Bahan-bahan utama pula tak susah, iaitu ikan goreng dan pastinya sos taucu. Sos taucu ni anda boleh beli je di kedai dan pasaraya. Saya suka beli yang jenis botol tu, senang dan mudah nak simpan.
Masak Gulai Taucu Sempoi Untuk Sahur
Kalau anda ada ikan dalam peti ais bolehlah cuba masak menu Gulai Taucu Ikan ni. Ia masakan yang ada rasa masam, manis dan pedas. Masin dari sos Taucu tu sendiri, manakala masam adalah dari air asam jawa/asam keping atau buah tomato; pedas pula dari cili api atau cabai muda yang anda masukkan ke dalam gulai.Menu ni gunakan bahan-bahan yang tak rumit, in Sha Allah yang memang telah sedia ada di dapur anda. Meh tengok samada bahan-bahan untuk masak Gulai Taucu Ikan ni ada di ruang dapur anda ehh ..
Bahan-Bahan
- Ikan goreng samada ikan sardin, ikan gelama, ikan selar, ikan kembung.
- Bawang besar, bawang putih dan halia.
- Cabai muda atau cili api
- Sos Taucu
- Gula
- Asam jawa atau asam keping
- Air
Cara Penyediaan
- Sediakan periuk dan masukan air setengah periuk
- Masukan sos Taucu
- Apabila menggelegak, masukkan 2 labu bawang besar yang dipotong empat.
- Masukkan 2-4 hirisan kasar bawang putih
- Masukkan cabai muda dan cili api, nak pedas letak banyak sikit
- Masukkan air asam jawa dalam satu cawan atau letakkan sekeping asam keping
- Masukkan 2 sudu besar gula atau secukup rasa
- Biarkan ia menggelegak
Sudah siap. Sebelum anda tutup api, cuba rasa masakan anda. Jika tak cukup masam, saya syorkan masukkan buah Tomato jika ada, kalau tak tambahkan air asam jawa pekat atau sekeping lagi asam keping.
Rasanya Macamana?
Mesti ada rasa masin sos Taucu, manis gula dan pedas cili. Bila rasa ni sebati dan kena dengan tekak anda, barulah dihidangkan untuk dimakan bersama-sama keluarga. Hidangan untuk sahur dan berbuka puasa memang sangat sesuai sebab ia mudah dan cepat nak disediakan.Saya selalu gunakan ikan goreng yang tak habis untuk dijadikan Gulai Taucu Ikan ni...hehehe.. jadi, tak adalah membazir kalau ikan goreng macam tak laku hari atau malam sebelumnya.
Rahsia Gulai Taucu Ikan Rasa Sedap
Saya suka menu masakan ni sebab tak perlu nak menumis. Dan ia antara masakan yang boleh elakkan pembaziran ... huhu. Ada orang dia buat Gulai Taucu Daging... huhu.. dan Gulai Taucu Ayam yang belum pernah saya cuba.Rahsia nak sedapkan Gulai Taucu Ikan ada dua:
- Jenis ikan goreng
- Sos Taucu
Untuk bulan Ramadan ni, mana tahu kalau-kalau anda nak cuba resepi ni bolehlah cuba. Ia menu masakan yang cukup sempoi, dan in Sha Allah sedap ...
Yang penting ada kicap taicu..
ReplyDeletehahaha .. ni mesti kaki kicap ni ..
Deleteboleh dah buuat menu berbuka
ReplyDeleteTauhu mmng sedap.
ReplyDeleteCerita pasal taucu, suami sy org mlka. X pnh mkn lauk taucu. Bila saya nk msak dia kata mcm plik je lauk tu.
Tp sy msak juga. Last2 dia mkn dok teringat ingt lauk tu. Hihi
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.