Aha .. peluang untuk anda bergaya di Hari Raya 2017 dengan fesyen Raya terkini daripada Gene Martino dan menang hadiah-hadiah menarik yang disediakan. Apa yang perlu anda buat hanyalah bergambar dengan baju raya sedondon Gene Martino bersama keluarga, dan muat-naik di laman Facebook anda.
Peraduan Berkongsi Detik-Detik Bahagia Raya Sedondon - Ambil Gambar dan Menang
Baru-baru ini saya dan keluarga telah pergi bershopping raya di butik Gene Martino yang terletak di Mydin Mall Parit Buntar. Kami shopping awal baju raya sebelum Ramadan lagi. Lagipun, tawaran harga diskaun untuk raya dah mula awal dah ... jadi, rembat awal supaya tak melepas .. haha.Setiap tahun, memang kalau boleh kami nak beraya bersama dengan baju raya warna sedondon. Kata orang, barulah nampak seperti sebuah keluarga bahagia .. hehehe .. walaupun kadangkala agak sukar nak memilih apabila saiz baju sukar nak diperoleh.
Disebabkan nak beraya baju warna sedondon, ada masa terpaksa memilih baju raya daripada kedai atau butik pakaian yang berbeza. Namun, alhamdulillah .. tahun ini, saya dan anak-anak dah dapat warna dan baju raya yang sesuai yang diperoleh daripada butik Gene Martino. Dan raya tahun ini (2017) kami telah memilih baju raya sedondon berwarna unggu (purple).
Dah terlanjur membeli pakaian raya sedondon di Gene Martino, saya pun terperasan yang Gene Martino ada buat satu peraduan untuk Hari Raya 2017. Peraduan ni nampak menarik disebabkan hadiah-hadiah yang ditawarkan sangat mengujakan.
Nak tahu?
Cara Nak Sertai Peraduan
Peraduan Berkongsi Detik-Detik Bahagia Raya Sedondon Gene Martino 2017 ini memerlukan anda untuk bergaya dan ambil gambar dengan baju raya warna sedondon bersama satu keluarga. Selepas itu, gambar tersebut perlu dimuat-naik ke laman Facebook dengan hashtag tertentu. Gambar raya yang paling banyak mendapat jumlah LIKE akan dipilih sebagai pemenang.Mudah je kan? Beli baju raya warna sama di Gene Martino, bergaya unik, ambil gambar dan muat naik. Lepas tu, minta kawan-kawan dan kenalan untuk LIKE gambar raya sedondon keluarga anda. Jika anda ramai kawan-kawan di Facebook, in Sha Allah peluang untuk menang hadiah best sangat cerah.
Gambar LIKE Terbanyak Akan Dipilih Sebagai Pemenang
Hadiah yang ditawarkan untuk gambar raya 2017 paling banyak LIKE adalah seperti di bawah:Peraduan ini bermula dari 26 Mei sehingga 9 Julai 2017. Jadi, masa untuk menjadi peserta masih panjang dan anda masih ada peluang untuk mencuba dalam pertandingan ini.
Butik Gene Martino banyak pilihan baju raya fesyen terkini. Maka, janganlah risau kalau anda seorang yang mementingkan penampilan trendy terkini untuk raya tahun ini. Kualiti pakaian dari Gene Martino juga sangat bagus. In Sha Allah, anda tidak akan rasa hampa.
Untuk info dan maklumat lebih lengkap tentang cara untuk menyertai pertandingan ini, bolehlah terus ke laman Facebook Gene Martino di pautan berikut - Syarat dan Cara Sertai Peraduan Raya 2017 Gene Martino
Jika anda berniat dan ingin menyertai peraduan Raya 2017 ini, saya ucapkan selamat berjaya. Semoga anda dapat menang hadiah utama pakej percutian 4 hari ke Bandung, Indonesia .... wuhuuu ...
Oh ya, kalau anda menang hadiah percutian best ini .. jangan lupa baca mengenai tips bercuti ke Bandung, Indonesia yang saya kongsikan di blog ini ye .. :)
Test kenapa tak ada komen .. tak best ehh?
ReplyDeleteWaaa bestnya kalau dpt hadiah tu.
DeletePakai baju raya sedondon barulah meriah..
ReplyDeleteBaru ingat nak join.. sekali kena pakai jenama dia haha. Tak dapat nak join. Tapi menarik hadiahnya!
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.