Panduan Bisnes Cenderahati Hanya Dari Rumah. Siapa yang mencari satu bentuk perniagaan atau bisnes yang best, yang boleh dibuat dari hanya dari rumah? Aha .. ni ada satu peluang baik untuk anda belajar bagaimana nak mulakan dan menjalankan bisnes dari rumah. Bisnes yang saya maksudkan ialah bisnes cenderahati.

Jika sebelum ini, saya ada berikan panduan buat duit dari rumah menerusi bisnes printing, kali ini saya nak kongsikan pula mengenai bisnes cenderahati. Rakan usahawan serta pernah menjadi salah seorang client saya telah sudi nak kongsikan panduan untuk mulakan bisnes ini dari A sampai jadi.

Panduan Bisnes Cenderahati Dari Rumah

Panduan Bisnes Cenderahati Dari Rumah
Saya suka nak kongsikan peluang belajar buat bisnes ini sebab ramai yang sedang cari peluang untuk tambah pendapatan. Lagipun, bisnes cenderahati ni boleh dilakukan secara sampingan, pastu anda tak perlukan kedai atau pejabat, cukup dengan ruang tamu rumah anda yang ada capaian internet.

Ada banyak cabang bisnes yang boleh dibuat dari rumah ni. Saya ada tulis dan terbitkan beberapa peluang tersebut di blog saya ni. Malah, saya ada tunjukkan kejayaan beberapa rakan blogger saya yang buat bisnes dari rumah ini menggunakan panduan yang saya berikan. Seronok nampak ada yang berjaya lakukan dengan baik. Alhamdulillah.

Pakej Panduan Buat Bisnes Cenderahati

Panduan Bisnes Cenderahati Dari Rumah
Kali ini, rakan usahawan saya ini iaitu saudara Azhar Azman (KNZ Creative) telah pun menerbitkan sebuah pakej rujukan atau panduan untuk buat bisnes cenderahati ini.

Bisnes ini memang menguntungkan, itu sebab saudara Azhar kekal lama bertahan. Nanti saya beritahu kenapa ia satu bisnes yang menguntungkan dan berjaya sehingga sekarang.

Aha, kalau nak tahu .. saudara Azhar Azman ini adalah salah seorang dari usahawan yang antara mula-mula menjadi client saya untuk iklan advertorial. Ketika itu, beliau mengupah saya - RM300 satu post untuk menulis mengenai peluang bisnes printing dari rumah.


Post tersebut telah mendapat tempat yang sangat baik di enjin carian Google. Malah, saya berjaya buat beberapa duit tepi dek kerana post tersebut, terima kasih kerana saudara Azhar yang percayakan kepakaran saya.

Orait, kita sembang pulak pasal bisnes cenderahati ni.

Bisnes cenderahati adalah bisnes evergreen. Walaupun ramai yang dah buat bisnes ini, namun marketnya masih luas, dan ramai usahawan yang buat bisnes ni tak cukup tangan nak handle. Ia sering mendapat permintaan tinggi.

Itu sebab ada banyakkkkk syarikat yang buka peluang untuk surirumah dan pelajar menyertai bisnes ini. Kalau tak percaya, anda pergi ke mana-mana IPT di Malaysia ni, dan cuba lihat ... ada tak kedai pelajar atau kedai siswa yang tak jual cenderahati? Mesti ada punya ...


Ada student yang buat bisnes cenderahati secara sampingan dan jana untung banyak menerusi komisen. Apa yang mereka buat cuma berikan design sahaja, dan syarikat akan uruskan yang lain.

Surirumah pun ramai yang buat bisnes ini dari rumah. Isteri saya yang ada kerja tetap pun dok buat bisnes ini kecil-kecilan di rumah dan ketika hujung minggu. Dia buat bisnes cenderahati album gambar .. aha .. jeng jeng jeng ...

Bisnes Buat Cenderahati Dari Rumah
Sekarang ni lagilah mudah nak buat bisnes ini. Kenapa saya kata mudah? Sebab adanya media sosial seperti Facebook dan juga Instagram. Anda sudah ada ruang untuk pengiklanan secara percuma. Jika dulu, laman web seperti Mudah.my menjadi tempat nak promosi bisnes ni, tetapi sekarang ... tulis status dan letak contoh cenderahati je di laman sosial, in Sha Allah .. akan ada yang berminat nak beli.

Cara dan kaedah untuk buat bisnes ini dari A sampailah ke bagaimana nak dapatkan pelanggan ada diceritakan oleh saudara Azhar Azman dalam panduan yang disediakannya. Panduan tersebut dinamakan Panduan Rahsia Bisnes Cenderahati.

Beliau tulis panduan ni sebab tahu potensi untuk bantu ramai tambah income sampingan.

Sebelum ini, panduan ini dijual berasingan tetapi sekarang untuk lebih beri manfaat, panduan ini disertakan di dalam pakej bisnes printing yang lebih padu.

Berminat nak tahu? Terus ke link di bawah, klik je dan anda akan dibawa ke laman yang memberikan info lebih mendalam.

KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nmpak menarik ni...nice sharing HH

    ReplyDelete
  2. memang menarik sungguh kalau dapat bisnes cenderahati ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement