Hotel Dragon Inn, Sabak Bernam. Saya fikir mesti ramai warga Sabak Bernam, Selangor tidak ketahuan akan kewujudan sebuah hotel bajet di pinggiran pekan ini. Ia sebuah hotel bajet yang baru sahaja dibuat ubahsuaian untuk dijadikan sebuah hotel.

Saya dan keluarga telah berkesempatan untuk menginap di hotel bajet ini semasa datang berhari raya dan untuk penuhi undangan satu kenduri perkahwinan di Sabak Bernam, Selangor. Tempahan dilakukan menerusi laman web Expedia.com.

Pengalaman Menginap di Hotel Bajet Dragon Inn Sabak Bernam

Pengalaman Menginap di Hotel Bajet Dragon Inn Sabak Bernam
Hotel Dragon Inn, asalnya sebuah panggung wayang lama yang ditinggalkan. Ia kemudian diambil-alih oleh pihak Majlis Daerah Sabak Bernam dan dijadikan sebuah Pusat Seminar Mini Sabak Bernam atau Sabak Bernam Mini Convention Center, bermula Jun 2010.
Pusat Seminar Mini Sabak Bernam, Selangor
Bangunan dengan ciri-ciri kolonial ini walaubagaimanapun diambil-alih oleh sebuah syarikat, lalu dijadikan sebuah hotel bajet untuk kemudahan penginapan pelancong luar yang datang ke Sabak Bernam.

Lokasi Strategik di Pekan Sabak

Lokasi hotel ini boleh dianggap agak strategik kerana berdekatan dengan deretan kedai makan, dan bertentangan dengan sebuah taman rekreasi, selain beberapa pasaraya kecil menjual barang keperluan. Kedai 24 jam juga berdekatan dengan hotel ini.

Hotel bajet ini juga dikenali kerana adanya Restoran Kontena yang terletak bersebelahan, yang juga dimiliki dan diuruskan oleh syarikat yang sama menguruskan Dragon Inn Sabak Bernam.

Keadaan Bilik Hotel Dragon Inn

Ruang bilik Hotel Dragon Inn, Sabak Bernam
Bersesuaian dengan ciri sebuah hotel bajet, saiz bilik memang kecil, cuma 16 kaki persegi untuk bilik standard. Kami telah menempah sebuah bilik Deluxe Double dengan satu katil besar. Bilik kami pula bolehlah dianggap strategik sebab mengadap medan makan dan juga taman rekreasi, dan jalan masuk hotel.

Walaupun ia sebuah hotel bajet, semua perkara asas untuk tetamu hotel memang baik, termasuklah wifi percuma dan juga saluran TV satelit. Bilik air juga disediakan mandian pancuran air panas. Bilik air memang bersih.

Hotel yang bersih namun mempunyai jumlah bilik yang terhad. Ada bilik seminar yang agak besar di hotel bajet ini - uhhh malah bilik seminarnya lebih besar daripada kebanyakan bilik seminar hotel yang pernah saya lihat. Ini mungkin disebabkan struktur hotel ini yang asalnya adalah sebuah panggung wayang.


Ada Tiga Jenis Bilik

Hotel Dragon Inn mempunyai tiga jenis bilik sahaja, iaitu Standard Quadruple Room, Deluxe Double, dan Deluxe Family. Harga penginapan pula bermula dari MYR64 (tidak termasuk cukai) menerusi laman web tempahan hotel online, Expedia.

Hari tu, saya tempah bilik hotel jenis Deluxe Double, sebab hanya jenis itu sahaja yang kekosongan ketika itu. Harga bilik selepas dikenakan cukai adalah MYR95.01 (MYR81.48 + cukai MYR13.53).

Dah cari kat Trivago, Agoda dan Traveloka .. tapi tak ada pula hotel ni. Saya tengok di Expedia pun baru je dimasukkan. Hotel ini terletak di Jalan Tebedu, Pekan Sabak ... in Sha Allah senang nak jumpa walaupun dalam Waze tak jumpa lokasi disebutkan.
Boleh lihat butiran hotel ini di sini - Expedia Dragon Inn, Sabak Bernam
Dalam Waze atau Google Map, anda perlu search 'Sabak Bernam Mini Convention Center' baru boleh jumpa. :)
Tempah hotel bajet Sabak Bernam
Pada saya, hotel ini kira okaylah untuk penginapan melepaskan lelah dan letih. Oh ya, tahap keselamatan di hotel ini agak ketat sedikit dari segi nak keluar masuk hotel. Anda tak boleh sesuka hati nak keluar masuk selepas jam 12 tengah-malam sebab pintu hotel akan dikunci dari dalam oleh pengawal yang bertugas.

Jika anda nak keluar selepas jam 12 tgh malam, anda perlu maklumkan terlebih dahulu.

Memandangkan saiz bilik yang agak kecil, yang tak mampu nak tampung kami lima beranak, maka terpaksalah bentang Toto .... sib baik ada ruang lagi. Alhamdulillah, masih ada ruang lagi untuk tunaikan sholat di dalam bilik hotel bajet ini walaupun satu bahagian bilik tu kami bentangkan Toto untuk tidur.
Pengalaman Menginap di Hotel Bajet Dragon Inn Sabak Bernam
Agak mengagumkan juga, sebuah panggung wayang lama dijadikan dan bertukar menjadi sebuah hotel bajet yang kelihatan moden, walaupun banyak perkara boleh diperbaiki. Pun begitu, dah nama pun hotel bajet ... jadi, agak-agaklah kemudahan yang ada ye .. huhu..

Parking percuma dan mudah ... itu penting, selain tempat makan yang berdekatan tak susah nak cari.

Semoga info dan sedikit perkongsian ini bermanfaat.

Kredit Gambar: BASE

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement