakar
Saya sendiri ketika awal kelahiran anak pertama memilih hospital yang mempunyai pakar dalam bidang sakit puan, dan perbidanan. Walaupun jaraknya agak jauh, tetapi saya tidak mahu ambil risiko seandainya nanti berlaku situasi di mana hospital yang terhampir tidak dapat memberikan rawatan kecemasan sepatutnya.

Anak sulong saya, Amri dilahirkan di Hospital Pulau Pinang, hospital kerajaan. Saya mengambil masa selama 40 minit untuk sampai dari rumah saya dengan menggunakan lebuhraya PLUS. Walaupun Hospital Parit Buntar cuma lima minit sahaja dari rumah !!

Bayi Meninggal Dalam Kandungan ...

Saya sudah banyak mendengar cerita bayi dalam kandungan meninggal dunia - tidak sempat dilahirkan. Ada disebabkan kes bayi lemas, bayi berada dalam tekanan, jantung bayi tidak kuat dan bermacam-macam lagi.
[Dah Baca?] Cuti Bergaji 4 Bulan Untuk Suami Jaga Isteri
Jika anda mengambil langkah untuk melahirkan anak pertama di hospital biasa yang kemungkinan besar tidak mempunyai pakar sakit puan, ia akan merumitkan nanti andai sesuatu di luar jangkaan berlaku.

Contohnya, jika bayi itu berada di dalam kandungan dengan uri terbelit di badan .. ia mungkin membahayakan. Ketiadaan doktor pakar untuk mengeluarkan bayi secara pembedahan c-section mungkin akan menyebabkan proses melahirkan dan mengeluarkan bayi dalam kandungan mengambil masa.

Selalunya kes kecemasan dan di luar jangka ini akan dirujuk ke hospital besar atau hospital yang mempunyai pakar untuk melakukan pembedahan. Maka, proses pemindahan ibu dari hospital A ke hospital B akan meningkatkan lagi risiko yang tidak baik.

Bagaimana Nak Tahu Hospital Mana Ada Pakar?

Bagaimana nak tahu hospital terdekat dengan tempat anda yang ada pakar ini?

Itulah gunanya untuk anda bertanya dan mendapatkan maklumat. Anda boleh tanya pada Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) tempat si ibu mendapatkan pemeriksaan kandungan. Atau bertanya pada hospital yang berada di tempat anda (jika ada).

Percaya atau tidak, kebanyakkan daripada staff atau jururawat yang handle wad-wad bersalin akan mengesyorkan perkara yang sama jika didapati anda baru pertama kali menimang cahaya mata. Apatah lagi seandainya ketika pemeriksaan rutin si ibu di KKIA mendapati bahawa kandungan si ibu ada masalah tertentu.


Lakukan perkara berikut untuk kelancaran anda menerima cahayamata pertama:
  • Survey hospital yang ada pakar sakit puan dan perbidanan.
  • Survey jalan paling cepat ke hospital. 
  • Survey tempat untuk bermalam jika perlu.
  • Sediakan beg kecemasan untuk si ibu dan bayi.
  • Pastikan keadaan kenderaan dalam kondisi terbaik.
  • Pastikan telefon bimbit dicaj.

Apa yang saya kongsikan ini sekadar panduan dan nasihat atas pengalaman. Pun begitu, saya sangat syorkan anda untuk mendapatkan pandangan daripada doktor perbidanan bertauliah untuk kepastian, terutama sekali seandainya didapati bahawa bayi dalam kandungan atau keadaan rahim si ibu ada masalah tertentu.

Mungkin ada di kalangan kita lahirkan anak pertama tanpa sebarang masalah, dan tak perlu pun nak rujuk pada hospital pakar. Tapi itulah, baik beringat sebelum berlaku benda tak elok. Jika kelahiran pertama dan seterusnya ok sahaja .. lahirkan anak di hospital biasa pun in Sha Allah memadai.

Jangan abaikan, sebagai seorang suami .. sila prihatin keadaan isteri anda dan ketahui status kandungan.

8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Pengalaman pertaman menimang anak pasti mendebarkan kan? Haha tapi saya belum lagi berkahwin dah fikir pasal anak..

    Takpa lah kan.. sebagai parent yang baik kena fikir masa depan anak kan.. hoho

    ReplyDelete
  2. Info yang sangat berguna... Ketiga-tiga anak saya semuanya bersalin yang memang kat hospital kerajaan yang jauh gn rumah... Saya memang ada risiko asma... Memang kena bersalin kat hospital yang ada pakar...

    ReplyDelete
  3. kena bagi suami baca ni... hihihihihi

    ReplyDelete
  4. insyaallah mana pun terbaik..kita serahkan semua pada_Nya

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum HH...betul juga tu...kena juga ambil tahu mana tahu ada masalah dikemudian hari...


    ReplyDelete
  6. Saya percaya hospital kerajaan yg terbaik setakat ni. Kalau berkemampuan boleh lah ke hospital swasta, kalau tak mcm sy ke hospital kerajaan je lah jawabnya. 😊

    ReplyDelete
  7. Memang suami perlu prihatin dengan kandungan isteri supaya tiada konplikasi

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement