Silap teknikal. Saya tersilap membuat resepi Cucur Udang tempoh hari. Ini semua gara-gara bekas tepung yang tak ada label...hahahaha .. main belasah je tepung digunakan. Akibatnya, resepi Cucur Udang saya yang sepatutnya lembut, menjadi sedikit keras dan garing.

Silap sendiri, tak boleh nak cam jenis tepung. Err anda boleh cam jenis tepung tak? Huhuhu.

Cucur Udang Jadi Garing Gara-Gara Tepung Beras

Cucur Udang Tepung Beras
Cucur Udang Tepung Beras Rangup
Kalau ikutkan, bekas Tupperware isi tepung ni memang ada label. Isteri saya yang buat label pada setiap penutup bekas tepung. Tapi, ntah kenapa .. kali ini saya lihat, bekas-bekas isi pelbagai jenis tepung dah tak ada label.

Tanpa Label, Main Bubuh Je ...

Jadinya, saya pun assume lah .. bekas yang memang sebelum ini diisikan tepung gandum adalah tepung gandum. Fuhh .. melayan betul dok gaul tepung untuk goreng Cucur Udang. Udang lak besar-besar saya masukkan ke dalam resepi Cucur Udang saya ni.
Cucur Udang Jadi Rangup Gunakan Tepung Beras
Hmm saya letak bawang skit, cili tumbuk sikit, pastu letak kucai yang dipotong-potong sikit, sedikit garam dan juga serbuk kunyit. Uhh pastilah udang sebab nama pun Cucur Udang. Kalau letak ikan bilis, jadinya Cucur Bilis. Kalau letak gajah .. maka namanya tu 'Cucur Dah Hilang Akal' ke apa letak gajah .. hahaha...

Tanpa rasa syak, saya pun gaul-gaullah bahan tadi secukup rasa.

Konfiden Betul Saya Ni ..

Bancuhan pertama, saya pun goreng ... errr ehh kenapa lepek semacam je ni, keras lak tu.

Aiyoo ... maka, saya pun tambah telur. Kacau-kacau lagi.

Nampak bancuhan adunan macam lembik pulak, maka saya letak lagi tepung. Ya, tambah tepung beras lagi ... sebatikan.

Goreng balik untuk bancuhan atau adunan kedua ni. Yakin betul ia akan jadi Cucur Udang yang saya harapkan, yang nampak gebu, lembut dan sedappp ...

Ehhh .. tak jadi juga. Hmm mana silapnya.

Saya teringat sesuatu. Ohh mungkin sebab saya tak letakkan baking-powder atau serbuk penaik. Mungkin tak ada benda tu menjadikan cucur saya tu sekeping je. Kalau letak serbuk penaik, kemungkinan cucur saya akan jadi bergelembung.

Cari baking-powder. Alaaaa tak adalah pulak. Aduh.

Akhirnya saya pasrah je, goreng habis semua bancuhan adunan tadi, tanpa sedikit pun rasa bahawa saya dah tersilap guna tepung. Saya sangat yakin bahawa saya gunakan tepung yang betul untuk resepi Cucur Udang saya. Saya sangat yakin tepung yang saya gunakan adalah tepung gandum!

Jadi, saya pun hidangkan. Tunggu isteri dan anak-anak pulang ke rumah.
[Dah Baca?] Sedap Sangatkah Mee Udang Parit 30 Tg Piandang Yang Viral di FB Tu?
Isteri saya pun balik.

"Kenapa cucur udang abang ni keras semacam je?" tanya isteri saya.
"Ntah ... tepung dah expired kot .. " kata saya.

"Abang guna tepung mana?" tanya isteri.
"Tepung gandumlah, yang kat atas dapur tu, dalam bekas tupperware biru tu .." konfiden dengan jawapan.

"Laaa .. tu tepung beraslah Yang ... "

Erkk .. dem. Patutlah keras. Patutlah tak gebu. Patutlah tak sesedap Cucur Udang yang selalu saya buat tu. Aduhhh ... kenapa tak terfikir ni ...

"Tepung gandum kat bekas ni .. " sambil isteri saya tunjukkan bekas tupperware yang baru beli untuk isi Tepung Gandum.
Cucur Udang Tepung Beras
Hahaha .. tulah, kan dah silap, membazir je dah. Apa nak buat, salah sendiri sebab tak ambil tahu bab-bab bekas isi apa ni. Isteri saya punyalah beli bekas tupperware mahal-mahal untuk mudahkan kerja di dapur, tapi saya yang buat acuh-tak-acuh... dan sekarang ... hambikkkk .. Cucur Udang Tepung Beras.
[Dah Baca?] Suami Pandai Masak Satu Kelebihan
Padan muka saya yang hensem ni.

Moral of the story:
  • Labelkan bekas simpanan makanan, terutama yang rupa dia sama tapi tak serupa .. huhu
  • Tahu bezakan jenis tepung.
  • Bertanyalah pada isteri, jangan memandai je main ambik .. 
  • Tepung Beras akan merangupkan masakan bergoreng.

Dapat sesuatu dari kisah saya ni tak? Kongsilah pada yang lain, tak pun berikan sedikit LIKE.

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. alahai...kesiannya...tapi still boleh makan lagi kan..SA kalau buat cucur udang suka letak ibu roti skit bagi kembang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Amanda, still boleh makan lagi. :) Tapi cari yang ada Udang je la .. rangupppp gitu .. hahaha

      Padam
  2. hehe, ok la tu, still boleh mkn, asalkn pnas2..
    timm pun rini buat cokodok, nasib baik jadi, hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm kalau time sejuk, keras nak nak jadi batu dah .. :)

      Padam
  3. bukan salah orang yang menggoreng la ni kiranya. hihi nasib baik jadi gak

    BalasPadam
  4. Bagus juga ni explore resepi baru mana tau leh jd viral kan

    BalasPadam
  5. Hehe...kesian abg HH... Takpe..lepas ni mesti tak buat dah

    BalasPadam
  6. As salam. Dah lama tak jengok sini. Tetiba makan cucur beras pula ^-^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement