Mahu menyimpan untuk masa depan pendidikan anak-anak? Saya syorkan anda buka akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus. Anda boleh bermula, sebaik sahaja anda menerima cahayamata dan mendaftarkannya di Jabatan Pendaftaran Negara. Saya dah buat untuk Najmi, baby baru saya yang lahir tahun 2017.

Jika anda sudah mula menyimpan, saya ucapkan tahniah. Jika belum, saya sukacita nak kongsikan kepada anda tentang cara-cara nak buka akaun SSPN-i ini, terutama sekali SSPN-i Plus yang punyai lebih banyak kelebihan untuk masa depan pendidikan anak-anak anda.

Cara Buka Akaun Simpanan SSPN-i Plus Secara Online

Cara Buka Akaun Simpanan SSPN-i Plus
Tak susah sebenarnya untuk mula menyimpan dengan SSPN-i ini andai anda ikuti tatacaranya dengan terperinci. Anda boleh mula menyimpan untuk anak-anak anda dengan membuka akaun SSPN-i Plus secara online, bermula dengan komitmen serendah RM30 sebulan.

Langkah Untuk Buka Akaun SSPN-i Plus

Bagaimana nak daftar dan buka akaun SSPN-i Plus ini? Ok, berikut adalah cara-cara untuk melakukannya secara online. Anda tidak perlu pergi ke mana-mana bank atau kaunter PTPTN untuk mula menyimpan bagi kemudahan masa depan pendidikan anak-anak anda.

1. Daftar Akaun - Untuk mula mendaftarkan akaun SSPN-i Plus, anda perlu ke laman web berikut:
Laman Web Daftar SSPN-i/SSPN-i Plus
Klik menu 'Pembukaan Akaun', seperti ditunjukkan di bawah ini:
Cara Buka Akaun SSPN-i Plus
2. Isi Butiran Akaun - Anda kemudian diminta untuk mengisi butiran am diri anda dan juga butiran diri anak anda (yang mahu didaftarkan untuk akaun SSPN-i) seperti ditunjukkan di bawah ini. Ia adalah butiran dan maklumat berkaitan akaun SSPN-i yang bakal anda daftarkan. Klik 'Seterusnya' setelah selesai mengisi butiran yang diminta. Pastikan anda isi dengan betul.
Cara Buka Akaun SSPN-i Plus

3. Pilih Pakej SSPN-i Plus. Kemudian, anda diminta untuk memilih pakej yang bersesuaian dengan keadaan kewangan anda. Anda boleh rujuk panduan di bawah ini untuk pilih pakej yang sesuai. Ada 6 pakej disediakan kepada anda (2017). Saya sendiri memilih pakej Topas, iaitu komitmen sebanyak RM100 sebulan. Apabila anda buat pemilihan, butiran berkaitan pakej akan dipaparkan seperti di bawah:
Cara Buka Akaun SSPN-i Plus
Cara Buka Akaun SSPN-i Plus
4. Isikan Maklumat Peribadi - Isi butiran peribadi diri anda sebagai pendeposit, dan juga butiran anak anda sebagai penerima manfaat. Isi dengan lengkap seperti diminta, contoh adalah seperti di bawah ini.
Cara Buka Akaun SSPN-i Plus
5. Kaedah Pemotongan. Dalam ruangan ini, anda perlu isi jumlah yang perlu anda bayar terlebih dahulu untuk aktifkan akaun SSPN-i Plus anda. Anda perlu isi jumlah bayaran sebanyak dua bulan, contohnya; jika anda pilih pakej Topas (RM100), bermakna anda perlu isikan RM200 di dalam ruangan disediakan.

Ok. Jika anda bayar terus untuk 6 bulan, contohnya untuk pakej Topas, iaitu sebanyak RM1200. Anda tidak perlu buat permohonan untuk potongan gaji atau auto-debit.

Isi bahagian kaedah potongan yang disediakan di ruangan tersebut seperti ditunjukkan di bawah ini:
Cara Buka Akaun SSPN-i Plus
Ada beberapa bank yang menyediakan perkhidmatan auto-debit untuk deposit SSPN-i Plus ini. Pilih mana yang berkenaan dengan diri anda. Isi nombor akaun bank anda untuk pemotongan auto-debit anda di ruangan disediakan.

Tick deklarasi, dan kemudian tekan butang 'Seterusnya'. Anda akan diminta untuk membuat bayaran deposit 2 bulan seperti diminta. Pembayaran boleh dibuat menerusi perbankan online. Selesai.

Setelah pembayaran dilakukan tadi, anda akan menerima resit pembayaran serta butiran akaun SSPN-i Plus anda menerusi email.

Mudah je kan?

Banyak manfaat yang boleh diterima menerusi SSPN-i Plus ini, bukan sekadar untuk masa depan pendidikan anak anda, tetapi untuk anda juga. Paling menarik ialah pelepasan cukai LHDN, dan juga manfaat Takaful serta beberapa insentif lain.

Berdaftarlah sekarang. Ia salah satu cara untuk menabung yang baik untuk anak-anak anda. Dan jangan risau tentang pelaburan ini, anda boleh keluarkan ia bila cukup 3 tahun, dan ada dividen dibayar setiap tahun bagi jumlah simpanan dalam akaun SSPN-i Plus.

Terus ke sini -  Laman Web Daftar SSPN-i/SSPN-i Plus

Oh ya, anda juga bakal berpeluang untuk menang hadiah wang tunai sehingga RM100,000 apabila membuka akaun SSPN-i / SSPN-i Plus.

Jika anda ada anak di tahun satu (1), anda juga boleh menerima RM50 percuma daripada PTPTN. Butirannya boleh anda dapati di sini - Promosi PTPTN/SSPN-i/SSPN-i Plus 2017

Semoga bermanfaat, dan jangan lupa kongsikan (share) pada yang lain.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Yaa..

    Bagus SSPN-i Plus ni..sy dah lama bukak utk anak saya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement