Bukan kami tak nak belikan, cumanya dah selalu sangat dibelikan mainan, yang akhirnya mainan yang dah dibeli terbiar begitu sahaja. Kali ini, andai nak sesuatu yang bukan dalam bentuk hadiah atas usaha atau pencapaian, kami minta mereka (anak-anak) untuk usaha sendiri.
Mengurut dan Cabut Uban Untuk Dapatkan Duit Beli Mainan
Siapa ada pengalaman waktu kecil, mengurut dan cabut uban untuk dapat upah? Aha .. saya dulu memang begitu, kadang nak dapat duit untuk belanja beli gula-gula kat kedai, saya akan dapatkan upah bila nak cabut uban emak.Cabut uban ni satu budaya dalam masyarakat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina dan India ... kalau ditanya mereka, memang ada aktiviti mencabut uban ini dilakukan.
Hukum Mencabut Uban Dalam Islam
Suka saya nak nyatakan di sini ialah, hukum mencabut uban di dalam Islam adalah makruh, pun begitu ada juga pendapat daripada beberapa ulama yang hukum mencabut uban adalah haram. Ada beberapa hadith yang mengatakan "jangan" untuk perkara mencabut uban ini, tanpa menyatakan mudarat, tetapi memberikan ingatan bahawa uban yang ada itu adalah cahaya di hari kiamat.Dalam sebuah hadith yang bermaksud:
- [message]
- ##check## Rasulullah S.A.W bersabda:
- “Janganlah kamu mencabut uban, kerana ia merupakan cahaya bagi seorang muslim. Allah akan mencatat satu kebaikan, mengangkat satu darjat dan menghapus satu kesalahan dari setiap muslim yang beruban selama masih memeluk agama Islam.” (H. R Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai dan Ibnu Majah).
Gatal kepala pada wanita bertudung memang biasa berlaku, itu sebab saya tulis ni - Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung-Berhijab
Maira ambil upah mengurut ni bukan hari-hari. Ada masa dia, macam buka kedai di dalam rumah, siap ada borang tempahan lagi.. haha. Yang bestnya ialah ... upahnya tu sangattttlah murah .. haha...
Upah Murah Betul Ni ...
Nak tahu berapa?Upah mengurut RM1 selama sejam !! Sama juga dengan upah mencabut uban .. haha .. guna jam bukan bilangan helai. Uhhh syoklah isteri saya .. ...
Tapi biasalah budak-budak, takat mana mampu pun nak buat kerja ni selama sejam. Baru 15 minit je dah nampak dah tanda-tanda nak berhenti .. haha .. alasan mengantuklah, tak laratlah .. macam-macam. Lagipun, sebagai bapa dan ibu tak adalah sampai nak minta mereka buat aktiviti ni selama sejam. Kami bukan ibubapa yang mendera ye .. huhu.
Selesai je, terus bayar. Uhh bukan main gembira dapat upah hasil kerja yang dibuat.
[Dah Baca?] 20 Amalam Untuk Murah Rezeki
Aktiviti ni adalah aktiviti dalaman dalam keluarga, tak offer kat orang luar, kat sanak-sedara...:)
Maira tekad nak penuhkan dana untuk beli mainan yang dia nak. Satu tabung khas pun dah ada. Senyap-senyap Maira sediakan tabung dana ni, pastu letak sebelahan dengan tabung syilling saya lak tu (untuk sedekah Subuh).
Bijak tu, trick Maira adalah untuk membolehkan saya tersilap masukkan duit lebihan ke dalam tabung dia tu ..haha ... maka cepatlah penuh ...
[Dah Baca?] Buat Mainan Sendiri Sebab Tak Dapat Beli di LazadaAnak-anak perlu dididik dan diasuh .. bukan semua benda boleh dapat dengan mudah. Mereka perlu tahu bahawa untuk mendapatkan sesuatu perlu ada usaha. Usahalah dengan cara yang baik.
Bagus ni.. awal dah pandai berdikari.. bila besar insyaAllah pandai bawa diri..
ReplyDeleteIn Sha Allah, doakan yang baik baik ya tuan .. terima kasih.
DeletePada masa datang kemahiran mencari duit sangat diperlukan
ReplyDeleteHmm ... kemahiran mencari rezeki yang baik .. :P
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.