Tadi saya ke Pasar Basah Parit Buntar. Uhh ... tak ramai peniaga ikan. Semua tempat dalam pasar nampak kosong je. Ikan segar kekurangan bekalan. Ia bukan pertama kali terjadi. Dah banyak kali sebenarnya.

Mushkil. Bagaimana sebuah negara yang mempunyai pesisir pantai dan dikelilingi laut boleh kekurangan bekalan ikan segar? Jadi, saya pun bersembang pendek dengan peniaga di pasar.

Ikan Segar Tiada Bekalan

Malaysia kekurangan bekalan ikan segar
Saya memang selalu pergi ke pasar. Isteri saya agak jarang ke pasar basah. Sejak dari kecil, saya memang suka pergi ke pasar. Malah, ketika awal remaja pun, saya sering diminta oleh emak untuk ke pasar.... berbasikal saya sejauh 11km dari rumah ke pekan Batu Gajah.

Nak naik bas, tak berbaloi. Lagipun tiada perkhidmatan bas dari pekan untuk ke Pasar Besar Batu Gajah ketika itu. Dari sejak itu, saya tahu serba sedikit bagaimana nak beli ikan dan sayur segar di pasar. Paling penting, selain ketahui ia barangan segar atau tak, saya belajar cara nak tawar-menawar.

Bila dah selalu ke pasar ni, dapatlah kenal dengan beberapa peniaga ikan dan sayur. Mereka tak lokek informasi kalau bertanya...asalkan beli ikan dengan mereka .. hehehe...
Ikan Segar Tiada Bekalan
Jadi, pagi tadi ... apabila seorang tauke cina lihat saya termanggu-manggu melihat dan belek ikan kembong yang ada, dia tegur.

"Susah sekarang .. ikan segar tak ada. Ni ikan kotak, import punya" kata dia.

Saya sedar. Lihat ikan keras beku semacam je. Mata ikan pun dah nampak kemerahan, tak sejernih macam ikan segar. Lendir ikan pun tak ada.

"Lagi sekarang aaa .. bulan terang. Nelayan tarak pi laut. Ikan tak ada" tambah penjelasan tauke.

"Hari tu pun ikan tak de ye .."  kata saya.

"Aha .. itu minggu, itu imigresen sudah raid ... ramai itu kuli aaa ... awak-awak bot kena bawak pi" kata dia.

Hmm ... ye, semasa saya ke jeti Sungai Udang berdekatan pekan Parit Buntar tidak lama dulu, memang ramai pekerja warga asing yang bekerja dengan tauke bot di situ. Hampir semua bot nelayan yang besar-besar gunakan tenaga asing ni sebagai awak-awak bot.

"Indonesia ramai kena tangkap, depa bawak pi ... bot tak ada orang maa .. mana mau tangkap ikan..." kata salah seorang pembeli ikan sebelah saya.

Saya ke pasar lama Parit Buntar, makcik yang ada kedai kecil di situ pun kata yang ramai tauke bot, tauke ikan tak dapat ke laut, sebabnya tak ada pekerja. Semua kuli, semua awak-awak dah kena tangkap oleh pihak imigresen kerana tak ada dokumen lengkap, selain salah guna permit kerja.

Lagipun, sekarang pun musim laut bergelora. Nelayan pun takut nak ke laut.

Jika ada ikan segar pun, harganya jauh lebih mahal seperti biasa. Ikan kotak, atau ikan import ada, harga boleh tahan. Tapi tak ramai suka makan ikan macam ni. Yelah, dicampur bahan kimia kot untuk kekalkan kekerasan dia .. huhu ..
Ikan Segar Tiada Bekalan
Alhamdulillah, kat tempat saya ni .. peniaga dan penjual ikan lebih jujur. Mereka akan beritahu asal ikan. Tak sembunyi. Kalau ikan tu, ikan kotak atau import .. mereka akan beritahu. Mereka beritahu dari mana ikan tu datang.

Kadang, ada ikan datangnya dari beberapa tempat sekitar Asia Tenggara. Ada jenis ikan, kalau datangnya dari sana, isi ikan lebih sedap dari ikan tempatan. Contohnya ikan sardin spesies besar.
[Dah Baca?] Pernah Makan Buah Teratai Tak?
Sekarang, anda dah tahu beberapa perkara yang telah saya ceritakan. Pertamanya, punca bekalan ikan segar jadi kurang, iaitu:

  • Nelayan tak dapat ke laut kerana kekurangan pekerja atau awak-awak
  • Bulan terang, ikan tak banyak.. dan nelayan malas ke laut ketika ini.
  • Cuaca tak menentu seperti monsun yang menjadikan laut bergelora.
  • Pekerja tauke bot besar kena tangkap penguatkuasa.
  • Harga diesel yang pengaruhi kos operasi.

Kedua, saya ada berikan tips bagaimana nak dapatkan harga ikan murah, selain cara nak ketahui ikan tu segar atau tak. Kalau tak perasan, leh baca kembali dari awal .. hehehe...
[Pernah Baca?] Pokok dan Buah Gajus Sukar Ditemui, Tetapi Lain Pula Dengan Kacang Gajus
Saya harap bekalan ikan segar akan pulih kembali, khususnya kat tempat saya ni. Dah lama tak makan ikan segar harga murah .. huhu...


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement