Risiko Caesarean yang ramai tak tahu. Saya nak kongsikan sedikit info dan fakta berkaitan cara bersalin menggunakan kaedah pembedahan c-section atau caesarean ni. Saya dapati ramai lagi ibu-ibu yang mengandung yang tidak mengetahui secara mendalam mengenai risiko-risiko yang perlu dihadapi apabila terpaksa atau memilih cara ini untuk melahirkan anak.

Ayah atau suami juga perlu tahu mengenai risiko ini selain perkara-perkara yang terjadi jika lahirkan anak secara pembedahan caesarean. Penting untuk tahu supaya dapat bersedia apa yang patut.

20 Risiko Perlu Dihadapi Ibu Bersalin Secara Pembedahan C-Section

Risiko Ibu Bersalin Guna Bedah Caesarean
Setiap kelahiran baik secara normal ataupun kaedah normal mempunyai risikonya sendiri. Proses kelahiran bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah kerana ia melibatkan nyawa. Ada dua nyawa yang menjadi 'taruhan', iaitu nyawa si ibu dan nyawa anak yang bakal dilahirkan.

Mari sama-sama lihat dan ketahui risiko-risiko ini untuk ibu bersalin cara kaedah pembedahan c-section ini.
  1. Risiko lumpuh jika kaedah pembiusan semasa proses memulakan pembedahan tidak dilakukan dengan betul.
  2. Risiko masalah pendarahan yang dua kali lebih banyak dari bersalin secara normal. Ini adalah sebab kenapa sampel darah diambil sebelum masuk ke dewan pembedahan.
  3. Risiko terkena jangkitan kuman semasa pembedahan. Ini adalah sebab kenapa si ibu diberikan suntikan antibiotik sebelum proses pembedahan. Terdapat 3 risiko jangkitan:
  4. Jangkitan pada bahagian luka selepas pembedahan.
  5. Risiko bekas pembedahan terkoyak atau terbuka jika tidak dijahit atau digam, atau ditutup dengan sempurna.
  6. Jangkitan kuman pada lapisan uterus si ibu. Ia boleh menyebabkan kehilangan rahim.
  7. Jangkitan kuman pada saluran kencing.
  8. Risiko darah beku, si ibu boleh kehilangan nyawa disebabkan risiko ini. Ia  boleh berlaku samada semasa proses kelahiran mahupun selepas pembedahan.
  9. Risiko kecederaan pada organ lain.
  10. Risiko lekatan organ dalaman yang berdekatan dengan bahagian pembedahan.
  11. Risiko kerosakan saraf yang berlaku akibat kesan pembiusan. Ia tidak serius namun ia akan ambil tempoh agak lama untuk pulih selepas pembedahan.
  12. Sakit kepala yang berterusan selama beberapa minggu.
  13. Sakit badan berterusan selama beberapa minggu.
  14. Rasa kesakitan yang amat sangat pada bahagian pembedahan, ia mungkin berlarutan dalam tempoh yang lama. Ada ibu yang mengalaminya untuk tempoh dua minggu terawal selepas pembedahan, ada yang memakan masa sehingga berbulan-bulan.
  15. Risiko tempoh lama untuk luka bersalin sembuh sepenuhnya. Ini adalah kerana ia melibatkan luka dalaman dan luaran. Luka luaran biasanya ambil masa lebih pendek untuk pulih, tetapi luka bahagian dalaman bergantung dengan cara penjagaan kesihatan terutama pemakanan.
  16. Sekali si ibu sudah gunakan kaedah pembedahan untuk kelahiran, kemungkinan besar untuk kelahiran seterusnya juga perlu dilakukan kaedah yang sama.
  17. Masalah untuk menyusu badan pada tempoh terawal bayi dikeluarkan dari kandungan. Risiko ini berlaku kerana tubuh badan berada di dalam keadaan 'belum bersedia' untuk terima bayi menyusu berbanding dengan cara kelahiran normal.
  18. Risiko usus tidak dapat berfungsi dengan normal selepas pembedahan. Itu sebab doktor dan jururawat meminta anda untuk kentut atau memeriksa samada anda sudah boleh membuang air kecil seperti biasa.

Risiko Bersalin C-Section Pada Bayi

Risiko Pada Anak Jika Ibu Bersalin Bedah Caesarean
Risiko-risiko di atas adalah kemungkinan yang mungkin berlaku kepada si ibu, di bawah pula adalah risiko pada bayi.
  1. Bayi mungkin menghadapi masalah pernafasan kerana kelahiran 'dipaksa'.
  2. Kecederaan pada bayi boleh berlaku semasa proses mengeluarkan bayi dari kandungan.
  3. Bayi pramatang.

Kenapa Ia Jadi Pilihan Sesetengah Ibu Hamil?

Walaupun kaedah ini berisiko, ia telah menjadi satu trend untuk pilihan kelahiran bayi. Menurut beberapa sumber, semakin ramai ibu mengandung yang memilih proses bersalin dengan kaedah ini terutama di hospital bersalin swasta.

Ramai ibu yang membuat pilihan untuk bersalin kaedah pembedahan caesarean atas sebab-sebab berikut:
  1. Kebimbangan si ibu yang takut untuk hadapi kesakitan bersalin normal.
  2. Kebimbangan si ibu berlakunya masalah pelvik yang rumit di kemudian hari seperti prolapse.
  3. Mahu tarikh kelahiran bayi jatuh pada hari dan tarikh tertentu.
Ok. Sekarang anda sudah tahu serba sedikit mengenai risiko melahirkan anak menggunakan kaedah caesarean ini.

Namun, masalah atau risiko yang paling kerap berlaku pada si ibu yang lahirkan anak gunakan kaedah pembedahan c-section ini ialah luka pada pembedahan yang ambil tempoh lama untuk sembuh selain rasa kesakitan pada bahagian luka dalam.

Ia tidak serius dan in Sha Allah akan pulih seperti sediakala jika perhatian diberikan sepenuhnya terhadap luka pembedahan.

Pastikan anda mendapat nasihat daripada doktor pakar seandainya anda memilih untuk melakukan prosedur kelahiran ini.

Rujukan tambahan: Dr Zubaidi, Baby Center.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Terima kasih kerana masih sudi untuk singgah ke blog saya .. :)

      Delete
  2. o.. banyak yang teman tak tahu ni.. thank you atas entri ini... sangat2 memberi manfaat dan ilmu buat Teman

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement