Dah lama duduk di Perak, tapi tak pernah sekali saya dan mana-mana ahli keluarga saya merasai apa yang ada di dalam The Lost World of Tambun. Agak pelik kan? Masa awal-awal tempat ni diwujudkan, memang ada rasa excited, tapi entahlah ... samada tak berpeluang atau hilang rasa nak pergi.

Tapi, baru-baru ni saya berpeluang pertama kalinya untuk singgah di Lost World of Tambun. Sekadar nak tengok bagaimana rupanya tempat ini, yang ramai orang dok sebut... huhu.

Pertama Kali Berada di Lost World of Tambun, Ipoh Perak

Lost World of Tambun, Ipoh Perak
Rezeki isteri saya ada mesyuarat di Ulu Kinta, dapatlah saya bawa anak-anak pertama kali ke Lost World of Tambun. Anak-anak saya agak teruja berada di sini.

Sampai je ke Lost World ni, tempat parking memang luas. Nak masuk, kena bayaran RM1 tanpa had masa. Bayaran untuk parking dikenakan semasa nak keluar.

Saya awal datang ke sini, tak ramai orang. Agak sunyi. Setibanya saya di depan pintu masuk Lost World of Tambun, kelihatan enam orang berpakaian seperti pahlawan seperti menjaga pintu masuk. Pahlawan lelaki ... hmm...

"Kenapalah bukan awek yang jaga depan tu ... " kata dalam hati saya.
Lost World of Tambun, Ipoh Perak
Hotsprings and Spa - Lost World Tambun Ipoh
Besar rupanya tempat ni. Ada dua bahagian kalau tak silap.
  • Taman Tema Air Lost World (Water Theme Park)
  • Lost World Hot Springs and Spa
Sebelah taman tema ni, ada Hotel Sunway Lost World. Tak jauh, jalan kaki je. Saya fikir, siapa yang menginap di hotel tersebut, mesti akan dapat pass percuma untuk merasai pengalaman di dalam Lost World Water Theme Park.

Saya jenguk-jenguk berapa bayaran masuk ke taman tema ni, hmm ...

Harga Bayaran Masuk Lost World of Tambun

Lost World of Tambun, Ipoh Perak Ticket

Kategori Harga Walk-In (MYR)Termasuk 6% GST
Dewasa (13 tahun ke atas) RM65
Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) RM58
Warga emas (60 tahun ke atas) RM58


Harga bayaran masuk ke Lost World di atas adalah harga warga Malaysia. Untuk pelancong, ada harga lain. Maka, anda diperlukan untuk sediakan MyKad .. takut-takut nanti tak dipercaya anda warga tempatan. Sebabnya, warga Bangladesh dan Mynmar pun dah rupa rakyat Malaysia dah sekarang ni .. huhu

Dan, itu bukan harga promosi. Ada harga lain untuk promosi tertentu. Nak tahu, anda kena rajin tengok laman web rasmi mereka iaitu di sini - Harga Tiket Penuh Lost World of Tambun

Ya, harga beli secara online lebih murah ... dan ada pakej-pakej tertentu yang anda boleh pilih sebenarnya .. :)

Apa Ada Dalam Lost World of Tambun?

Harga tiket masuk ke Lost World Tambun
Peta Lost World of Tambun
Dan harga yang anda bayar ini membolehkan anda untuk nikmati perkara-perkara berikut di dalam Taman Tema Air Lost World of Tambun:
  • Lost World Amusement Park
  • Lost World Water Park
  • Lost World Tiger Valley
  • Lost World Petting Zoo
  • Lost World Tin Valley
  • Lost World Hot Springs & Spa
  • Lost World Lupe’s Adventure

Masa Beroperasi

Ianya dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 11:00 pagi hingga 6:00 petang. Manakala hujung minggu dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang. Ianya ditutup setiap hari Selasa sepertimana kebanyakkan taman tema lain yang ada di Malaysia, kecuali cuti persekolahan dan cuti umum.

Dan untuk masuk ke Taman Tema Air Lost World ni, anda mesti berpakaian seperti yang ditetapkan. Tak boleh sesuka hati nak bermain air dengan berseluar pendek atau tracksuit. Bab ni anda kena semak bebetul.

Trivago

Maka, sebelum ambil keputusan nak masuk ke Lost World of Tambun, pastikan dah ada pakaian mandi seperti disyaratkan tu ye. Dan kena fikir, berbaloi tak dengan harga ...

Disebabkan itu, saya dan anak-anak hanya mampu tengok je la pintu masuk ke Lost World ini .. haha...
Lost World of Tambun, Ipoh Perak
Pintu depan masuk Lost World of Tambun, Ipoh Perak
Bayangkan RM65 (Saya) + RM65 (Amri) + RM58 (Angah Zikri) + RM58 (Maira)..... huhu dah berapa? Boleh dapat harga sebilik hotel bertaraf bintang tu kalau tempah online guna Traveloka atau Agoda, mahupun Trivago.




Jadi, sekali lagi pendam je la hasrat, tunggu promosi yang menarik untuk merasai pengalaman di dalam Lost World of Tambun.
Lost World of Tambun, Ipoh Perak

Anda dah pernah masuk ke? Leh la kongsi serba ringkas di ruangan komen ye. Mungkin ada pembaca lain nak tahu tu .. :)

11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Banyak bahagian menarik dalam kawasan The Lost World of Tambun dan tempat ni sangat luas, kena plan betul2 kalau nak berjalan kaki. Acara di waktu siang lebih banyak dan meriah.

    ReplyDelete
  2. agak lama rasnya tak pergi theme park mcm ni .. selalu dengar je L.O Tambun nii .. teringin nk pergi juga

    ReplyDelete
  3. Baru ja pi tahun lepas... permainan air dia outdate bagi saya lah... harga pun.. hmm.. Sekali ni ja kot pi lepas ni takpi dah

    ReplyDelete
  4. Hi, datang2 la singgah :)
    https://moonstarzadventure.blogspot.my/2017/07/im-back.html

    ReplyDelete
  5. Menarik harganya. Macam-macam tempat boleh pegi. Anak kecik tu comey ..

    ReplyDelete
  6. beli season pass beb..murah..aku pun dah lama tak masuk.dulu aku masuk time harga RM30++ je

    ReplyDelete
  7. selalu baca orang menulis mengenai lost world ni. macam nak pegi tapi tak tahu bila. hehehhe.

    www.mrejoy.com

    ReplyDelete
  8. tak pernah masuk lagi... sekadar lalu depan pagar jer hihihi

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, pernah shooting dalam itu. Memang penat jika nak habis pusing dalam itu.

    ReplyDelete
  10. sepanjang bertahun2 kami dok Ipoh, sekali pun tak pernah ke sana...

    ni dah dok jauh baru macam teringin nak pi...

    tapi rabaklaaaa poket dengan keramaian tentera kami ni haa....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement