Sebenarnya, rahsia tempat beli baju bayi murah ni diberitahu oleh mak bidan yang membidan isteri saya. Katanya, tempat tersebut dah lama ada cuma tak ramai yang tahu, terutama penduduk setempat di Parit Buntar.
Shopping Baju Baby Berjenama Serendah RM2 Sepasang di Parit Buntar
Di suatu hari, isteri saya pun mengajak saya untuk mencari tempat yang dimaksudkan. Al maklumlah, bayi kecil memang cepat membesar. Baju bayi yang kami dah beli sebelum ini semuanya dah tak berapa nak muat lagi. Nak tak nak, perlu mencari pakaian baru untuk baby Hasif Najmi.Hmm mungkin ada di antara anda tertanya-tanya, mana baju bayi sebelum ini? Kenapa tak recycle je atau guna kembali baju bayi lama kepunyaan abang-abang dan kakak Hasif Najmi?
Sebenarnya, baju-baju tu sudah disedekahkan kepada ipar duai. Kalau dihimpunkan baju bayi dari ketiga-tiga anak saya memang banyak dan berbakul-bakul, tetapi sebab dah diberikan pada adik-adik ipar dan kawan-kawan .. jadi memang tak adalah baju bayi dalam simpanan.
Maka, disebabkan baju bayi tak berapa nak cukup, maka perlu dan wajarlah isteri ajak saya pergi mencari dan beli pakaian baru untuk baby Hasif Najmi.
Ok .. berbalik pada kisah nak mencari tempat jual pakaian bayi murah tu.
Lokasi Kedai Jual Pakaian Bayi Murah di Parit Buntar
Jika anda berada atau tinggal di Parit Buntar .. tak susah sebenarnya nak mencari lokasi tempat mendapatkan baju dan pakaian bayi harga murah ni.Ia merupakan sebuah kedai yang dijadikan sebagai tempat atau gudang pakaian bayi berjenama sebelum diedarkan ke pasaraya mahupun kedai-kedai di sekitar Perak. Pakaian-pakaian bayi dihantar ke tempat ini untuk diperiksa dan diisihkan mengikut jenama pakaian bayi tertentu, antaranya Tollyjoy dan juga Pureen.
Kedai atau gudang ini terletak di belakang cawangan bank CIMB Parit Buntar. Tiada nama kedai. Saya dan isteri cuma perasan ada longgokan baju bayi yang diletakkan di dalam kotak di hadapan kedai. Tiada tanda tertulis jualan baju bayi atau apa-apa ...
Jadi, ia bukan dibuka secara terbuka ... yang boleh anda main serbu sesuka hati .. haha.
Hanya Pakaian Terpilih .. Tapi Bukan Reject
Hanya ada satu pintu gudang yang dibenarkan anda untuk masuk dan beli pakaian bayi terpilih. Bukan semua baju bayi berjenama boleh dijual kepada pelanggan yang datang ke gudang ini. Maka, pilihan tak berapa banyak. Mana yang ada diletakkan untuk jualan, maka hanya itulah yang boleh dibeli.[Dah Baca?] Panduan Bisnes Shopee Sediakan 100,000 Produk Dropship PERCUMA untuk Dijual
Semasa kami datang, dapatlah kami borong beberapa baju bayi berjenama Tollyjoy dan Pureen. Baju memang baru, tak ada cacat cela apa pun. Saya difahamkan baju yang tersedia untuk dibeli itu adalah lebihan stok.
Harga Pakaian Bayi Separuh Dari Harga Jualan di Pasaraya
Harga pakaian adalah separuh harga daripada apa dijual di pasaraya mahupun kedai pakaian bayi. Ia bermula dari RM1 hingga RM5. Harga paling tinggi pun RM7 sepasang. Malah, ada set pakaian bayi yang turut dijual dengan harga di bawah RM10! Kalau di pasaraya, harganya paling busuk pun dalam RM30-RM40 satu set! Uhh jauh beza tu ...Memang untung saya dan isteri menjumpai kedai atau gudang pakaian bayi berjenama ni, boleh dapat jimat banyak untuk pakaian bayi yang hanya dipakai sekejap. Yelah, seperti awal saya cakap .. bayi kecil cepat membesar .. minggu ni pakai lampin PetPet saiz newborn, sebulan lepas tu dah kena tukar saiz S... samalah macam baju dan pakaian baby.
[Baca] Shopping Online Dengan Diskaun Sehingga 90 Peratus!
Nak berjimat, samada cari kedai pakaian bayi yang jual dengan harga mampu atau pakat dengan kawan yang ada lagi simpan baju baby, beli atau pinjam je dari mereka. Ini yang saya dan isteri lakukan .. :)
Salam en blh bg alamat x..
ReplyDeleteTempat ni bukan tempat jualan tau. Ia sebuah kilang pembungkusan. Jadi, saya nak bagi alamat pun, ia bukan kedai yang ada jual sentiasa, kadang pintu dia tutup je, buka sikit untuk pekerja keluar masuk.
DeleteKalau nak datang dari jauh semata nak borong, mungkin nanti akan kecewa.
Berbaloi beli banyak bagi baju jenama ni. Lambat luntur,dan selesa jenis kainnya.untunglah yang sempat borong pakaian bayi berjenama ni.
ReplyDeleteAda bbrp jenama lain yang lagi gah kak Maahh
Deletebang boleh mintak no contact kilang tk bang
ReplyDeleteBoleh Encik Hasrul borongkan untuk saya?
ReplyDeleteAda number contact tak
ReplyDeleteOhh tak ada puan, kami pun sbnarnya seskali je pergi. Singgah jika ke kawasan tu.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.