Apabila dah bergelar seorang house husband dan suka pula memasak, pastilah saya akan mencari resepi yang paling mudah, ringkas, senang tetapi sedap untuk dimasak. Antara resepi paling mudah yang agak kerap saya masak ialah resepi Kailan Ikan Masin. Ada banyak jenis ikan masin, tetapi guna hirisan ikan masin Mabong adalah paling mudah.

Jika anda cari tambahan lauk dan sayur 2-in-One, maka menu dan resepi inilah yang wajar anda buat.

Resepi Kailan Ikan Masin Mabong

Resepi Kailan Ikan Masin Mabong
Resepi ini senang dan mudah kerana anda tak perlu banyak bahan. Lagipun, ianya sedap dan sangat best dimakan dengan nasi panas. Boleh makan bersama lauk lain macam kari atau masak lemak.

Bahan-bahan

  • Sepeket ikan masin Mabong yang telah dihiris halus.
  • Sayur Kailan segar yang dipotong/hiris kasar.
  • Hirisan bawang besar, bawang kecil dan sedikit halia.
  • 2-3 biji cili api yang diketuk.
  • 2 sudu besar minyak masak.

Cara Menyediakannya

  • Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali. Gorengkan setengah peket ikan masin Mabong yang telah dibersihkan. 
  • Bila hirisan ikan masin sudah nampak kekuningan, masukkan bawang besar, kecil dan halia. Kacau.
  • Masukkan sayur Kailan dan cili api.
  • Masak sehingga sayur Kailan nampak sedikit layu.
  • Siap.

Saya dapatkan bahan-bahan mentah semuanya di pasaraya Mydin. Ada yang dah siap dikupas kulit macam bawang besar, bawang putih .... tunggu nak masak je ..haha.
Resepi Kailan Ikan Masin Mabong
Untuk ikan masin, saya gunakan hirisan ikan masin ikan Mabong, yang memang telah siap sedia dijual dalam peket. Bila nak gunakan ikan masin ni, elok direndam terlebih dahulu untuk hilangkan bau hapak yang kadangkala ada pada jenis ikan masin tertentu.

Ikan masin lain yang sedap digoreng bersama sayur kailan adalah ikan duri dipotong halus, hirisan pari dan juga hirisan isi ikan talang masin. Cubalah ye .. sempoi dan ringkas tapi menyelerakan, in Sha Allah.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya paling suka kailan ikan masin. Ini kira faveret setiap kali makan kat luar. huhu

    ReplyDelete
  2. Oh! ikan masin tu jenis ikan masin mabong ke?
    Boleh cuba nih! guna ikan masin mabong.
    Pernah buat tapi hentam saja ikan masin apa yang ada di dapur terus terrrmasin sangat Mrs. A punya kailan ikan masin huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jual dalam bentuk paket dah siap hiris dah

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement