Adeh. Bila ada je jualan gedung Pallas di kilangnya berdekatan pekan Nibong Tebal, memang saya satu keluarga tak akan lepaskan peluang. Saya dah lupa berapa kali dah pergi jualan gedung Pallas ni. Rasanya untuk tahun 2017, dah lebih dua kali kot. Dan kali ini, pergi lagi .. memborong kasut Pallas harga murah-murah. Fuh memang best.

Nikmat dan rezeki tinggal di kawasan yang kos sara hidupnya tak berapa tinggi. Ini adalah sebab kenapa saya suka tinggal di Parit Buntar. Selain harga ikan ikan segar yang murah, sayur-sayuran segar juga boleh dibeli harga murah kat taman perumahan, lepas tu banyak kedai jual produk borong dari China macam D.I.Y, kedai RM2, Mydin dan banyak lagi.

Borong Kasut Pallas Dari Jualan Gedung

Kalau anda sering ikuti dan baca blog saya, tentu sedar sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman memborong kasut sekolah anak-anak dari jualan murah gedung Pallas ni. Saya dan isteri siap beli kasut sekolah untuk dipakai dari darjah satu sampai darjah enam. Tak pernah rasa rugi. Dan syukur alhamdulillah, anak-anak semuanya tak ada masalah nak pakai kasut sekolah yang dah dibeli setahun yang lalu.

Mana kasut sekolah yang tak dapat nak dipakai, kami sedekahkan saja pada adik-beradik lain yang punyai anak sekolah. Malah, ada yang dah dipakai pun, kami offer pada orang lain untuk ambil. Alhamdulillah, ramai juga kenalan isteri saya yang berminat nak ambil. Benda masih elok, sayang nak dibuang. Baik sedekah pada yang memerlukan.

Ini cara saya dan isteri. Kalau ada jualan gedung atau jualan gudang, kami cuba beli mengikut kemampuan selain fikirkan masa depan. Mungkin nampak macam memborong sakan tak ingat dunia .. tapi apa yang dibuat adalah untuk persediaan.

Harga barang semakin hari semakin mahal. Dulu ada menteri kata, bila ada GST .. harga barang akan turun mendadak .. uhh .. harammmm tak mandang pun. Makin naik adalah!

Jadi, bila ada kesempatan macam ini, ada jualan murah, kami tak lepaskan peluang untuk memborong.

Borong Kasut Pallas dari Kilang di Nibong Tebal



Dan baru-baru ini, 6 Ogos 2017, kami sekeluarga serbu jualan gedung Pallas di kilangnya di Nibong Tebal. Ya, kami memborong kasut lagi.

Kali ini, kami tak borong banyak kasut sekolah. Memandangkan kasut sekolah yang dibeli menerusi jualan gedung sebelum ni masih ada tersimpan dalam kotak. Cuma Maira je, saya belikan dua pasang kasut sekolah Pallas berharga RM15 sepasang. Jika harga di pasaraya atau kedai kasut, ia dijual pada harga RM29.90.

Kami borong kasut lain, bukan kasut sekolah.
Saya beli kasut jenama Stanz (salah satu jenama bawah Pallas). Sepasang kasut untuk digunakan bagi aktiviti riadah. Harganya RM30 sahaja. Saya tengok price-tag yang ada, harga sebenar adalah RM79.90 sepasang.

Begitu juga isteri saya, dia juga belikan kasut untuk riadah sebab kasut riadah sebelum ni dah rosak teruk. Maira, anak saya yang baru darjah satu pun dapatkan sepasang dengan harga sama - RM30.

Amri, anak sulong saya pun beli kasut Pallas. Harganya adalah RM15. Kasut high-cut. Katanya nak beli sebab kasut jalan tak ada. Saya ikutkan saja, sebab dah tahu kebanyakkan kasutnya dah tak muat, zaman nak membesar jadi dewasalah katakan.
[Pernah Baca?] Kasut Sukan Yonex RM10 Sepasang
Berhabis dalam lebih RM100 juga memborong kasut Pallas ni. Alhamdulillah, kalau kat luar mungkin kena keluar belanja lebih.
Jualan gedung Pallas di Nibong Tebal tak ramai yang tahu. Penduduk sekitar sini pun ramai tak sedar akan kilang Pallas yang ada di situ. Rezeki kami, dapat memborong banyak kasut dengan harga murah dan jimat.

Pernah beberapa kali dalam jualan gedung sebelum ni, kami beli kasut cuma berharga RM1 dan RM5 sahaja; yang kebanyakkannya kasut sekolah warna putih untuk anak-anak. Hahahha .. mana tak memborong kalau dah harganya begitu murah, ye tak?

Hmm ... tempat anda ada banyak ke jualan gedung atau jualan gudang ni? Dulu, masa awal perkahwinan, saya dan isteri selalu ke Selayang dengan Rawang untuk beli barang harga borong. Tak tahu sekrang ni ada lagi ke tak... huhu.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pallas dah berinovasi sekarang..ingat zaman kanak kanak dulu kasut pallas la wat g sekolah dan bermain bola hahaha..pallas lejen sebelum kedatangan brand vans

    BalasPadam
  2. Uishh untungnya, murah sgt tu! Kasut Pallas mmg best & selesa pakai.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement