Kisah memancing di Chalet Amir lagi? Hahahaa ... harap anda tak bosan ya. Saya dah lama peram kisah ni, baru hari ni ada rasa nak kongsikan secara umum di blog. Ini adalah merupakan kisah yang berlaku pada petang Hari Raya Aidil Adha 2017 baru-baru ni.

Erkk .. haha, begitulah keluarga saya saban tahun. Setiap kali hari raya, kami akan ada aktiviti memancing ni. Selalunya kami buat pada hari raya kedua atau ketiga, tetapi untuk Hari Raya Aidil Adha tahun ni, disebabkan cuti raya yang pendek, kami sepakat sewa Chalet Amir di Ayer Tawar, Perak untuk memancing ikan Siakap pada raya pertama.

Hasil Memancing di Chalet Amir, Kampung Baru, Ayer Tawar

Hasil Memancing Chalet Amir, Kg Baru, Ayer Tawar
Hasil Memancing Chalet Amir, Kg Baru, Ayer Tawar
Dah banyak kali kami menyewa chalet di Chalet Amir, Kampung Baru ni. Keadaan chalet pun dah bertambah baik jika dibandingkan dengan dahulu - iaitu 4 tahun lepas. Sejak saya ada anak dua orang sehingga dah ada lima orang, chalet ini sentiasa menjadi antara pilihan utama kalau nak buat aktiviti memancing tepi laut.

Ikan yang menjadi sasaran untuk pemancing di chalet ini pastinya ikan Siakap, si Raja Muara. Memang Kampung Baru Ayer Tawar ini adalah lubuk ikan ini sejak bertahun-tahun lamannya. Ada tugu ikan Siakap lagi kat pekan kecil di sini.

Selama saya memancing di Chalet Amir ini, dah beberapa kali saya menaikkan ikan Siakap. Tapi, terus terang saya nak beritahu, awal-awal dulu memancing di sini .. saya memang 'bangau' la. Siakap yang saya dapat di chalet ini pun, baru-baru je saya dapat ... mungkin Allah S.W.T dah buka pintu rezeki saya di chalet ini setelah bertahun mencuba.

Dulu, selain ikan Siakap ... ada banyak spesies ikan lain antaranya ikan Senangin, ikan Gelama, ikan Tetanda/Jenahak, ikan Tetuka/Pari, ikan Kerapu dan beberapa lagi. Malah, saya kerap juga dapat ikan Semilang ... pak mertua saya yang tak berapa minat memancing pun pernah naikkan seekor ikan Semilang bersaiz pasar.

Kenapa Pilih Chalet Amir?

Walaupun dulu banyak ikan, dan sekarang makin kurang ... saya dan keluarga suka je nak memancing di Chalet Amir ni. Ada banyak sebab, antaranya:

  • Chalet ada kemudahan dapur
  • Chalet ada beranda untuk memancing
  • Chalet mengadap laut

Pastu, kami dah kira kenal dengan owner chalet ni. Memang mesralah katakan. Siap boleh pinjamkan barang lagi kalau nak ..haha.

Orait, berbalik pada kisah hasil memancing tadi.

Petang raya tu, tak sangka pula chalet ni ada ramai penyewa. Saya tengok hampir semua chalet telah ditempah dan ada penghuninya. Alhamdulillah, kami dapat sewa sebuah chalet yang baru - yang sebenarnya telah diubahsuai dari tempat jeti mendaratkan ikan sangkar menjadi sebuah chalet dua bilik lengkap hawa dingin, katil besar, katil dua tingkat, bilik air, dapur serta ruang tempat makan.

Harganya pula cuma RM250 semalam. Ada jeti lagi untuk pengalaman memancing yang lebih awesome, selain ruang chalet yang luas - boleh menampung sehingga 3-4 buah keluarga.
Memancing Ikan di Chalet Tepi Laut, Ayer Tawar
Memancing Ikan di Chalet Tepi Laut, Ayer Tawar

Tips Memancing Siakap di Chalet Amir

    • [col]
      • Ini merupakan pertama kali saya dan keluarga menyewa chalet yang ada jeti ni. Sebelum ni, kami sewa chalet yang cuma ada satu bilik dengan beranda, dan chalet yang tak ada hawa dingin. Harga chalet lain lebih murah disebabkan ada kelengkapan yang tak disediakan, boleh dapatkan serendah RM80 semalam.
      • Saya dan anak saya, Zikri mula memancing jam 4:00 petang. Zikri antara yang mula-mula mendaratkan ikan, iaitu seekor ikan Tetanda dan juga beberapa ekor ikan Sesumpit. Budak-budak memang seronok dapat ikan memancing ni. Kembang kempis lubang idung bila dapat naikkan ikan lebih awal daripada pak-pak mereka yang kononnya pro dan otai ni .. hahaha

       Waktu Sesuai dan Umpan

      • [col]
        • Lebih kurang dekat nak maghrib, lewat petang gitu .. barulah pancing saya menerima sentapan ikan Siakap. Alhamdulillah, saya berjaya naikkan ikan Siakap saiz sederhana menggunakan umpan udang hidup dengan teknik pelampong.Sasaran balingan tak jauh pun, cuma bawah chalet je ketika air laut peralihan pasang-surut. Waktu ini, ikan Siakap memang galak mencari makanan, iaitu dari jam 5 petang hingga 7 malam.Waktu lain, kalau nak memancing Siakap di chalet ini adalah selepas jam 9 malam atau awal pagi iaitu selepas waktu subuh.Waktu lain, kena target ikan lain. Jadi boleh gunakan teknik pancingan selain dari teknik pelampong.
        • Umpan yang berkesan untuk memancing di Chalet Amir adalah umpan udang hidup, udang mati tetapi segar, dan juga umpun-umpun. Saya pernah gunakan sotong dan isi ikan ... tetapi tak ada hasil. Jika anda gunakan umpan udang mati, cubalah untuk buang kulitnya terlebih dahulu atau paling tidak kepak bahagian kepala udang.


      Pada petang raya tu, kami semua berjaya naikkan beberapa ekor ikan, tetapi ikan Siakap yang saya pancing itulah yang paling mengujakan...keh keh keh ...
      Lubuk Siakap di Lumut
      Esoknya tu, adik ipar saya pula berjaya menaikkan ikan Siakap menerusi teknik yang sama. Saiz ikan Siakap lebih kurang je seperti yang saya dapat. Saya pula berjaya naikkan ikan Kitang dan juga seekor ikan Todak.
      Hasil Memancing di Chalet Amir, Kg Baru
      Hasil Memancing di Chalet Amir, Kg Baru
      Alhamdulillah, hasil memancing Chalet Amir dijadikan lauk untuk makan tengahari kami semua sekeluarga. Fuhh manissss sungguh isi ikan yang fresh dari laut ni, lagi best sebab ia hasil pancingan sendiri. Adik ipar saya yang masakkan guna dapur di chalet - sweet sour tu weihhhh ... sedappppp.

      Hasil Memancing

      Hasil memancing di Chalet Amir pada hari raya tu .. kami dapat:
      • Dua ekor Siakap saiz sederhana
      • Seekor ikan Kitang
      • Seekor ikan Todak
      • Seekor ikan Gerut
      • Dua ekor ikan Tetanda
      • Dua ekor ikan Sesumpit

      Makan sekeluarga beramai-ramai, di tepi laut, hasil ikan pancing sendiri ... satu nikmat Allah S.W.T.
      Hasil Memancing di Chalet Amir, Kg Baru
      Errr kali ni, hanya seekor Siakap sahaja berjaya saya naikkan di Chalet Amir ni, sebelum tu .. saya pernah naikkan sehingga 9 ekor Siakap !! Tu yang buatkan adik-adik ipar saya jeles tu .. hahahaa... boleh tengok dan baca di sini - 9 Ekor Siakap - Hasil Memancing di Muara Sungai Kampung Baru

      Semoga ada manfaat dari kisah dan cerita yang saya kongsikan ini.

      2 Comments

      Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

      1. Ikan kitang tu SA makan masa pregnantkan Dania..sebab dulu abah rajin menjala kat laut..banyak dapat ikan tu..sedap manis dan lemak2 rasanya...sekarang nak cari macam mana tak tau la...

        ReplyDelete
        Replies
        1. Kat Pasar Parit Buntar kadang tu ada jual ikan ni. Ikan ni, banyak kat chalet ni cuma susah sikit nak pancing, kalau dapat ikan ni cara memancing .. kiranya terreeeeerrrr aaar tu. hahahaha

          Delete

      Post a Comment

      Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

      Previous Post Next Post

      Advertisement

      Bisnes Shopee

      Advertisement

      BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

      Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


      Advertisement