Saya tahu ramai di kalangan pembaca blog saya yang meminati sukan. Ada yang minat sukan bolasepak, ada gimnastik, ada hoki, ada yang minat acara terjun dan renang, ramai juga yang minat acara olahraga dan balapan.
Jadual Acara Sukan SEA 29th Kuala Lumpur 2017
Sukan SEA kali ke 29 ini akan berlansung bermula 19 Ogos hingga 30 Ogos dengan acara pembukaan dilakukan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tiket-tiket berkaitan temasya sukan Asia Tenggara ini sudahpun mula dijual, dan ada yang telah habis dijual pada minggu pertama ia dibuka untuk jualan.Pun begitu, masih ada tiket-tiket untuk acara tertentu. In Sha Allah, saya juga difahamkan, media elektronik ada menyediakan siaran lansung untuk acara sukan tertentu, selain tayangan ulangan. Jadi, anda kena semak jadual siaran lansung dengan stesen TV kalau mahu menonton acara sukan kegemaran anda secara Live.
Untuk tidak terlepas peluang menyaksikan acara-acara sukan SEA kegemaran, bolehlah rujuk jadual acara sukan yang saya lampirkan bersama blog post ini. Anda boleh muat turun ke komputer atau smartphone anda (save as) dan rujuk bila nak tahu tarikh dan waktu acara sukan SEA kegemaran anda akan bermula - lihat di akhir post ye.
Info Berkaitan Sukan SEA kali ke 29 di Kuala Lumpur 2017
Untuk SEA Games 29th Kuala Lumpur ini, ada 19 acara suka dipertandingkan. Acara sukan yang dipertandingkan dalam sukan SEA ke 29 ini adalah:- Akuatik - Terjun (Diving)
- Akuatik - Renang (Swimming)
- Akuatik - Renang Berirama (Synchronized Swimming)
- Akuatik - Polo Air (Water Polo)
- Badminton (Badminton)
- Bola Keranjang (Basketball)
- Biliard dan Snooker (Billiards & Snooker)
- Lumba Basikal (Cycling)
- Bolasepak (Soccer/Football)
- Futsal (Futsal)
- Gimnastik Artistik (Artistic Gymnastics)
- Gimnastik Berirama (Rhythmic Gymnastics)
- Karate (Karate)
- Muay (Muay)
- Bola Jaring (Netball)
- Pencak Silat (Silat)
- Ragbi 7 Sebelah (Rugby 7 Sides)
- Sepak Takraw (Takraw)
- Taekwondo (Taekwondo)
Malaysia pertama kali menjadi hos dan lokasi Sukan SEA atau dulunya dikenali sebagai SEAP Games pada tahun 1965. Malaysia telah menjadi hos kepada sukan dwitahunan ini pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.
Logo dan Maskot Kuala Lumpur 2017
Untuk Kuala Lumpur 2017 - 29th SEA Games, Wau Bulan menjadi tema untuk logo Kuala Lumpur 2017, dan Harimau atau dijenamakan Rimau dijadikan sebagai Maskot.RIMAU stands for Respect, Integrity, Move, Attitude & UnityUntuk anda yang mungkin tidak tahu, Malaysia bukanlah disenaraikan sebagai hos untuk Sukan SEA kali ini. Mengikut sistem giliran yang dipraktikkan, negara Brunei yang sepatutnya menjadi penganjur. Namun, atas sebab-sebab tertentu, Brunei tidak bersedia untuk menjadi penganjur Sukan SEA kali ke 29 ini.
Oleh itu, South East Asian Games Federation (SEAGF) telah menawarkan kepada Malaysia untuk menjadi penganjur Suka SEA ke 29 ini menggantikan Brunei.
Dah tahu sedikit pengetahuan mengenai temasya sukan berprestij di rantau Asia Tenggara ini? Aha .. bagus bagus ... pengetahuan am ni, manalah tahu kot-kot soalan keluar semasa rancangan Clever Girl Malaysia 2017 .. hehehe.
Jadual Am dan Jadual Penuh Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
Orait, di bawah ini adalah jadual perlawanan acara sukan yang dipertandingkan dalam Sukan SEA kali ke 29 ini. Sebanyak 404 jumlah pingat keseluruhan dipertandingkanJadual penuh boleh anda lihat pada paparan di bawah ini. Untuk simpan jadual ini, klik pada kekotak kecil di hujung paparan. Anda juga boleh cetak untuk rujukan dan panduan anda.
Semoga bermanfaat buat anda. Sudilah kiranya anda untuk LIKE dan Share ye. Dan jangan lupa, support atlit Malaysia dalam temasya sukan ini. Semoga berjaya mencapai sasaran diharapkan.
Jika nak cari penginapan di Kuala Lumpur, boleh cuba menginap di sini - Pengalaman Menginap di Concorde Hotel Kuala Lumpur
tinggal beberapa hari ja lagi dh bermula temasya ni
BalasPadamMesti meriah, dan nampaknya ia bakal menjadi durian runtuh buat sesetengah peniaga.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.