Spritzer Food Truck Fest 2017 di Spritzer Ecopark, Taiping. Bulan Mac lepas, saya dan keluarga telah berkesempatan untuk singgah di Spritzer Ecopark. Ada event menarik yang isteri saya dapat maklum menerusi FB Spritzer. Event ini pula adalah merupakan event pertama kali diadakan di Taiping iaitu Food Truck Festival.

Ia telah diadakan pada 23 Mac sehingga 26 Mac 2017, bermula jam 5 petang sehingga tengah malam.

Spritzer Food Truck Fest 2017

Spritzer Food Truck Fest 2017
Awalnya saya tak berasa nak pergi ke event ini. Tapi disebabkan isteri saya nampak beria-ria nak ke Food Truck Fest ini, maka saya ikutkan sahaja. Lagipun, ketika itu isteri saya memang dok sarat mengandung. Jadinya, sangat penting untuk saya turuti permintaannya.

Kalau ikutkan saya dah rancang nak balik dah, selepas isteri saya buat check-up di Hospital Columbia Asia... huhu. Awal pagi tu, isteri saya syak ada leak dan ada tanda air ketuban keluar .. jadi, saya telah hantar isteri saya ke Hospital Taiping. Tapi atas nasihat salah seorang ibu di situ, saya bawa isteri saya dapatkan nasihat pakar dari hospital swasta.

Jika nak dapatkan pemeriksaan dan nasihat pakar di Hospital Taiping, si ibu perlu dimasukkan ke wad terlebih dahulu. Uhh .. memang isteri saya tak naklah .. sebab tak suka ditahan lama-lama dalam wad, seperti kes anak perempuan saya ketika hendak dilahirkan lebih 7 tahun dahulu.

Dah check, pakar sakit puan di Hospital Columbia Asia kata .. it's ok.

Jadinya, disebabkan saya pun dah tempah penginapan di sebuah hotel ... maka, aktiviti hari tu menjadi aktiviti percutian keluarga.

Dan itulah, kebetulan isteri saya dah dapat tahu mengenai adanya event Spritzer Food Truck Fest 2017 di Spritzer Ecopark, maka ... ke sanalah kami sekeluarga.

Lokasi Spritzer Ecopark

Spritzer Food Truck Fest 2017

Uhh .. agak sukar juga nak mencari lokasi Spritzer Ecopark ini. Alhamdulillah, nasib baiklah ada banyak papan tanda yang menunjukkan arah ke lokasi Spritzer Ecopark ini. Rupanya ia terletak di belakang sebuah taman perumahan. Dan agak jauh masuk ke dalam. Perjalanan pula dari taman perumahan agak menyamankan kerana kiri kanan jalan adalah kawasan hutan dara.

Kalau anda ke Taiping, keluar exit tol Changkat Jering. Kemudian, simpang pertama belok ke kiri menuju pasar Changkat Jering. Pada persimpangan simpang empat lampu isyarat depan pasar, anda ambil terus iaitu ke Jalan Ayer Kuning.

Dari persimpangan, dalam lebih kurang 15km anda akan nampak papan tanda jalan masuk ke Spritzer Ecopark ini. Agak besar papan tanda, in Sha Allah .. anda boleh nampak dengan jelas. Anda perlu belok ke kanan. Dari situ, ikut sahaja jalan masuk ke taman, dan anda akan perlu membelok ke kanan sebelum menuju terus ke Ecopark.

Kecewalah ...

Saya sekeluarga sampai ke Food Truck Fest memang awal. Ketika itu, tak berapa banyak food truck yang beroperasi. Dan agak mengecewakan juga, kebanyakkan menu yang ada adalah tidak mesra pengunjung muslim. Bukan saya nak kata ia tidak halal, tetapi biasalah ... stigma masyarakat ni ..

Lagipun, tiada jaminan daripada penganjur mahupun pemilik food truck di situ yang menunjukkan bahawa menu yang dijual adalah halal.
Spritzer Food Truck Fest 2017
Spritzer Food Truck Fest 2017
Bilangan food truck yang ada, ketika kami sampai di event .. tak sampai pun 10 buah. Jadinya, kami tiada pilihan untuk membeli. Ada menu yang berkenan, tetapi food truck masih belum setup sepenuhnya. Nak tunggu? Uhh ketika itu, si ibu mengandung dah kelaparan.

Jadinya, kami ambil keputusan untuk beredar sahaja.

Sebab lapar ... kami pun terjumpalah dengan kedai makan Mee Jakarta !!

Pun begitu, sempat jugalah usyar beberapa benda menarik di Spritzer Ecopark ini. Ada taman herba, ada padang golf mini untuk kanak-kanak, ada kawasan untuk trecking dan kawasan jualan cenderahati. Malah, ada ruangan penerangan mengenai asal usul air minuman Spritzer selain tunjukkan cara pengeluarannya yang disahkan halal oleh Jakim.

Jika anda nak mencari tempat riadah dengan kenyamanan alam semulajadi, bolehlah singgah dan pergi ke Spritzer Ecopark ini.


2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. first time dgr Spritzer Ecopark ni tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha .. saya lak kebetulan terketahui pasal Ecopark ni kat Taiping

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement