Diasaskan oleh Tuan Mohd Hisham bin Mazelan, institusi kecil ini sudah mempunyai 9 buah cawangan prasekolah berdaftar di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ia antara institusi prasekolah yang mengajar dan mendidik anak-anak sekecil umur 2 tahun tentang keusahawan Islam dan juga hafazan Al-Quran di awal usia.
Kelebihan Nimblebee Islamic Entrepreneurial Preschool
Jika hari ini pertama kali anda mendengar mengenai prasekolah ini, maka wajar anda baca apa yang akan saya kongsikan kepada anda mengenai Prasekolah Keusahawanan Islam Nimblebee ini. Bukankah anda mahukan pendidikan awal terbaik untuk anak-anak anda? Nak-nak lagi yang bercirikan Islamik seperti yang diterapkan di Prasekolah Keusahawanan Islam Nimblebee.Tahap umur kritikal untuk seorang kanak-kanak dibentuk adalah di antara umur 2 hingga 6 tahun, iaitu sebelum mereka memasuki alam persekolahan aliran mainstream. Untuk itu, program pendidikan dan pengajaran di dalam Nimblebee telah direka untuk memenuhi keperluan perkembangan kanak-kanak antara umur tersebut.
Istimewanya Nimblebee ini, ia memberikan tumpuan kepada pemerolehan pengetahuan dan kemahiran khusus melalui aktiviti-aktiviti secara praktikal yang menggalakkan kreativiti, inovasi, inisiatif dan semangat keusahawanan dengan nilai tambah integrasi Islam ke dalam semua subjek dalam suasana yang kondusif.
Aha .. dan lagi, selain anak-anak anda didedahkan mengenai keusahawanan Islam, anak-anak kecil anda juga akan dibentuk dan dididik agar mudah dan senang menghafaz Al-Quran. Uhh tidakkah itu satu yang sangat diidamkan oleh para ibubapa Muslim di zaman ini?
Apa lagi yang bagus mengenai prasekolah ini? Ok, mari saya senaraikan kepada anda untuk lebih mudah nak terima...
- Prasekolah Islam yang pertama di Malaysia yang memperkenalkan konsep Pengajian Keusahawanan Islam, seawal usia 2 tahun.
- Tenaga pengajar dilatih oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki & Ustaz Muhidin Mokter daripada Fitrah Guidance & Consultancy yang berwibawa dan berpengalaman.
- Menyediakan tiga kelas khusus yang tidak terdapat dalam mana-mana prasekolah di Malaysia iaitu kelas memanah (Nimblebee Archery Academy), kelas robotik (Nimble Robotic Program) & Kelas Mandarin (Nimble Mandarin) secara percuma kepada para pelajar.
- Bahasa pengantaraan adalah dalam Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu. Maka, anda anda akan didedahkan dengan dua bahasa penting untuk pertuturan dan juga keusahawanan secara global.
- Pembelajaran yang lebih memberi tumpuan kepada pendidikan bersifat praktikal selain pendedahan terbaik buat anak-anak dengan kemahiran yang mampu membina fokus mereka seawal usia yang mungkin.
- Anak-anak dididik dengan etika serta kemahiran dalam perniagaan yang benar dan betul antaranya kebolehan berunding, kesedaran sivik, peka terhadap alam persekitaran, lebih praktikal dalam menyelesaikan masalah serta membantu menjadikan diri lebih yakin dan mampu bertolak ansur dengan org lain.
- Anak-anak diajar cara-cara untuk berunding mengenai sesuatu perkara dengan orang sekeliling termasuk dengan rakan sebaya dan ibu bapa. Setiap yang diajar boleh digunakan dalam kehidupan mereka selain turut mendidik mereka mengenai keperluan & kehendak.
- Anak-anak juga didik dengan adab professional dalam perniagaan serta memahami konsep asas berniaga antaranya melakukan rundingan & perbincangan serta jual beli
- Sesi pembelajaran berjalan secara interaktif dan bersifat dua hala antara guru dan murid
- Kampus beroperasi Isnin hingga Jumaat:
- Kampus beroperasi berdasarkan 3 program/waktu:
- Nimble Dawn: 8:00 pagi – 12:00 tengah hari
- Nimble Rise: 8:00 pagi – 3:00 petang
- Nimble Dusk: 8:00 pagi – 6:30 petang
- Jadual yang berlainan ini bagi menyesuaikan dengan jadual kerja ibubapa.
- Ketika waktu cuti persekolahan, kampus beroperasi seperti biasa bagi memudahkan ibubapa yang bekerja untuk menghantar anak mereka. Ini bermakna ibu bapa tidak perlu bersusah payah untuk mencari pengasuh lain.
- Tiada aktiviti pembelajaran yang serius di waktu cuti persekolahan rasmi, hanya ‘Life Skill & Fun Learning Program’ dilakukan ketika itu.
- Nimblebee Islamic Entrepreneurial Preschool mementingkan aspek keselamatan dan persekitaran sekolah yang selamat. Maka itu, setiap cawangan atau kampus dilengkapi dengan HD CCTV, pemadam api, pintu masuk yang hanya boleh dibuka dengan access card oleh guru sahaja.
- Peralatan serta perabot yang digunakan juga adalah yang selamat dan bersesuaian untuk kegunaan para pelajar dan anak-anak kecil.
- Nimblebee mengutamakan suasana pembelajaran yang menarik dan kaedah pembelajaran yang berkesan. Untuk itu, nisbah guru kepada pelajar yang lebih rendah diterapkan agar membolehkan pemerhatian dan pengajaran yang lebih berkesan dapat dipraktikkan semaksima mungkin
- Hanya 10 hingga 15 pelajar untuk umur 4 hingga 6 tahun.
- Maksimum adalah 5 pelajar bagi kelas 2 dan 3 tahun.
- Setiap kelas dipantau oleh seorang guru yang terlatih dan mempunyai latarbelakang pendidikan awal kanak-kanak.
Seandainya anda tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Subang, Petaling Jaya, serta Rawang; mungkin boleh ambil peluang untuk menghantar anak-anak anda ke Nimblebee ini. Anda boleh lihat senarai cawangan Nimblebee serta talian telefon untuk info pertanyaan lebih lanjut, terutama berkaitan pendaftaran.
Senarai Cawangan Nimblebee Islamic Entrepreneurial Preschool
Nimblebee Islamic Entrepreneurial Preschool atau Prasekolah Keusahawanan Islam Nimblebee ini mempunyai 9 cawangan prasekolah termasuk satu di HQ, iaitu:- Kampus Alam Impian, Shah Alam (011-323 888 85)
- Kampus Desa Mentari, Sunway (011-520 000 11)
- Kampus Maxim Sentul, Kuala Lumpur (011-520 000 11)
- Kampus Rawang Tin, Selangor (011-520 000 83)
- Kampus Setia Alam, Shah Alam (011-323 888 84)
- Kampus Sri Hartamas, Kuala Lumpur (011-520 000 84)
- Kampus Star Avenue Subang Bestari, Shah Alam (011-520 000 82)
- Kampus Vista Alam, Shah Alam (011-520 000 81)
- Pejabat Urusan, Plaza Azalea, Shah Alam (011-323 888 81)
Anda juga boleh rujuk pada pautan di bawah ini ...
- [message]
- Laman Web Rasmi
- Website: http://www.nimblebee.my
- [message]
- Facebook Rasmi
Bentuklah anak-anak mengikut acuan dengan didikan yang betul. Di zaman serba mencabar ini, keusahawanan adalah satu bentuk kemahiran terbaik untuk terus mandiri buat anak-anak, selain menerapkan nilai terbaik seorang Muslim dalam generasi Ulul Albab.
Menariknya, tapi bagai mana dengan yuran bulanan atau yuran tahunannya. Akak hanya mampu hantar anak2 ke taska Abim sahaja, ada kelas mengaji dan kelas akademik,.. cukuplah untuk anak orang biasa2 yang tiada apa2.. uwaaa
ReplyDeleteNampak mahal, tetapi kalau dibandingkan dengan sekolah lain, jumlah pelajar diambil pun tak ramai. Selalunya pendidikan terbaik memang agak costly sekarang. Pilihan tetap ada. :)
DeleteMenarikkk tapi tak mahal ke ? Nampak macam mahal aje. Mahal mahal tak mampulah ��
ReplyDeleteUntuk stgh orang, apa yang ditawarkan Nimblebee memang agak mahal, tetapi berkadaran dengan apa yang bakal anak-anak ini belajar ...
DeleteYa, ikut kemampuan, dan apa yang kita benar-benar mahukan untuk anak-anak.
Silibus yang disediakan sesuai mengikut peringkat umur anak-anak kan
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.