Penipuan Pelaburan. Sebelum ini saya ada kongsikan mengenai penipuan internet menerusi email. Kali ini saya nak kongsikan pula berkaitan penipuan dalam pelaburan. Ada banyak jenis penipuan dalam pelaburan ini, tetapi yang utama ada tiga iaitu pelaburan cepat kaya, pelaburan saham emas dan pelaburan internet.

Jujurnya, saya pernah terlibat dengan semua skim pelaburan yang disebut. Ya, pernah ditipu kerana dambakan kelebihan di dunia. Akhirnya, saya hilang banyak perkara yang sebelum ini saya inginkan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

3 Jenis Penipuan Pelaburan Patut Diketahui & Dielakkan

Ketahui 3 Jenis Penipuan Pelaburan di Malaysia
Jenis Penipuan Pelaburan Patut Diketahui di Malaysia
Bila sebut pasal pelaburan, tentunya ia berkaitan dengan kekayaan. Orang melabur untuk jadi kaya, mahu banyak duit, dan mahu hidup dalam kemewahan. Kata orang, melabur adalah salah satu cara membuatkan duit bekerja untuk anda.

Disebabkan tiada ilmu, tak rujuk pada mereka yang lain ... akhirnya, benda yang disebut pelaburan akhirnya menjadi peleburan. Ya, lebur semua modal yang kononnya boleh berikan kekayaan, hidup mewah dan bebas cengkaman kewangan.

Saya agak bernasib baik kerana tidak melakukan menggunakan duit orang lain, atau dengan kata lain meminjam. Kalau tidak, tentu keadaan menjadi lebih parah yang akhirnya membawa penyesalan tanpa kesudahan.

Orait, mari sama-sama kita tambah pengetahuan ... tak pun buat mereka yang dah benar arif, jadikan post ini sebagai refresh dan mungkin boleh kongsi pengalaman di akhir post ini di dalam ruangan komen. Komen anda sangat bermakna kerana ia mungkin dapat bantu orang lain.

Pelaburan Cepat Kaya/Skim Cepat Kaya

Pelaburan Cepat Kaya/Skim Cepat Kaya
Pelaburan skim cepat kata adalah antara kes yang sering mendapat perhatian daripada mangsa di negara ini. Penganjur pelaburan skim cepat kaya sentiasa mencari peluang untuk menipu masyarakat. Walaupun pelbagai usaha telah diambil oleh pihak berkuasa untuk menangani kes pemipuan ini, namun masih ramai masyarakat yang menjadi mangsa dan terlibat dalam skim ini.

Pelaburan ini menawarkan skim yang kononnya dapat menjana pulangan lumayan dengan cepat daripada jumlah pelaburan yang kecil dan tanpa risiko.

Dari buat pelaburan dalam skim seperti ini, baik anda melabur dalam pasaran saham. Nak belajar mengenai cara nak buat untung rugi dalam saham, menerusi Bursa Malaysia, baca panduan diberikan menerusi pautan berikut: Klikjer Sini Untuk Panduan Buat Untung Pasaran Saham

Pelaburan Saham Emas

Pelaburan Emas
Modus operandi skim pelaburan emas ialah pihak penganjur atau pengelola akan melantik wakil atau ejen untuk melaksanakan proses jual beli dengan pelanggan.

Antara dua skim pelaburan yang wujud adalah menjual emas kepada pelanggan dengan harga lebih tinggi daripada pasaran untuk mendapat imbuhan secara bulanan dan jual emas secara 'Estimate Time Arrival' (ETA) yang mengenakan syarat pelanggan perlu membuat bayaran dahulu sebelum menerima emas dalam tempoh tertentu.

Pelaburan Internet

Penipuan Pelaburan Internet
Internet membenarkan individu-individu atau syarikat-syarikat untuk berkomunikasi dengan kumpulan pengguna yang besar tanpa perlu menghabiskan masa, usaha dan duit yang banyak.

Sesiapa sahaja boleh menemui beribu pengguna lain dengan membina laman web di Internet, mengepos pesanan ke papan buletin online, menyertai diskusi secara langsung dalam ruang chat atau menghantar e-mel secara kumpulan. Dengan kemajuan ini, pihak tidak bertanggungjawab akan mencari mangsa dan menggunakan medium ini untuk mendapatkan keuntungan dengan cara mudah.

Modus Operandi

Secara amnya, jenis-jenis penipuan dalam pelaburan boleh dibezakan dengan melihat pada modus operandinya.

Modus operandi:
  • Menjanjikan pulangan tinggi bagi setiap pelaburan
  • Menggunakan penglibatan orang yang berpengaruh atau mempunyai kedudukan dalam masyarakat
  • Mengeluarkan surat kuasa palsu
  • Memberi jaminan tiada risiko
  • Membuat pelaburan dalam perniagaan
  • Membuat pelaburan dalam koperasi

Bagaimana Nak Elak Dari Terkena Penipuan Pelaburan?

Langkah-langkah elak penipuan pelaburan:
  1. Semak dengan pihak berkuasa sebelum melabur
  2. Jangan terpedaya dengan tawaran keuntungan tinggi
  3. Elak pelaburan yang menjamin keuntungan tetap atau tinggi bagi satu pelaburan kecil
  4. Berhati-hati dengan syarikat yang menjanjikan keuntungan besar dalam satu tempoh masa pendek
  5. Berhati-hati dengan pelan yang menumpukan kepada membayar anda untuk melatih orang lain dan bukannya membayar anda kerana menjual produk atau perkhidmatan.
  6. Jangan sesekali bersetuju menyertai sebarang pelaburan dalam keadaan mendesak
  7. Pastikan anda mempunyai rekod prestasi syarikat tersebut.
  8. Jangan beri maklumat kewangan atau peribadi sebelum anda memastikan kesahihan syarikat itu 
Panjang saya tulis dan salin semula .. haha .. dengan harapan anda akan lebih alert tentang jenis-jenis penipuan pelaburan. Saya rasa ralit bila dapat tahu ada rakan-rakan dan orang sekeliling masih kena tipu dengan pelbagai sindiket ni.
[Dah Baca?] Daftar Percuma - Dapat Income Promosi Syarikat Besar di Internet
Akibat nafsu dan tidak sabar, ramai ambil jalan mudah untuk raih keuntungan cepat. Dah ada jalan betul lagi lurus tetapi masih lagi mahu ikut shortcut, akibatnya benda yang sepatutnya boleh buat duit .. terus jadi benda pelingkup ....

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kalau takda ilmu memang boleh kena kencing ni. Sekarang mereka lagi bijak dengan pelbagai taktik dan teknik untuk menipu..

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni ramai skim2 tumbuh di Malaysia ni.. Kena hati-hati..

    Salah satu mereka2 penipu ni makin berkembang sebab ramai antara kita yang nak jadi kaya dan percaya dengan janji2 palsu yang ditaburkan

    Kena ada ilmu sikit baru tak mudah kena tipu kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement